Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Rakyat Kuwait gempur Parlimen

Posted:

Rakyat Kuwait gempur Parlimen

Rakyat Kuwait gempur Parlimen


DUA lelaki mahu membaling kerusi di Dewan Abdullah al-Salem di Dewan Perhimpunan Kebangsaan Kuwait, kelmarin. - AFP


KUWAIT CITY 17 Nov. - Beribu-ribu rakyat Kuwait menyerbu bangunan Parlimen semalam selepas polis dan pasukan tentera elit memukul penunjuk perasaan yang berarak ke kediaman Perdana Menteri, Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah bagi mendesaknya meletak jawatan.

Penunjuk perasaan memecah masuk pagar bangunan Parlimen dan memasuki ruang utamanya lalu menyanyikan lagu kebangsaan negara.

"Kami kini berada dalam Parlimen," kata Mussallam al-Barrak yang mengetuai protes tersebut bersama beberapa orang Ahli Parlimen dan aktivis-aktivis remaja yang menyeru pembubaran Parlimen yang didakwa terlibat dengan rasuah.

Kumpulan tersebut meninggalkan bangunan Parlimen beberapa minit kemudian.

Polis sebelum itu menggunakan belantan bagi menghalang penunjuk perasaan yang berteriak berulang-ulang "orang ramai mahu menyingkirkan Perdana Menteri" daripada terus berarak ke kediaman Sheikh Nasser.

Saksi menyatakan sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan tercedera dan dirawat di tempat kejadian.

Beberapa aktivis berkata, mereka akan terus berkhemah di luar Parlimen sehingga ketua negara itu disingkirkan.

Ia merupakan kekejaman politik pertama di negara Teluk yang kaya dengan minyak itu sejak Disember lalu apabila pasukan tentera elit memukul penunjuk perasaan dan beberapa Ahli Parlimen dalam sebuah perhimpunan awam.

Ketegangan semakin menjadi-jadi di Kuwait sejak tiga bulan lalu selepas 16 orang Ahli Parlimen didakwa menerima rasuah bernilai kira-kira AS$350 juta (RM1.1 juta) untuk undian di Parlimen.

Sementara itu, kira-kira 20 Ahli Parlimen pembangkang hari ini memboikot sesi Parlimen sehari selepas kerajaan dan penyokongnya menolak permintaan pembangkang untuk menyoal siasat Perdana Menteri berhubung dakwaan rasuah. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Syria diberi tempoh tiga hari henti keganasan

Posted:

Syria diberi tempoh tiga hari henti keganasan

Syria diberi tempoh tiga hari henti keganasan

RABAT 17 Nov. - Liga Arab semalam memberi tempoh tiga hari kepada kerajaan Syria untuk menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan dan menerima kemasukan misi pemerhati atau menghadapi sekatan ekonomi.

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Arab di ibu negara Maghribi ini semalam turut mengesahkan penggantungan Syria daripada pertubuhan itu, tindakan keras dan luar biasa yang diumumkan pada Sabtu lalu.

Menteri Luar Qatar, Hamad bin Jassim berkata, Syria diberi peluang untuk menghentikan keganasan terhadap penduduk awam dan melaksanakan pelan damai yang digariskan oleh Liga Arab pada 2 November lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 3,500 orang terkorban dalam pemberontakan di Syria sejak lapan bulan lepas.

"Kerajaan Syria mesti menandatangani protokol yang dihantar oleh Liga Arab dan menamatkan semua keganasan terhadap penunjuk perasaan, dalam tempoh tiga hari.

"Sekatan ekonomi sudah tentu boleh dikenakan jika kerajaan Syria tidak memberi tindak balas, tetapi kami sedar sekatan sedemikian akan menjejaskan kehidupan rakyat Syria," kata Jassim.

Protokol itu menghendaki sebuah misi pemerhati terdiri daripada 30-50 anggota dihantar di bawah naungan Liga Arab untuk memastikan Syria melaksanakan pelan damai Arab.

Ia turut menuntut rejim Presiden Bashar al-Assad menghentikan serangan ke atas penunjuk perasaan, mengundurkan kereta kebal dan kenderaan berperisai dari kawasan bandar, membebaskan tahanan politik dan membenarkan wartawan serta kumpulan hak asasi manusia masuk ke negara itu.

Kerajaan Syria turut dituntut menarik balik wakilnya daripada Liga Arab 'berikutan beberapa kenyataan menghina dan tidak diplomatik yang dibuat oleh wakil tetap Damsyik'.

Liga Arab jarang mengambil tindakan tegas untuk menangani krisis di dunia Arab tetapi dalam kes Syria, beberapa anggota menggambarkan tindakan sedemikian terhadap Damsyik sebagai cara untuk mengelakkan campur tangan asing seperti yang berlaku di Libya awal tahun ini. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan