Khamis, 17 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Tingkap Rumah Putih pecah kena tembak

Posted: 17 Nov 2011 02:50 PM PST

Dunia

Oscar Ortega-Hernandez

Oscar Ortega-Hernandez

Polis tahan suspek serang pejabat Barack Obama

WASHINGTON: Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kelmarin disyaki terbabit dalam kejadian tembakan di Rumah Putih minggu lalu, selepas ejen persekutuan menemui dua peluru mengenai rumah agam itu, termasuk satu yang terkena tingkap.

Oscar Ortega-Hernandez ditahan polis Pennsylvania di sebuah hotel berdekatan Indiana, Pennsylvania, kata Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, empat jam perjalanan dari bandar ini. Tiada sesiapa dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan waktu malam Jumaat dan Presiden Barack Obama dan isterinya Michelle berada di luar bandar ketika itu.

Peluru yang memecahkan tingkap tersangkut kerana tingkap itu kalis peluru, kata jurucakap Perkhidmatan Rahsia, Edwin Donovan. Sebutir lagi peluru mengenai bahagian luar bangunan.

Peluru terbabit ditemui di bahagian selatan Rumah Putih, di mana bilik utama dan bilik tidur Lincoln kediaman persendirian presiden terletak, selain bilik tidur lain dan ruang yang boleh digunakan keluarga pertama itu.

Pegawai perkhidmatan rahsia mendengar tembakan dilepaskan di jalanan antara 700 dan 800 meter selatan kediaman presiden.
Dua kereta dilihat keluar dari situ dengan laju. Satu daripada kenderaan terbabit kemudian ditemui ditinggalkan di kawasan berhampiran dengan raifal semi automatik di dalamnya. Ketika insiden itu, Obama berada di California sebelum menuju ke Hawaii.

Ortega-Hernandez mempunyai rekod jenayah termasuk kesalahan mengedar dadah, kesalahan berhubung arak, melawan daripada ditahan anggota keselamatan dan menyerang anggota polis, kata juru-cakap polis, Sarjan David Schlosser.

Kejadian yang berlaku pada hari Jumaat itu berlaku di Constitution Avenue, sebuah kawasan awam sibuk berdekatan sebuah kompleks beli belah, National Mall.

Anggota Perkhidmatan Rahsia mengawal sekitar tempat berkenaan yang juga dironda ramai polis.

Kawalan keselamatan diperketatkan di Rumah Putih selepas serangan yang memusnahkan bangunan kerajaan di Oklahoma City pada 1995. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Piranha gigit 15 perenang

Posted: 17 Nov 2011 02:38 PM PST

Dunia

Spesies maging mengganas di Brazil

SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.

Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu. "Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar," kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV.

Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22.

"Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki.
Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah," katanya.
Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.

Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.

Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan