Selasa, 21 Februari 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Polis perangi penghisap ganja

Posted:

Polis perangi penghisap ganja

Polis perangi penghisap ganja

SEORANG penganut agama Hindu yang dikenali sebagai golongan sadhu menghisap ganja di Kuil Pashupatinath, Kathmandu semalam.


KATHMANDU – Pihak polis Nepal menyatakan semalam tindakan telah dilakukan bagi menghalang orang ramai daripada menggunakan ganja pada satu perayaan agama Hindu.

Ganja itu dihisap oleh beribu-ribu penganut Hindu bagi menghormati dewa Hindu.

Upacara itu hanya boleh dilakukan oleh kumpulan yang dikenali sebagai 'sadhu' yang menghisap ganja ketika malam sambutan bagi menghormati Dewa Shiva.

Rakyat biasa Nepal tidak dibenarkan menyertai sadhu.

"Kami telah menangkap 70 orang termasuk puluhan belia yang mengambil ganja secara berlebihan. Kami tidak menahan mana-mana sadhu," kata seorang jurucakap polis Nepal, Dhiraj Pratap Shah. – AFP

Harga minyak lonjak ke paras tertinggi

Posted:

Harga minyak lonjak ke paras tertinggi

Harga minyak lonjak ke paras tertinggi


BEBERAPA orang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Teheran, Iran kelmarin.


SINGAPURA – Harga minyak melonjak ke paras tertinggi sejak sembilan bulan lalu kepada hampir AS$105 (RM318) setong di Asia semalam selepas Iran menyatakan ia menghentikan eksport minyak mentah ke Britain dan Perancis di sebalik peningkatan perbalahan berhubung program nuklear Teheran.

Harga minyak mentah naik AS$1.50 (RM4.54) kepada AS$104.74 (RM316.7) setong pada waktu tengah hari di Singapura semalam.

Sebelum itu, harga minyak mentah meningkat kepada AS$105.21 (RM318.1) yang paling tinggi sejak bulan Mei tahun lalu.

Pada Ahad lalu, Kementerian Minyak Iran menyatakan negara itu menghentikan penghantaran minyak mentah kepada syarikat-syarikat Britain dan Perancis yang merupakan satu tamparan kepada Kesatuan Eropah (EU) selepas EU melaksanakan sekatan ke atas eksport minyak Iran.

Sekatan itu termasuk pembekuan aset bank Iran yang akan bermula pada Julai depan.

Menteri Minyak Iran, Rostam Qassemi memberi amaran pada awal bulan ini bahawa negaranya akan mengurangkan eksport minyak kepada negara-negara Eropah.

Negara-negara EU yang dianggotai 27 buah negara meggunakan 18 peratus minyak Iran yang dieksport.

– Agensi

Lopez, Fergie saksikan perarakan samba

Posted:

Lopez, Fergie saksikan perarakan samba

Lopez, Fergie saksikan perarakan samba


SALAH satu perarakan yang menampilkan persembahan mengagumkan.


RIO DE JANEIRO – Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez dan Fergie menyaksikan perarakan sekolah samba di sini kelmarin selain berjuta-juta penonton lain.

Perarakan samba itu yang telah wujud sejak 80 tahun lalu telah menarik kehadiran beberapa selebriti terkenal sebelum ini.

Pada tahun ini, syarikat bir Brahma mempromosikan Lopez manakala syarikat penjagaan rambut, Pantene mengundang Fergie.

Sebelum ini, antara selebriti terkenal yang hadir ialah Madonna, Beyonce, Jude Law, Paris Hilton, Pamela Anderson dan Kevin Spacey, lapor agensi berita AP semalam.

Tugas mereka ialah menyaksikan perarakan samba itu dari ruang tempat duduk syarikat yang menaja selebriti tersebut.

Dalam satu temu ramah dengan majalah gosip Quem, pengarah komersial, Heitor Dhalias berkata, Lopez belajar tarian samba selama setengah jam.

Perarakan sekolah samba itu berlangsung selama dua hari yang melibatkan perarakan kereta berhias, muzik dan penari-penari separuh bogel. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan