Sabtu, 28 April 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kes culik Etan, Madeleine berprofil tinggi

Posted: 28 Apr 2012 02:00 PM PDT

Dunia

Etan Patz (kiri) dan Madeleine McCann

Etan Patz (kiri) dan Madeleine McCann

Pihak berkuasa masih siasat kejadian 1979, 2007

LONDON: Pihak berkuasa di Amerika dan Britain masih meneruskan usaha mengesan kehilangan dua kanak-kanak mangsa culik walaupun hingga kini tiada petunjuk yang berjaya menjejaki kehilangan mereka.

Di Amerika minggu ini, pasukan forensik menggali sebuah bahagian bawah tanah sebuah bangunan beberapa blok daripada kediaman ibu bapa Etan Patz yang hilang dipercayai diculik 33 tahun lalu pada 25 Mei 1979.

Seramai 800,000 orang hilang setiap tahun, kebanyakannya ditemui selamat, 200,000 daripadanya diculik anggota keluarga, 58,000 lagi dilarikan orang tidak dikenali. - Pusat Kebangsaan Amerika Bagi Kanak-Kanak Hilang dan Mangsa Eksploitasi

Ketika kejadian, Etan dikatakan sedang berjalan bersendirian menuju ke sebuah stesen bas tidak jauh dari rumahnya untuk menuju ke sekolah. Dia tidak pernah ditemui sejak itu.

Kes Etan sudah melalui pelbagai peringkat penyiasatan sehinggalah ia dibuka semula minggu ini, Malangnya ibu bapa Etan kemudian diberitahu bahawa anggota forensik tidak menemui jejak Etan di kawasan itu.

Di Britain, polis menyiarkan imej Madeleine McCann yang hilang dari sebuah hotel di Portugal pada 2007 dan kini berusia sembilan tahun jika dia masih hidup.

Pihak berkuasa menjalankan penyiasatan terperinci selepas ibu bapa Madeileine, Gerry dan Kate McCann membuat rayuan kepada Perdana Menteri agar membantu mencari anak mereka yang hilang.
Ibu bapa Madeileine sedang berkata bahawa polis Portugal gagal mengendalikan kes itu dan mengabaikan beberapa petunjuk penting ketika kejadian.

Jabatan Polis London menyatakan bahawa peluang untuk Madeileine ditemui hidup masih ada dan maklumat mengenainya sudah dihantar ke Portugal untuk membolehkan keputusan dibuat bagi membuka semula kes.

Kedua-dua kes dianggap berprofil tinggi berikutan kehilangan mereka tanpa jejak dan usaha mencari menemui jalan buntu.

Sementara itu Pusat Kebangsaan Amerika Bagi Kanak-Kanak Hilang dan Mangsa Eksploitasi menyatakan kira-kira 800,000 kanak-kanak di negara itu hilang setiap tahun.

"Ini bermakna seramai 2,000 orang hilang setiap hari, kebanyakannya ditemui selamat, tetapi 200,000 daripada diculik anggota keluarga manakala 58,000 lagi dilarikan orang asing. Seramai 115 kanak-kanak dilaporkan dibunuh, ditahan sebagai tebusan atau dijadikan milik penculiknya.

"Setiap hari beribu-ribu kes kanak-kanak diculik dilaporkan, manakala ibu bapa yang tinggal menunggu dalam kebimbangan," kata pusat itu dalam satu kenyataan. – Agensi

Garis panduan baru elak salah laku ejen rahsia

Posted: 28 Apr 2012 01:51 PM PDT

Dunia

WASHINGTON: Malu berhubung seks skandal di Colombia, Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat mengeluarkan garis paduan kelakuan baru yang melarang ejen daripada melawat kawasan tidak sepatutnya dan membawa orang luar pulang ke hotel.

Piawaian kelakuan yang dipertingkatkan berkuat kuasa serta merta, juga melarang ejen yang bertugas dalam pasukan pelindung presiden daripada mengambil alkohol dalam masa 10 jam selepas melapor diri untuk bertugas.

Peraturan itu diedarkan dua minggu selepas lebih 24 ejen Perkhidmatan Rahsia dan kakitangan tentera dihantar pulang dari Cartagena, Colombia, ketika mengukuhkan kawalan keselamatan menjelang lawatan Presiden Barack Obama ke negara itu.

Garis panduan itu menguatkuasakan zon terhad dan kawasan terhad bagi tentera dan memerlukan ejen menghadiri taklimat piawaian kelakuan sebelum memasuki negara lain, yang menyaksikan kemungkinan duta Amerika mengenakan peraturan khas. - Edwin Donovan, Ejen khas Perkhidmatan Rahsia,

Mereka dituduh mabuk, melawat kelab tarian bogel dan menemani pelacur, termasuk membawa pekerja seks balik ke hotel penginapan mereka.

Lapan ejen dipecat sejak itu, keistimewaan keselamatan seorang daripada mereka ditarik balik dan tiga lagi dibebaskan daripada sebarang salah laku, menurut agensi itu. Siasatan mengenai tindakan ejen itu dan 12 kakitangan tentera masih berterusan.

"Garis panduan itu menggariskan zon terhad dan kawasan terhad bagi tentera dan memerlukan ejen menghadiri taklimat piawaian kelakuan sebelum memasuki negara lain, yang menyaksikan kemungkinan duta Amerika mengenakan peraturan khas," kata ejen khas Perkhidmatan Rahsia, Edwin Donovan dalam satu kenyataan.

Ejen juga diperlukan untuk mematuhi undang-undang Amerika ketika di luar negara dan menjalani latihan etika bagi melayakkan melakukan lawatan ke luar negara.
Bagaimanapun, Senator Republikan, Chuck Grassley, anggota Jawatankuasa Perundangan Senat, berkata peraturan baru itu tidak mencukupi.

Katanya, sekeping kertas dengan undang-undang baru tidak menafikan tindakan sebelumnya, dan sebab itu ia penting untuk memastikan agensi dan ejen bertanggungjawab, berikutan siasatan menyeluruh dan bebas.

Agensi memberitahu ahli perundangan Amerika Khamis lalu ia kini menyiasat dakwaan baru mengenai salah laku tahun lalu di El Salvador, yang menyaksikan ejen dituduh membayar untuk mengadakan hubungan seks dalam kawasan VIP di kelab tarian bogel dan membawa gadis pengiring balik ke hotel mereka menjelang lawatan Obama.

"Jika dakwaan itu benar, tingkah laku itu langsung tidak boleh diterima," kata ahli Kongres, Sheila Jackson Lee, lewat Khamis lalu selepas taklimat oleh pengarah Perkhidmatan Rahsia, Mark Sullivan.

Dia berkata, sebagai tambahan kepada sekatan baru ke atas tingkah laku, Sullivan mula menubuhkan kumpulan yang akan berurusan dengan isu kebudayaan di dalam agensi itu. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan