Isnin, 5 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Karzai minta bantuan dunia

Posted: 05 Dec 2011 03:21 PM PST

Dunia

KARZAI berbincang dengan Guido (kanan) dan Angela  pada persidangan Antarabangsa Afghanistan di Bonn, semalam.

KARZAI berbincang dengan Guido (kanan) dan Angela pada persidangan Antarabangsa Afghanistan di Bonn, semalam.

Presiden Afghanistan mahu banteras rasuah, usahakan penyatuan

BONN: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai semalam memberitahu satu persidangan di sini bahawa negara itu memerlukan bantuan antarabangsa selama sekurang-kurangnya sedekad lagi apabila tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berundur pada 2014.

Karzai memberitahu kira-kira 1,000 delegasi yang berhimpun di Bonn di barat Jerman, bagi menghadiri Persidangan Mengenai Afghanistan bahawa kerajaannya akan membanteras rasuah dan berusaha ke arah penyatuan, tetapi masih memerlukan bantuan antarabangsa. "Kami memerlukan sokongan untuk sekurang-kurangnya sedekad lagi selepas tentera menarik diri," katanya.

Mesyuarat itu berlangsung selepas 10 tahun berlalunya satu persidangan yang meletakkan kerajaan Afghanistan di bawah Karzai apabila tentera Amerika Syarikat menyingkirkan Taliban berikutan serangan 11 September.

Bagaimanapun, Pakistan dan Taliban yang kedua-duanya dilihat sangat penting untuk menamatkan pertumpahan darah di Afghanistan, enggan menghadiri persidangan itu sekali gus menjejaskan harapan mencari jalan penyele
saian berkesan.
Kira-kira 140,000 tentera antarabangsa berada di Afghanistan dan semua pasukan diketuai NATO akan meninggalkan negara itu menjelang akhir 2014, apabila Kabul akan memikul sendiri tanggungjawab terhadap keselamatan negara itu.

Menteri Jerman, Guido Westerwelle menegaskan bahawa NATO tidak perlu tergesa-gesa untuk berundur.

"Kami menghantar mesej yang jelas kepada penduduk Afghanistan: kami tidak akan meninggalkan anda bersendirian, anda tidak akan diabaikan," katanya.

"Afghanistan dan penduduknya perlukan komitmen yang jelas dan boleh dipercayai kepada pembabitan jangka panjang untuk dekad seterusnya selepas 20104."

Setiausaha negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton memberitahu wakil mesyuarat termasuk kumpulan hak wanita bahawa negara Barat juga hadir ke Bonn untuk mendengar mengenai keperluan mendesak Afghanistan.

"Kami perlukan nasihat terbaik anda bagaimana kami boleh membantu kerajaan, keupayaan dan profesional."

"Kami mempunyai satu tugas kepada pembayar cukai untuk memastikan wang dibelanjakan sebaiknya. Masalah rasuah adalah sesuatu yang benar," katanya.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menggesa Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari untuk melahirkan kekesalan beliau terhadap kehilangan tragik, sambil menyifatkan kematian adalah tidak sengaja, tetapi Islamabad tetap tidak berganjak. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Parti pimpinan Putin hilang majoriti mudah

Posted: 05 Dec 2011 03:20 PM PST

Dunia

MOSCOW: Parti pemerintah pimpinan Vladimir Putin semalam memenangi pilihan raya parlimen Russia, tetapi kehilangan majoriti yang ketara dalam rancangannya untuk kembali ke Kremlin pada 2012.

Keputusan itu bermakna partinya, Parti Bersatu Russia hilang majoriti perlembagaan dua pertiga dalam Duma Negeri yang memerlukan kelulusan terhadap sebarang perubahan dalam perlembagaan, yang memberi isyarat bahawa populariti Putin semakin berkurang.

Pembangkang berkata kelmarin undi dibayangi pelbagai penipuan, pada masa sama pihak berkuasa mahu mempertahankan dominasi Kesatuan Russia dengan taktik kotor termasuk serangan siber terhadap laman web dan gangguan ke atas pemerhati pilihan raya. "Berdasarkan keputusan ini, kami mampu memastikan kestabilan pembangunan negara ini" kata Putin dalam ucapan dibuat bersebelahan Presiden Dmitry Medvedev di ibu pejabat kempen partinya.

Ketua suruhan jaya pilihan raya, Vladimir Churov berkata Kesatuan Russia perlu mendapat 238 kerusi 450 kerusi dalam Duma Negeri untuk majoriti mutlak, tetapi memperoleh jumlah kerusi jauh lebih sedikit berbanding 315 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya 2007.

Beliau berkata, parti itu hanya mampu memenangi 49.54 peratus undi, berbeza daripada pilihan raya 2007 di mana populariti Putin memuncak dan partinya memenangi lebih 64 peratus.

Pembangkang terbesar adalah Parti Komunis dengan 92 kerusi, diikuti Parti Keadilan Russia dengan 64 kerusi dan parti ultra nasionalis, Parti Demokratik Liberal dengan 56 kerusi. Keputusan berdasarkan 96 peratus kiraan undi. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan