Ahad, 4 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Taliban Pakistan lemah, pokai

Posted: 04 Dec 2011 02:29 PM PST

Dunia

PENYOKONG Jamaat-ud-Dawa, melaung slogan protes terhadap NATO yang melancarkan serangan terhadap tentera Pakistan.

PENYOKONG Jamaat-ud-Dawa, melaung slogan protes terhadap NATO yang melancarkan serangan terhadap tentera Pakistan.

Tanda pertama keretakan puak muncul selepas Mehsud dibunuh 2009

ISLAMABAD: Kumpulan Taliban Pakistan yang pernah berhadapan dengan operasi tentera dan serangan udara Amerika Syarikat dilaporkan berpecah kepada lebih 100 kumpulan serpihan kecil, semakin lemah dan menghadapi masalah kewangan, kata pegawai keselamatan, penganalisis dan penduduk puak.

Kumpulan dikenali sebagai Tehrik-e-Taliban atau TTP, Taliban dengan matlamat menggulingkan kerajaan disokong Amerika Syarikat dan mewujudkan sistem pemerintahan Islam. Mereka juga mempunyai cita-cita antarabangsa dan melatih rakyat Pakistan di Amerika Syarikat yang cuba meletupkan sebuah bom kereta di Times Square, New York City pada 2010.

"Hari ini, struktur arahan TTP berpecah dan lemah. Mereka juga kekurangan wang," kata seorang penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Kawasan Puak Di Bawah Pentadbiran Persekutuan (FATA), Mansur Mahsud.

"Perkembangan ini dijangka dapat membantu tentera dan kerajaan kerana Taliban sudah berpecah."

Mahsud berkata, tanda pertama keretakan dalam Taliban Pakistan muncul selepas pemimpinnya, Baitullah Mehsud dibunuh dalam satu serangan udara pada Ogos 2009.
Ditubuhkan pada 2007, Taliban Pakistan adalah pertubuhan payung diwujudkan untuk mewakili kira-kira 20 kumpulan pemisah di kawasan puak termasuk ibu pejabat kumpulan yang dikaitkan dengan al-Qaida, di wilayah timur Punjab, Pakistan.

"Di kawasan berbeza, pemimpin membuat rundingan mereka sendiri dengan kerajaan. Ia boleh membantu kerajaan Pakistan dan tentera membawa lebih banyak pemimpin dari TTP dan lebih banyak askar dari komander mereka," Mahsud.

Perang meletus apabila kumpulan militan melarikan diri daripada operasi tentera Pakistan ke wilayah dikawal militan lain yang kadang kala mencetuskan pertempuran sesama sendiri.

Faktor lain yang menyebabkan perpecahan adalah strategi pecah dan tawan oleh tentera Pakistan ketika menghadapi militan. Komander melarikan diri dari TTP dan membentuk serpihan mereka sendiri, melemahkan pertubuhan itu Pertempuran tercetus di kalangan kumpulan serpihan dan di wilayah puak tertentu di pedalaman.

Pada masa sama Insititusi Bagi Pengajian Damai Pakistan berkata beberapa petunjuk memberi isyarat ada militan mahu mengadakan rundingan damai dengan kerajaan manakala yang lain menawarkan untuk menghentikan pertempuran.

"Perkembangan ini mungkin menjelaskan mengapa serangan bunuh diri kian berkurangan di negara itu sejak akhir-akhir ini," kata seorang pegawai institusi itu.

Amerika Syarikat mahu melihat manfaat di negara jiran Afghanistan di mana tenteranya menjadi mangsa serangan militan di kawasan sempadan di Pakistan.

Pasukan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan cuba untuk memecah pengganas di Afghanistan sebelum menamatkan misi serangan pakatan diketuai Amerika Syarikat pada 2014.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada bukti bahawa keretakan dalam struktur militan di Pakistan membantu tentera NATO dan Amerika Syarikat. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Cain umum tarik diri jadi calon Republikan

Posted: 04 Dec 2011 02:20 PM PST

Dunia

Herman Cain

Herman Cain

WASHINGTON: Harapan meneruskan persaingan menjadi calon Republikan untuk menduduki Rumah Putih tidak kesampaian bagi Herman Cain, yang menggantung pencalonannya berikutan siri tuduhan gangguan seksual ke atasnya.

Cain, 67, mengumumkan keputusan itu dalam majlis pembukaan ibu pejabat kempen baru di Atlanta dalam suasana penuh emosi di sisi isterinya, Gloria, yang dikahwini 43 tahun lalu.

"Saya adalah bukti lelaki biasa boleh menerajui negara ini. Saya menganggap diri saya sebahagian daripada anda, bukan golongan elit politik. Bagaimanapun, tuduhan palsu mengenai saya berterusan dan mengganggu kemampuan saya memberikan penyelesaian kepada rakyat Amerika Syarikat," katanya. Keputusan Cain menjadi tamparan kepada bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney, seorang lagi wakil Republikan untuk pencalonan yang berdepan persaingan bekas Speaker Dewan Perwakilan, Newt Gingrich.

Pengumuman Cain menyusul beberapa hari spekulasi selepas dia mengumumkan menilai semula pencalonannya. Cain, yang menjadi kegemaran tanpa dijangka sehingga beberapa wanita muncul mendakwa dia melakukan gangguan seksual ke atas mereka. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan