Khamis, 30 Disember 2010

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Bekas Presiden Israel bersalah merogol

Posted: 30 Dec 2010 12:37 PM PST

Dunia

Moshe Katsav

Moshe Katsav

Mahkamah dapati Moshe Katsav terbabit jenayah perkosa, gangguan seksual

BAITULMAQDIS: Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav, didapati bersalah semalam atas tuduhan merogol seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Kabinet dan boleh dihukum penjara sehingga 16 tahun.

Dalam kes yang menggemparkan negara itu, Katsav, 65, dituduh memperkosa seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan pada 1998. Mahkamah Daerah Tel Aviv juga mendapatinya bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan dan melakukan gangguan seksual membabitkan dua lagi wanita yang pernah berkhidmat di pejabatnya ketika beliau Presiden Israel.

Panel tiga hakim yang memutuskan kes juga menyifatkan keterangan Katsav penuh dengan pembohongan, lapor akhbar Haaretz.

Kes Katsav terbongkar pada 2006 apabila beliau yang masih Presiden mengadu bahawa seorang kakitangan kerajaan memeras ugutnya.

Wanita itu kemudian membuat aduan kepada polis, menceritakan serangan seksual ke atasnya dan menyebabkan beberapa lagi wanita turut mengadu kepada pihak berkuasa atas sebab yang sama.
Menurut pendakwaan, Katsav merogol mangsa A selepas memaksa mangsa pergi ke pejabatnya di Kementerian Pelancongan pada 1998.

Beliau juga memaksa mangsa ke sebuah hotel di Baitulmaqdis dan memperkosanya buat kali kedua di bilik tempat penginapan itu.

Kertas pendakwaan juga menuduh Katsav cuba menenangkan mangsa dengan berkata: "Bertenang, kamu akan sukakannya."

Pendakwa juga menuduhnya mengganggu dua wanita lain ketika masih Presiden termasuk memeluk mereka tanpa izin dan membuat ulasan berbaur seks.

Pada ulang tahun ke-60 Katsav pada 2005, seorang pembantunya yang menawarkan ucapan selamat hari jadi kepadanya.

Katsav dituduh memeluknya, mencium leher mangsa yang mengadu kepada polis.
Tertuduh juga cuba memujuk mangsa mengubah keterangannya menyebabkan defendan didakwa cuba menyekat keadilan.

Katsav berkhidmat sebagai menteri dalam beberapa pentadbiran Likud sebelum dipilih sebagai Presiden pada 2000.

Beliau mendakwa menjadi mangsa perangkap politik atas alasan berasal daripada kaum Yahudi Sephardic yang dianggap berstatus rendah di negara Yahudi itu.
Katsav dilahirkan di Iran dan berhijrah ke Israel ketika masih kanak-kanak. – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Cubaan bom syarikat akhbar Denmark gagal

Posted: 30 Dec 2010 12:35 PM PST

Dunia

GAMBAR fail 2009 menunjukkan sasaran suspek pengganas iaitu bangunan akhbar Jyllands-Posten yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW.

GAMBAR fail 2009 menunjukkan sasaran suspek pengganas iaitu bangunan akhbar Jyllands-Posten yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW.

COPENHAGEN: Polis Denmark dan Sweden berjaya menggagalkan serangan pengganas beberapa jam sebelum ia dilakukan dan menahan lima lelaki yang mengaku merancang menembak seberapa ramai mangsa di sebuah bangunan menempatkan bilik berita akhbar Jyllands-Posten kerana menyiarkan kartun Nabi Muhammad SAW.

Ketua Perkhidmatan Perisikan Denmark (PET) Jakob Scharf, berkata pihaknya menahan seorang pencari suaka dari Iraq berusia 26 tahun, dan tiga warga Sweden yang menyewa sebuah kereta, iaitu warga Tunisia berusia 44 tahun, seorang warga Lubnan berusia 29 tahun dan seorang lelaki berusia 30 tahun yang belum diketahui kewarganegaraannya.

Di Sweden pula , Ketua polis keselamatan Sweden, Anders Danielsson berkata pihaknya menahan seorang lelaki rakyat negara itu berketurunan Tunisia yang tinggal di Stockholm. "Penangkapan dibuat selepas pemantauan selama beberapa bulan," katanya.

Scharf berkata, seorang lagi rakyat Denmark ditahan dalam satu serbuan berasingan di pinggir Copenhagen.

"Kami berjaya menggagalkan satu serangan pengganas," kata Scharf yang menambah pihaknya merampas satu laras senapang automatik, sejumlah peluru dan alat peredam bunyi.

Scharf berkata, tiga lelaki ditangkap ketika meninggalkan sebuah pangsapuri di pinggir Copenhagen 'sama ada untuk melakukan serangan pengganas atau mengintip.
Beliau mengandaikan suspek sebagai militan yang mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas antarabangsa dan berkata lebih banyak tangkapan mungkin dibuat.

Scharf mendedahkan, serangan dijadual dilakukan pada akhir minggu ini dan mempunyai persamaan dengan serangan pengganas Mumbai pada 2008 yang menyebabkan 166 orang terbunuh.

"Mengikut penilaian kami kumpulan itu cuba mendapatkan akses untuk memasuki pejabat akhbar berkenaan dan melancarkan serangan ala Mumbai.
"Mereka mahu memasuki bangunan itu dan membunuh seberapa ramai mangsa," kata Scharf.

Menteri Kehakiman Denmark, Lars Barfoed berkata, rancangan itu 'amat menakutkan' dan 'mungkin cubaan serangan pengganas paling serius di Denmark.
Scharf bagaimanapun berkata, tiada keperluan untuk menaikkan tahap amaran ancaman pengganas di negara itu. – AP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan