Khamis, 30 Disember 2010

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bieber, Selena terkunci di bilik hotel

Posted: 29 Dec 2010 11:11 AM PST

FLORIDA: Penyanyi Justin Bieber kerap membantah gosip mengenai hubungannya dengan aktres Selena Gomez. Bagaimanapun, baru-baru ini kedua-dua remaja itu dikhabarkan menghabiskan masa sepanjang malam bersama-sama di sebuah hotel di Miami, Florida di Amerika Syarikat.

Sebagaimana dilaporkan majalah Life and Style, Bieber dan Selena menginap di hotel mewah Gansevoort. Menurut sumber, penyanyi lagu hit 'Baby' itu meminta bilik untuk dua orang.

Rahsia Bieber dan Selena terbongkar apabila kedua-duanya terkunci dalam bilik mewah dihuni mereka. Selena dikatakan turut menyertai konsert Bieber di Arena American Airlines.

Hubungan akrab dua artis itu mula dihidu media ketika Selena yang terkenal melalui siri Disney 'Wizards of Waverly Place' memeluk Bieber selepas konsert selesai. Namun, kedua-duanya belum mengesahkan mengenai gosip yang digembar-gemburkan media itu.


Sebelum ini, Selena membantah apabila dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi berusia 16 tahun itu. Dalam sebuah program wawancara, Selena mengatakan Bieber dianggap seeprti adik sendiri. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tragedi angkara permainan seks

Posted: 29 Dec 2010 11:08 AM PST

OKLAHOMA: Seorang lelaki muda yang mengaku sering mengacukan pistol ke kepala isterinya yang jauh lebih tua daripadanya ketika terbabit dalam permainan seks, kini menghadapi tuduhan membunuh apabila pistol itu meletup dan membunuh wanita berkenaan.

Arthur Sedille Yan, 23, yang begitu fanatik terhadap pistol memberi kerjasama kepada polis selepas ditahan dan memberitahu mereka, dia sering mengacu senjata itu pada kepala Rebecca, 50, ketika permainan seks di kediaman mereka di Oklahoma City.


Namun, Sedille mendakwa dia tidak tahu pistolnya berisi peluru pada malam kejadian dia mengacu pistol itu pada kepalanya, baru-baru ini.

Pistol itu meletup dan Rebecca mati serta-merta.


Sedille mungkin menghadapi tuduhan membunuh berhubung kematian Rebecca.


Menurut kertas pertuduhan yang disediakan polis, Sedille mendakwa kejadian itu tidak disengajakan dan menelefon 911 sebaik kejadian berlaku.

Penyiasat sebelum ini memutuskan untuk menangkap Sedille atas tuduhan membunuh dengan sengaja.


Bagaimanapun, mereka menimbang semula keputusan itu dan melakukan siasatan semula. Sedille akan ditahan dipenjara sehingga siasatan selesai.

Dalam ruangan minat laman Facebooknya, tersenarai laman mengenai anjing pitbull, raifal AK-47 dan raifal Carbine M-1 yang popular ketika Perang Dunia Kedua. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan