Khamis, 26 Januari 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Obama umum tingkat infrastruktur

Posted:

Obama umum tingkat infrastruktur

Obama umum tingkat infrastruktur

BARACK OBAMA (dalam bulatan) berucap di Kongres Amerika Syarikat, Washington D.C kelmarin.


WASHINGTON Amerika Syarikat (AS) - Presiden Barack Obama mencadang menggunakan separuh daripada wang yang dijimatkan ekoran tamatnya perang AS di Iraq dan Afghanistan untuk membina landasan kereta api berkelajuan tinggi dan bagi membaiki jalan raya serta infrastruktur negara yang uzur.

Pelan tersebut dijangka berdepan halangan anggota-anggota Kongres daripada Parti Republikan yang berulangkali menyatakan pembinaan landasan itu sebagai satu pembaziran, apatah lagi ketika AS berdepan bajet ketat.

"Masih banyak yang perlu dibina semula di AS," kata Obama dalam ucapan negara tahunannya kelmarin sambil menambah, AS memiliki jalan raya dan jambatan yang uzur.

Obama tidak mendedahkan jumlah wang yang diperlukan bagi menjayakan misi tersebut.

Namun, Pejabat Bajet Kongres AS menganggarkan penjimatan belanja perang sekitar AS$440 bilion (RM1.35 trilion) dalam tempoh 2012 hingga 2021.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, AS menjunam dalam senarai penarafan sistem infrastruktur negara oleh Forum Ekonomi Dunia.

Dalam laporan forum berkenaan untuk tahun 2007 hingga 2008, infrastruktur AS berada di tempat keenam terbaik di dunia.

Laporan tahun 2011-2012 pula mendapati AS berada pada kedudukan ke-16 dunia. Kualiti jalan raya di AS kini setara dengan jalan raya di Malaysia. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Pesawat AS ubah laluan kerana ribut solar matahari

Posted:

Pesawat AS ubah laluan kerana ribut solar matahari

Pesawat AS ubah laluan kerana ribut solar matahari


KERATAN Kosmo! semalam.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Radiasi solar daripada ribut matahari terbesar dalam tempoh sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi kelmarin dengan menyebabkan beberapa buah pesawat sebuah syarikat penerbangan terpaksa mengubah laluan.

Syarikat penerbangan AS, Delta Air Lines menyatakan, ia mengubah laluan penerbangan rentas kutub antara Asia dan AS untuk mengelakkan masalah akibat radiasi ribut matahari berkenaan.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) mengesahkan radiasi yang dikenali sebagai Letusan Besar Korona (CME) mula bertembung dengan medan magnetik Bumi sekitar pukul 10 pagi (waktu AS) kelmarin.

Menurut NASA, ribut matahari kali ini dianggap yang terbesar sejak Oktober 2003.

Radiasi ribut matahari tidak membahayakan manusia di Bumi tetapi ia berupaya menjejaskan operasi satelit dan perkhidmatan radio gelombang pendek.

Letusan radiasi itu diramal terus menghentam atmosfera Bumi hingga hari ini.

Seorang ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, ribut matahari itu bermula lewat Ahad lalu dengan letusan api meledak berhampiran pusat matahari. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Filem peroleh banyak pencalonan

Posted:

Filem <i>Hugo </i>peroleh banyak pencalonan

Filem Hugo peroleh banyak pencalonan


SALAH satu adegan dalam filem Hugo Cabret lakonan Asa Butterfield (kiri) dan Ben Kinglsey.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Filem Hugo Cabret yang memaparkan pengembaraan tiga dimensi (3D) pada tahun 1930-an di Paris arahan Martin Scorsese memperoleh 11 pencalonan Oscar kelmarin sekali gus pencalonan terbanyak untuk anugerah utama diikuti filem bisu hitam putih, The Artist yang mendapat 10 pencalonan.

Filem Moneyball yang dibintangi oleh Brad Pitt dan filem arahan Steven Spielberg, War Horse memperoleh enam pencalonan.

Anugerah Oscar akan diadakan pada 26 Februari depan.

Aktres Meryl Streep menerima pencalonan aktres terbaik untuk kali ke-17 kerana lakonannya sebagai Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher dalam filem The Iron Lady.

Pitt dan aktor veteran Hollywood, George Clooney pula bersaing hebat untuk merebut anugerah aktor terbaik.

Turut dikenali sebagai Anugerah Akademi, penganugerahan trofi Oscar bermula sejak tahun 1929.

Bagi filem bahasa asing terbaik, filem A Separation arahan Asghar Farhadi dari Iran bersama Footnote (Israel), In Darkness (Poland), Monsieur Lazhar (Kanada) dan Bullhead (Belgium) turut dicalonkan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan