Selasa, 9 Ogos 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Lelaki amuk tembak kekasih di rumah

Posted:

Lelaki amuk tembak kekasih di rumah

Lelaki amuk tembak kekasih di rumah


BEBERAPA anggota polis melakukan sekatan jalan raya dekat lokasi kejadian seorang lelaki mengamuk di Copley, Ohio kelmarin.


COPLEY, Ohio - Seorang lelaki menembak mati lapan orang termasuk kekasihnya sebelum dia mati ditembak oleh polis, kata pihak berkuasa.

Lapan orang termasuk lelaki yang mengamuk itu mati dalam kejadian tersebut.

Beberapa saksi memberitahu wartawan, sekurang-kurangnya seorang mangsa yang mati ialah kanak-kanak.

Polis tidak mengetahui motif kejadian dan tidak mendedahkan nama lelaki yang mengamuk tersebut termasuk umurnya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 11 pagi waktu tempatan kelmarin di kawasan penduduk kelas pertengahan di sini.

Menurut Jabatan Polis, seorang lelaki berlari ke kawasan penduduk dan melepaskan tembakan menyebabkan polis dipanggil ke tempat kejadian.

Di sebuah rumah, lelaki itu menembak mati kekasihnya, berlari ke rumah jirannya dan menembak mati adik kekasihnya serta empat yang lain.

Menurut polis, lelaki itu kemudian mengejar dua orang dan menembak salah seorang daripada mereka.

Lelaki bersenjata itu kemudian pergi ke rumah ketiga dan menembak seorang lagi sebelum mati ditembak anggota polis. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tentera Gaddafi lancar serangan

Posted:

Tentera Gaddafi lancar serangan

Tentera Gaddafi lancar serangan

BENGHAZI - Para pemberontak Libya di bandar Zliten kini dikatakan mula mengalami kekurangan bekalan peluru.

Bagaimanapun, tentera pemimpin Muammar Gaddafi dilaporkan menguasai bandar Bir Ghanam awal semalam.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa bandar berkenaan dikuasai para pemberontak.

Menurut seorang jurucakap pemberontak, Abdul Wahab Melitan, tentera yang setia kepada Gaddafi telah melancarkan serangan ke atas para pemberontak di kawasan Souk Telat di Zliten.

Dalam kejadian itu, tiga orang terbunuh dan 15 lagi cedera.

"Para pemberontak kekurangan peluru untuk mara dan kami tidak mahu berdepan dengan risiko kehilangan kawasan," kata Abdul Wahab.

Peperangan di Libya berlaku sejak Februari lalu melibatkan para pemberontak dengan tentera pimpinan Gaddafi.

Para pemberontak itu mahu Gaddafi berundur selepas berkuasa sejak tahun 1969.

Dalam peperangan itu, Pertubuhan Penjanjian Atlantik Utara (NATO) campur tangan bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya bagi mengenakan tekanan ke atas Gaddafi supaya meletakkan jawatan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

160 orang ditangkap di utara London

Posted:

160 orang ditangkap di utara London

160 orang ditangkap di utara London


BEBERAPA anggota polis menyiasat lokasi beberapa buah kereta dibakar dalam rusuhan di Tottenham, utara London kelmarin.


LONDON - Polis Britain menangkap lebih 160 orang selepas kekacauan dan kecurian berleluasa di utara ibu kota Britain di sini sepanjang hujung minggu lalu.

Polis semalam menyatakan, beberapa kumpulan belia melarikan pelbagai barangan dari kedai-kedai di sini, menyerang anggota polis dan membakar sejumlah kenderaan.

Sekitar 35 anggota polis cedera dalam kekacauan yang berlaku susulan tunjuk perasaan di beberapa tempat di sini pada hujung minggu lalu.

Seorang komander polis, Christine Jones berkata, anggota-anggota polis terkejut melihat keganasan yang disasarkan terhadap mereka.

Keganasan tercetus di utara pinggir bandar ini, Tottenham pada malam Sabtu lepas susulan kemarahan masyarakat berhubung seorang lelaki yang mati ditembak polis.

Timbalan Datuk Bandar, Kit Malthouse menyalahkan keganasan yang berlaku pada Sabtu dan Ahad lalu itu disebabkan penglibatan sekumpulan penjenayah yang tamak dan bukannya berpunca daripada masalah sosial ekoran kelembapan pemulihan ekonomi Britain.

"Ini adalah disebabkan sebuah kumpulan kecil dalam komuniti kita di London yang mencari barang untuk mencuri," katanya.

Keganasan itu meletus selepas seorang lelaki berusia 29 tahun ditembak mati oleh polis semasa anggota-anggota pihak berkuasa cuba untuk menangkapnya di Tottenham pada Khamis lalu.

Sebuah agensi pemantau polis kini sedang melakukan siasatan mengenai kejadian itu.

Sementara itu, akhbar The Sun di Britain melaporkan bahawa kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan lapan tahun turut menyertai keganasan yang berlaku di utara London.

Seorang saksi, David Akinsanya, 46, berkata: "Saya melihat kanak-kanak berusia yang semuda sehingga tujuh atau lapan tahun berlari di jalanan dengan kepala mereka ditutup." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan