Jumaat, 21 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Hukuman Gayus terlalu ringan

Posted:

Hukuman Gayus terlalu ringan

Hukuman Gayus terlalu ringan

JAKARTA 21 Jan. – Pejabat Peguam Negara Indonesia menyifatkan hukuman penjara tujuh tahun yang dikenakan ke atas bekas pegawai cukai, Gayus H. Tambunan atas kesalahan rasuah sebagai tidak memuaskan kerana terlalu ringan.

Timbalan Peguam Negara bagi Jenayah Khas, M. Amari semalam berkata, hukuman ke atas Gayus tidak memuaskan kerana tempohnya kurang daripada separuh hukuman penjara yang diminta oleh pendakwa raya.

Panel hakim di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas Gayus sedangkan pendakwa raya menuntut hukuman 20 tahun.

"Jika pejabat pendakwa raya (Jakarta Selatan) tidak memfailkan rayuan, Pejabat Peguam Negara akan mengarahkan mereka supaya berbuat demikian," kata Amari.

Katanya, pendakwa raya dibenar mengemukakan rayuan jika hukuman yang dijatuhkan oleh hakim tidak sampai dua pertiga daripada tempoh yang dituntut oleh pendakwa raya.

"Hukuman ke atas Gayus tidak sampai separuh pun daripada apa yang diminta," katanya.

Sementara itu, bekas ketua Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) yang didapati bersalah atas tuduhan bunuh, Antasari Azhar akan memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman berikutan kenyataan yang dibuat baru-baru ini oleh Gayus.

Peguam Antasari, Junifer Girsang berkata, Gayus mendedahkan pendakwa raya, Cirus Sinaga terlibat dalam komplot untuk mengetepikan Antasari.

"Berdasarkan keterangan baru itu, kami akan membina kes untuk mendapatkan semakan kehakiman dan kami berharap Cirus akan mengaku terlibat," kata Junifer.

Antasari didapati bersalah membunuh ahli perniagaan, Nasruddin Zulkarnaen.

Mahkamah Agung menolak rayuannya pada September lalu dan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas bekas ketua KPK itu. – Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ancaman bom misteri belenggu bandar di Ukraine

Posted:

Ancaman bom misteri belenggu bandar di Ukraine

Ancaman bom misteri belenggu bandar di Ukraine


PEGAWAI polis menyiasat kawasan letupan di sebuah pusat membeli-belah di Makiyivka, Ukraine. – AFP


MAKIYIVKA, Ukraine 21 Jan. - Dua letupan berlaku di kawasan perindustrian di timur negara ini semalam, yang dipercayai dilakukan oleh sekumpulan penjenayah yang turut meninggalkan nota ancaman letupan seterusnya akan berlaku sekiranya tidak menyerahkan wang sebanyak 4 juta euro kepada mereka.

Menurut satu kenyataan, Presiden Viktor Yanukovych memutuskan untuk membatalkan lawatannya ke Jepun berikutan kejadian letupan itu yang berlaku di bandar pengeluar besi dan arang batu Makiyivka di kawasan industri berat wilayah Donetsk di timur Ukraine.

Bandar tersebut berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas mendapat amaran berkemungkinan lima lagi letupan akan berlaku.

Tiada letupan terbaru dicatatkan selepas pihak media melaporkan laporan pihak berkuasa mengambil langkah tidak akan tunduk kepada penjenayah terbabit.

Namun begitu pihak berkuasa juga turut tidak mendedahkan dalang di sebalik serangan tersebut.

Dua letupan tersebut berlaku selang setengah jam pada awal pagi di Makiyivka, yang terletak di luar bandar Dinetsk iaitu kampung halaman Presiden Viktor Yanukovych.

Kedua-dua letupan tersebut berlaku di luar sebuah syarikat arang batu dan bersebelahan sebuah pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Golden Plaza yang turut menyebabkan kerosakan bangunan-bangunan, tingkap-tingkap pecah namun tiada laporan kematian dilaporkan.

Berhampiran kawasan letupan tersebut, pihak berkuasa menemui surat ancaman iaitu jika tidak menyerahkan tuntutan tersebut pada pukul 5 petang (11 malam waktu Malaysia), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Vasyl Farynnyk di Kiev.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita Interfax-Ukraine, penjenayah tersebut menuntut wang daripada orang kenamaan tempatan. – AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan