Selasa, 24 Januari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Iran dakwa EU lancar perang psikologi

Posted: 24 Jan 2012 12:25 PM PST

Dunia

AMERIKA menempatkan kapal tentera, USS Abraham Lincoln untuk memberi tekanan kepada Iran.

AMERIKA menempatkan kapal tentera, USS Abraham Lincoln untuk memberi tekanan kepada Iran.

Iran mahu tutup Selat Hormuz untuk pastikan warga AS tak selamat

TEHRAN: Iran kelmarin menuduh Eropah melancarkan perang psikologi terhadapnya selepas Kesatuan Eropah (EU) melarang import minyak negara itu, menyertai Amerika Syarikat dalam sekatan baru yang bertujuan menghalang republik itu membina senjata nuklear.

Iran, yang menafikan cuba membina bom atom sebaliknya mengejek usaha menyekat eksport minyaknya dan sebahagian ahli perundangan kanan negara itu mengulangi ancaman menghalang minyak Arab daripada meninggalkan rantau Teluk dan memberi amaran akan menyerang kepentingan Amerika di seluruh dunia jika Washington menggunakan kekerasan untuk mematahkan sebarang sekatan dilakukan Iran ke atas laluan perkapalan penting yang strategik.

Jika AS mahukan pengalaman mendebarkan selepas penutupan Selat Hormuz, Iran akan memastikan dunia tidak selamat untuk rakyat Amerika dalam masa singkat. - Mohammad Kossari, Timbalan Ketua Hal Ehwal Luar Negara dan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Parlimen Iran

"Jika sebarang gangguan berlaku merujuk kepada penjualan minyak Iran, Selat Hormuz pasti akan ditutup. Jika Amerika mahukan pengalaman mendebarkan selepas penutupan Selat Hormuz, Iran akan memastikan dunia tidak selamat untuk rakyat Amerika dalam masa singkat," Timbalan Ketua Hal Ehwal Luar Negara dan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Parlimen, Mohammad Kossari, memberitahu agensi berita FARS sehari selepas kapal perang Amerika, Perancis dan Britain ditempatkan di Teluk.

Amerika, yang mengenakan sekatan ke atas perdagangan minyak Iran dan bank pusat pada 31 Disember, mengalu-alukan tindakan EU.

"Ia memberi amaran mungkin menyerang Iran jika sekatan tidak menghalang Tehran untuk meneruskan apa yang disifatkan Washington cubaan membina senjata nuklear.

Sementara itu, calon presiden daripada Parti Republikan, Mitt Romney, berkata dia menganggap Iran melancarkan tindakan perang jika menutup Selat Hormuz.
"Memang sesuai dan penting bagi tentera kita, tentera laut kita untuk kekal berada di laut terbuka. Memang jelas ia adalah tindakan perang," kata Romney dalam perdebatan empat lagi calon Republikan di Tampa, Florida.

Tentera Laut Iran memberi amaran akan bertindak balas jika Amerika cuba meletakkan salah satu kapal perang negara itu di perairannya.

Ahli perundangan kanan Iran meningkatkan lagi ancaman kapal perang republik itu akan menghalang laluan kapal minyak Teluk Parsi berikutan tindakan EU.

Tindakan EU itu dibuat kelmarin di Brussels, menyusul langkah Amerika untuk menyasarkan eksport minyak yang penting kepada Iran, membuka lembaran baru penentangan kepemimpinan Iran.

Tekanan untuk menjatuhkan rejim dikuasai ulama Syiah datang daripada pelbagai sudut, termasuk cubaan Amerika melobi mendesak kuasa Asia mengetepikan minyak mentah Iran. – Agensi/AFP/AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tokyo berdepan gempa bumi besar

Posted: 24 Jan 2012 12:20 PM PST

Dunia

KEADAAN loji nuklear Fukushina Daiichi yang terjejas akibat gempa bumi melanda Jepun, Mac lalu.

KEADAAN loji nuklear Fukushina Daiichi yang terjejas akibat gempa bumi melanda Jepun, Mac lalu.

Jauh lebih awal berbanding ramalan kerajaan Jepun

TOKYO: Gempa bumi besar berkemungkinan melanda ibu kota Jepun dalam masa beberapa tahun, jauh lebih awal berbanding ramalan kerajaan, kata penyelidik di Universiti Tokyo kelmarin, sambil memberi amaran kepada syarikat dan individu supaya bersedia berdepan bencana itu.

Institut Penyelidikan Gempa Bumi universiti berkenaan berkata, bahagian selatan Tokyo berisiko 70 peratus digegarkan dengan gegaran magnitud 7.0 dalam tempoh empat tahun lagi. Sebaliknya, kerajaan menganggarkan 70 peratus kemungkinan bencana itu berlaku dalam masa tiga dekad lagi.

Gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter, terkuat dalam sejarah Jepun dan tsunami melanda pantai timur laut negara itu Mac lalu menyebabkan 23,000 maut atau hilang dan menjejaskan loji nuklear Fukushina Daiichi, mencetuskan gangguan bekalan elektrik dan kebocoran radiasi yang memaksa kerajaan memindahkan penduduk dan selain berlaku pencemaran.

Tinjauan kerajaan menunjukkan gempa bumi kekuatan 7.3 berpusat di utara Teluk Tokyo menyebabkan 11,000 kematian dan memusnahkan sekitar 850,000 bangunan, walaupun pasukan penyelidik Universiti Tokyo berkata sukar untuk meramalkan impak gempa bumi besar di bandar raya.

"Risiko gempa bumi berukuran 7.0 akan berlaku di kawasan itu meningkat sejak kejadian Mac lalu. Buat masa ini, kerajaan, individu dan syarikat perlu bersiap sedia," kata Profesor Madya Shinichi Sakai.
Seorang pegawai kerajaan berkata, anggaran universiti itu berasaskan model berbeza daripada digunakan kerajaan. Kiraan universiti itu mengambil kira aktiviti gempa bumi sejak Mac lalu, sedangkan kerajaan menggunakan data lama.

Pasukan penyelidik berkata, ada peningkatan lima kali ganda dalam bilangan gempa bumi di Tokyo sejak bencana Mac lalu, berdasarkan kiraan data diperoleh dari Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Jepun, terletak dalam Lingkaran Api yang sebahagiannya mengelilingi Lautan Pasifik, dilanda kira-kira 20 peratus daripada gempa bumi berkekuatan 6.0 atau lebih.

Gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan tengah Jepun pada tahun 1995, memusnahkan bandar raya pelabuhan Kobe, mengorbankan lebih 6,400 penduduk dan menyebabkan anggaran kerugian kira-kira AS$100 bilion (RM310 bilion). – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan