Jumaat, 31 Disember 2010

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Tiga selebriti kontroversi bakal berlakon bersama

Posted: 31 Dec 2010 03:18 PM PST

Dunia

pix_gal0
Pengarah nafi ambil kesempatan daripada publisiti negatif

JAKARTA: Tiga selebriti kontroversi Indonesia, vokalis kumpulan Peterpan Nazriel 'Ariel' Irham, Luna Maya dan pelakon filem dewasa kacukan Jepun, Miyabi akan bergabung berlakon dalam filem arahan sutradara dan penerbit Ody Mulya Hidayat.

Ody berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Luna Maya mengenai filem itu yang belum diberi judul dan pelakon itu tertarik dengan jalan ceritanya. "Saya juga meminta pandangannya mengenai bagaimana jika saya menawarkan satu watak penting kepada Ariel dan Luna berkata ia suatu idea sangat baik.

"Saya kemudian menawarkan satu lagi watak dalam filem itu kepada Miyabi dan dia menerimanya dengan senang hati," kata Ody yang dipetik laman web selebriti inilah.com.

Bagaimanapun, Ody menafikan dakwaan sesetengah pihak beliau sengaja mengambil kesempatan daripada kes video lucah membabitkan Ariel dan Luna untuk menghasilkan filem dan mendapat keuntungan.

"Saya sudah lama merancang menerbitkan filem ini. Ketika itu saya ada menawarkan kepada Ariel untuk berlakon dalam filem arahan saya.
"Bagaimanapun, berikutan masalah Ariel dan perbicaraan ke atasnya, saya hanya dapat menyatakan konsep filem itu saja. Ariel seorang yang berbakat dalam bidang lakonan," katanya.

Mengenai tawaran kepada Miyabi yang menghadapi bantahan dan tunjuk perasaan, Ody berkata, Miyabi amat berminat berlakon dalam filem di Indonesia.

"Dia menyatakan keinginannya untuk berlakon lagi dalam filem di negara ini.
Selepas berlakon dalam filem Hantu Tanah Kusir, Miyabi memberitahu saya beliau dapat menyesuaikan diri dengan pelakon tempatan," katanya.

Sementara itu di BANDUNG, perbicaraan kes Ariel membabitkan penyebaran video lucah penyanyi itu akan diteruskan 6 Januari depan.

Pegawai Pendakwa, Rusmanto, berkata setakat ini seramai 30 saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk lima yang dipanggil hari ini.

"Kami memanggil lima saksi hari ini. Ada yang tidak hadir dan hanya memberikan keterangan bertulis," katanya.

Bagaimanapun peguam Ariel, Rizky Marhendra, berkata, beliau yakin pihak pendakwa tidak dapat membuktikan pertuduhan mereka dalam kes itu.

"Apa yang pasti kami akan menentang jika dakwaan dikenakan tidak sesuai," katanya. – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Assange ramal kena bunuh di AS

Posted: 24 Dec 2010 07:15 AM PST

Dunia

Julian Assange

Julian Assange

Pengasas WikiLeaks diugut sejak siar kabel diplomatik

LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange percaya ada 'kemungkinan besar' dia akan dibunuh dalam penjara Amerika Syarikat jika diekstradisi dari Britain atas tuduhan mengintip.

Warga Australia itu yang berada di Britain dengan ikat jamin, berusaha menghalang Sweden daripada mengekstradisinya berhubung dakwaan penderaan seks, tetapi Washington dipercayai sedang menimbang bagaimana untuk mengenakan tindakan ke atasnya berikutan pembocoran kabel diplomatik AS. Assange, 39, memberitahu akhbar The Guardian, adalah 'mustahil dari segi politik' untuk Britain menyerahkannya kepada AS kerana kerajaan Perdana Menteri, David Cameron tidak mahu menunjukkan ia mengikut telunjuk Washington.

"Dari segi undang-undang, United Kingdom berhak tidak mengekstradisi sesiapa kerana jenayah politik. Mengintip adalah satu contoh jenayah politik," katanya.
AS juga sedang berusaha berpakat dengan Bradley Manning, askar AS yang disyaki menyalurkan maklumat kepada WikiLeaks.

Assange menambah, jika AS berjaya mengekstradisinya, kemungkinan besar dia akan dibunuh seperti yang dilakukan ke atas Jack Ruby ketika dalam tahanan AS.
Ruby, pemilik kelab malam, ditembak Lee Harvey Oswald di balai polis Dallas, Texas beberapa hari selepas Oswald ditahan kerana membunuh Presiden John F Kennedy pada 1963.
Assange sebelum ini menyatakan dia dan kakitangan WikiLeaks menerima ugutan bunuh sejak laman web berkenaan mula mendedahkan sebahagian daripada 250,000 kabel rahsia Jabatan Negara AS, November lalu.

Sejak dibebaskan dari penjara minggu lalu, Assange, menumpang di rumah agam rakannya di timur England dengan jaminan ketat dia perlu melaporkan diri kepada polis setiap hari dan memakai alat pengesan elektronik.

Mahkamah di London dijadualkan mengadakan perbicaraan penuh ekstradisinya ke Sweden mulai 7 Februari depan.

Sementara itu, di DUBAI, Ketua Polis Dubai berkata WikiLeaks akan mengesahkan tuduhannya bahawa perkhidmatan perisikan Israel, Mossad, bertanggungjawab atas pembunuhan seorang komander Hamas yang sedang melawat negara berkenaan 20 Januari lalu.

"Dokumen yang dibocorkan itu membuktikan kebenaran mengenai pembabitan Mossad, tetapi akan ada orang yang akan menafikannya walaupun ada dokumen yang dibocorkan," kata Dahi Khalfan kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris di sini, Gulf News. – AFP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan