Jumaat, 15 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Catherine masuk wad

Posted: 14 Apr 2011 10:20 AM PDT

LOS ANGELES: Catherine Zeta-Jones dilaporkan menjalani rawatan kerana kemurungan melampau akibat tekanan dengan keadaan suaminya, Michael Douglas, berjuang melawan kanser.

Aktres berusia 41 tahun itu dimasukkan ke Hospital Psikiatrik Silver Hill di New Canaan, Connecticut, semalam dan dia akan berkongsi wad dengan penagih arak serta dadah.


Ketika dihubungi, ejen Catherine mengesahkan aktres itu menerima rawatan bagi membantunya menghadapi trauma dalam kehidupan peribadi.

Katanya, Catherine akan berada di hospital itu selama lima hari.


Ejen Catherine berkata, selepas berdepan dengan tekanan tahun lalu, aktres terbabit membuat keputusan menjalani rawatan mental dalam tempoh pendek.


"Kini dia semakin sihat dan tidak sabar memulakan penggambaran bagi dua filem terbarunya tidak lama lagi," katanya.

Douglas disahkan menghidap kanser kerongkong tahap empat tahun lalu dan terpaksa menjalani rawatan bagi memulihkannya.


Hasil perkahwinannya dengan Catherine, pasangan itu memperoleh dua anak.

Catherine menampakkan tanda bermasalah berdepan dengan emosinya apabila dia menangis secara terbuka ketika menghadiri sebuah konsert di Cardiff, September tahun lalu.


Dia memberi persetujuan berucap di majlis itu beberapa bulan sebelum Douglas didapati menghidap kanser dan keadaan itu memaksa aktres Wales itu hadir bersendirian.


Namun, Catherine menitiskan air mata ketika bercakap di depan 13,000 penonton mengenai keluarganya di Wales. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

J-Lo wanita tercantik di dunia

Posted: 14 Apr 2011 10:18 AM PDT

NEW YORK: Majalah People memilih Jennifer Lopez sebagai wanita tercantik di dunia, meletakkan dirinya sebaris dengan sejumlah selebriti lain sebelum ini, termasuk Halle Berry, Jennifer Garner dan Beyonce Knowles.

Penyanyi dan pelakon kelahiran New York City itu kini menjadi juri program realiti televisyen American Idol.


Kata Jennifer, dia sangat gembira dan bangga dengan pemilihan itu.

"Lebih membanggakan, saya bukan berusia 25 tahun!" katanya.


Kini berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony, Jennifer, 41, dijangka melancarkan album terbarunya, Love?, di Amerika Syarikat bulan depan.


Jennifer juga memberitahu, dia lebih gembira kini berbanding ketika berusia 20-an. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan