Isnin, 24 Jun 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Indonesia mulakan operasi pembenihan awan

Posted:

Indonesia mulakan operasi pembenihan awan

Indonesia mulakan operasi pembenihan awan

PARA penunggang motosikal memakai topeng muka untuk mengelak daripada menghidu asap berikutan masalah jerebu serius yang melanda Pekanbaru, wilayah Riau, Indonesia semalam.


JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia memulakan proses pembenihan awan semalam dalam usaha menghasilkan hujan serta memadamkan kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu serius ke atas negara jirannya iaitu Malaysia dan Singapura.

Di Singapura, indeks pencemaran udaranya menurun. Namun, beberapa buah negeri di Malaysia terutama Johor mengalami jerebu serius sehingga memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat.

Sebuah pesawat dengan peralatan pembenihan awan dikatakan berjaya menghasilkan hujan di daerah Bengkalis, pulau Sumatra kelmarin.

"Kami akan meneruskan operasi pembenihan awan pada hari ini menggunakan dua pesawat," jelas pegawai Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Agus Wibowo.

Sementara itu, polis Indonesia menyatakan pihaknya sedang menyiasat lapan buah syarikat, termasuk dari Malaysia.

Siasatan itu dibuat sehari selepas aktivis alam sekitar Greenpeace menyatakan kebakaran melibatkan ladang kelapa sawit milik syariat dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Menurut Wibowo, Indeks Standard Pencemaran (PSI) di wilayah Riau melebihi tahap bahaya iaitu 400 di beberapa lokasi.

Sebanyak tiga buah helikopter juga telah ditugaskan untuk memadamkan api di kawasan berkenaan. - AFP

Pertunjukan udara bertukar tragedi

Posted:

Pertunjukan udara bertukar tragedi

Pertunjukan udara bertukar tragedi


API yang marak memusnahkan sebuah pesawat sebaik sahaja ia terhempas ketika mengambil bahagian dalam acara Vectren Air Show di Dayton, Ohio kelmarin.


DAYTON, Ohio - Sebuah pesawat yang mengambil bahagian dalam acara Vectren Air Show kelmarin terhempas dan meletup.

Dalam insiden itu, seorang juruterbang dan seorang pelagak ngeri terkorban.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Dayton, Linda Hughes dan Pegawai Lebuh Raya Negeri Ohio, Leftenan Anne Ralston mengesahkan kejadian tersebut.

Kejadian malang itu berlaku sekitar pukul 12.45 petang waktu tempatan. Tiada penonton dilaporkan cedera dan acara itu dibatalkan sebaik sahaja kemalangan berlaku.

Satu klip video menunjukkan pesawat tersebut berpusing ketika pelagak ngeri, Jane Wicker duduk di atas sayapnya. Ia kemudian gagal dikawal dan terhempas di atas padang dan terbakar.

"Secara tiba-tiba saya dengar orang ramai menjerit dan nampak bebola api," kata seorang penonton, Stan Thayer.

Pertunjukan udara yang disifatkan sebagai antara yang tertua di Amerika Syarikat itu biasanya mampu menarik kira-kira 70,000 penonton setiap kali dianjurkan. - AP

Kristen Stewart mengaku kalah dengan Katy Perry

Posted:

Kristen Stewart mengaku kalah dengan Katy Perry

Kristen Stewart mengaku kalah dengan Katy Perry


KRISTEN Stewart dan Robert Pattinson ketika membintangi filem Twilight.


LOS ANGELES - Pelakon popular Hollywood, Kristen Stewart tertekan dengan hubungan baik antara penyanyi lagu Firework, Katy Perry dengan bekas teman lelakinya, Robert Pattinson.

Menurut sumber, Stewart, 23, mengakui dia tertekan kerana tidak dapat menyaingi Perry untuk mendapatkan kembali Pattinson.

Pattinson didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan Perry kerana mereka dilihat banyak menghabiskan masa bersama sejak hero filem romantik Twilight itu berpisah dengan Stewart.

"Dia (Stewart) tahu Pattinson berjumpa dengan keluarga Perry sekarang. Melihat mereka bertemu janji adalah sesuatu sangat menyeksakan," kata sumber tersebut kepada majalah Heat.

"Apabila dia tahu Pattinson mempunyai minat terhadap muzik, Stewart sedar dirinya tidak boleh dibandingkan dengan Perry," tambahnya.

Baru-baru ini, pasangan tersebut menghadiri konsert penyanyi popular Bjork dan cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan media dengan datang secara berasingan.

Pasangan itu disahkan berpisah apabila Pattinson meninggalkan rumah Stewart selepas dia meraikan ulang tahun ke-21 pada 13 Mei lalu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan