Jumaat, 14 Jun 2013

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Jilat bebola mata

Posted: 13 Jun 2013 09:06 AM PDT

Charlotte Amalie: Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar 'oculolinctus atau worming', mempunyai beberapa penyokong termasuk Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di Kepulauan Virgin AS.

"Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka orang lelaki menjilat bebola mata saya," katanya kepada he Huffington Post. "Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu jari kaki." Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat.


"Tetapi, saya tidak meminta sesiapa saja melakukannya. Lelaki yang saya suka dan dia tidak fikir perbuatan itu pelik. Setakat ini, belum ada yang menolak," katanya.

Menjilat bebola mata sudah diamalkan sejak pertengahan 2000 dan pencarian mudah di YouTube memaparkan ratusan video mengenainya.


Bagaimanapun, pakar mata bimbang amalan bahaya itu semakin popular di kalangan remaja khususnya selepas laporan berita mengatakan murid sekolah rendah di Jepun cuba melakukannya hingga menyebabkan kes sakit mata merah atau dikenali sebagai 'conjunctivitis' berlaku.


Dalam satu bilik darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan 'worming'. Pihak berkuasa hanya menyedari sesuatu berlaku apabila beberapa murid yang dijilat matanya datang ke sekolah keesokan harinya memakai pelekat mata, lapor ShanghaiList.com. - Daily Mail

Foto

AMALAN menjilat mata yang popular dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Lelaki nekad henti guna gergaji

Posted: 13 Jun 2013 08:57 AM PDT

Rio de Janeiro: Seorang peladang yang memotong kayu dengan gergaji bulat elektrik berikrar tidak akan menyentuh alat itu lagi selepas mata pisaunya tertanggal dan terbenam ke dalam perutnya.

Gregory Steinmedc, 56, bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang mengerikan itu.

Dia dikejarkan ke hospital 30 batu dari kediamannya dengan mata pisau gergaji itu tersekat 10 sentimeter di dalam perutnya.

Peladang Brazil dari Campian Mission itu dibawa ke sebuah hospital di Santa Rosa dan memeranjatkan doktor kerana alat itu tidak terkena bahagian penting tubuhnya.


Steinmedc memberitahu wartawan tempatan bahawa dia tidak akan menggunakan alat itu lagi.


"Saya tidak akan gunakan alat itu lagi. Saya janji dan akan memegang janji itu. Alat itu memang bahaya."

Peladang terbabit menggunakan gergaji bulat itu untuk memotong kayu api di kediamannya.

Dia segera meminta bantuan isterinya, Freda yang pernah belajar ilmu pertolongan cemas ketika sewaktu kursus memandu.

Steinmedc berkata, hospital Santa Rose terletak dua jam dari kediaman mereka dan dia terpaksa menahan sakit kerana gergaji itu masih melekat di perutnya.

Pembedahan mengeluarkan alat itu memakan masa lebih dua jam. Menurut pakar bedah, Maurice Romano luka dialami Steinmedc ialah sedalam 10cm, tetapi tidak mengenai sebarang organ utama. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Tiada ulasan:

Catat Komen