Sabtu, 1 Jun 2013

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Lelaki Kristian dihukum penjara hina Islam

Posted: 01 Jun 2013 09:13 AM PDT

KAHERAH 2 Jun - Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap seorang lelaki Kristian atas kesalahan menghina agama Islam.

Mahkamah Misdemeanour di bandar Assiut, selatan Mesir, mendapati tertuduh, Romani Saad bersalah kerana menghina al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam.

Saad turut diarahkan membayar ikat jamin sebanyak 500 pound Mesir (RM220) sementara menunggu rayuan terhadap keputusan tersebut. - DPA

Pihak berkuasa Filipina waspada aktiviti gunung berapi Mayon

Posted: 01 Jun 2013 09:13 AM PDT

MANILA 2 Jun - Pihak berkuasa Filipina semalam dengan mengeluarkan amaran tentang ancaman letusan gunung berapi Mayon yang sebelum ini mengakibatkan lima orang pendaki maut.

Institut Seismologi dan Gunung Berapi menaikkan tahap amaran ke tahap satu selepas ahli geologi mendapati berlakunya peningkatan aktiviti larva di dalam kawah dan pengeluaran gas di gunung berapi Mayon.

Institut berkenaan turut mengambil langkah berjaga-jaga apabila mengarahkan pihak berkuasa tempatan menutup laluan masuk ke kawasan gunung dengan radius enam kilometer bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin.

Pada 7 Mei lalu, tiga pendaki Jerman, seorang pendaki Sepanyol dan seorang pendaki rakyat tempatan terbunuh apabila gunung berapi berkenaan menghamburkan batu, debu dan asap. - DPA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan