Selasa, 9 Ogos 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Saleh setuju tidak pulang

Posted: 08 Aug 2011 03:46 PM PDT

Dunia

SALEH diwawancara televisyen Julai lalu diberitakan setuju tidak pulang.

SALEH diwawancara televisyen Julai lalu diberitakan setuju tidak pulang.

Presiden Yaman takut terima nasib seperti Hosni Mubarak

DUBAI: Amerika Syarikat berjaya memujuk Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh supaya tidak pulang ke negaranya, lapor akhbar Asharq al-Awsat, semalam ketika bantahan berterusan terhadap pemerintahannya selama 33 tahun.

Akhbar itu memetik sumber Amerika sebagai berkata, Washington berjaya mendesak Saleh, 69, untuk membatalkan niatnya sebelum ini untuk pulang dan mengadakan dialog.

Mereka berkata, Saleh dipengaruhi nasib yang menimpa bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang diletakkan dalam kandang besi ketika dibicarakan atas tuduhan membunuh dan rasuah di Kaherah, minggu lalu. Laporan itu menyusul keputusan pihak berkuasa Arab Saudi menolak permohonan Salleh untuk pulang ke negara asalnya bersama satu pasukan perubatan selepas menjalani rawatan di sebuah hospital Saudi.

Saleh dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu selepas lebih dua bulan menjalani rawatan kerana kecederaan yang dialami akibat serangan terhadap istana di Sanaa.

Saleh dilaporkan ditempatkan di sebuah kediaman kerajaan Saudi di Riyadh sehingga beliau benar-benar sembuh, kata agensi berita Yaman, SABA.

Tetapi, seorang pegawai Yaman yang lain tetap percaya Saleh akan pulang apabila berkata, presiden akan terus berada di Riyadh buat masa ini kerana beliau masih lagi berada di bawah pengawasan perubatan.
"Kami tidak tahu bila beliau akan kembali ke negaranya tetapi mungkin tidak lama lagi dengan izin Tuhan," kata pegawai terbabit.

Ketiadaan Saleh selama lebih dua bulan di Yaman lebih menambahkan ketidakstabilan dan tidak menentu di negaranya yang disifatkan paling miskin di kalangan dunia Arab. Ada kebimbangan bahawa kepulangan beliau akan lebih mengundang rusuhan berterusan terhadap Yaman yang sememangnya dalam keadaan tidak stabil itu. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

160 perusuh di London ditahan

Posted: 08 Aug 2011 03:45 PM PDT

Dunia

SEORANG pekerja pasar raya di Enfield yang dipecah masuk perusuh dalam rusuhan di utara London, kelmarin.

SEORANG pekerja pasar raya di Enfield yang dipecah masuk perusuh dalam rusuhan di utara London, kelmarin.

Keganasan timbul soal tahap keselamatan menjelang Sukan Olimpik 2012

LONDON: Polis menahan 160 orang yang terbabit dalam rusuhan dan samun di utara London semalam, ketika keganasan baru tercetus dan merebak ke bahagian lain di ibu negara Britain itu.

Pegawai kanan polis Christine Jones, berkata 35 pegawainya cedera, termasuk tiga orang yang dilanggar kereta ketika cuba menahan penunjuk perasaan di timur London.

Beliau berkata, kumpulan belia menyamun kedai, menyerang pegawai polis dan membakar kenderaan dalam keganasan yang menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan bandar raya itu menjelang Sukan Olimpik 2012. Christine berkata, pihaknya 'terkejut' dengan tahap keganasan dan kemarahan yang ditunjukkan penunjuk perasaan ke atas polis.

"Sebilangan mereka melempar bom petrol ke arah polis, manakala yang lain menyerang anggota kami dengan kayu besbal dan batang besi. Keganasan juga merebak ke bahagian lain di London, termasuk kawasan tarikan pelancongan dan pusat beli belah utama di Oxford Circus," katanya.

Keadaan di Tottenham dilaporkan tenang malam semalam, namun keganasan merebak ke Walthamstow Central di timur London, apabila 30 belia mencuri dan merosakkan kedai.

Satu kumpulan lagi membakar beberapa kedai di Brixton di selatan London menakala 50 orang berhimpun di Oxford Circus sebelum bertindak merosakkan harta benda di kawasan itu.
Kekacauan juga berlaku di Enfield yang terletak lapan kilometer ke utara Tottenham. Rakaman televisyen menunjukkan rusuhan berlaku manakala semakin ramai polis meronda di jalan raya.

"Kami menempatkan pegawai tambahan di seluruh London dan membuat pemantauan rapi bagi mengelak keganasan daripada berterusan," katanya.

Sementara itu Jabatan bomba London dalam satu kenyataan berkata, ia menerima 49 panggilan kebakaran di Tottenham tetapi tiada anggota cedera.

Laman web sosial dibanjiri khabar angin rusuhan lain bermula atau dirancang di bahagian lain tetapi polis memberi amaran supaya tidak mempercayainya. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan