Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Filipina kritik China guna tentera

Posted:

Filipina kritik China guna tentera

Filipina kritik China guna tentera

SINGAPURA 5 Jun – Filipina hari ini mengkritik aktiviti tentera China di Laut China Selatan baru-baru ini ekoran kebimbangan konfrontasi kecil di kawasan yang dipertikaikan boleh mencetuskan konflik bersenjata.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin memberitahu satu forum keselamatan di sini, tindakan yang diambil oleh sebuah negara menyebabkan negara lain seperti Filipina berasa bimbang dan tidak selamat.

"Perasaan tidak selamat itu juga timbul apabila nelayan biasa diarah oleh kapal-kapal asing supaya meninggalkan kawasan berkenaan," kata beliau pada forum yang turut dihadiri oleh Menteri Pertahanan China, Liang Guanglie.

Gazmin membuat kenyataan itu selepas Manila semalam menuduh China mengancam keamanan dan kestabilan di Asia dengan mengerahkan kapal tentera laut untuk menakut-nakutkan bot dan kapal dari negara lain yang turut mempunyai tuntutan terhadap Kepulauan Spratly.

Manila juga mempersoalkan Beijing berhubung rancangan yang dilaporkan oleh media kerajaan China untuk memasang pelantar minyak di perairan tersebut.

Gazmin berkata, keadaan tidak selamat wujud apabila bahan binaan untuk membina struktur tertentu ditemui di kawasan di mana perisytiharan sudah dibuat untuk mengelak daripada mendirikan struktur atau infrastruktur sedemikian.

Beliau berucap selepas Guanglie memberitahu forum itu, China komited untuk memelihara 'keamanan dan kestabilan' di Laut China Selatan.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates memberitahu persidangan semalam, pertempuran boleh meletus melainkan negara-negara yang mempunyai tuntutan bertindih menerima mekanisme untuk menyelesaikan pertikaian secara aman.

Kepulauan Spratly dan Paracel, dipercayai kaya dengan minyak dan gas, dituntut seluruhnya atau sebahagiannya oleh Brunei, China, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis India lepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong Guru Yoga

Posted:

Polis India lepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong Guru Yoga

Polis India lepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong Guru Yoga

NEW DELHI 5 Jun - Polis India menyuraikan demonstrasi besar-besaran hari ini, yang diketuai oleh guru yoga terkenal yang berikrar mogok lapar sampai mati dalam bantahan terhadap amalan rasuah oleh kerajaan.

Kira-kira 30 orang cedera ketika polis menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan tersebut tetapi jurucakap polis enggan memberi sebarang komen.

Swami Baba Ramdev memulakan mogok lapar di sebuah khemah besar di New Delhi semalam, ditemani sekumpulan pengikutnya dalam satu kempen menentang rasuah yang telah memberi tekanan kepada Parti Kongres.

Jurucakap polis, Rajan Bhagat berkata, mereka menahan Ramdev selama 15 minit sahaja dan kemudian membebaskannya.

Menurut Bhagat, polis menarik balik kebenaran kepada Ramdev bagi mengadakan protes di ibu negara itu kerana ia melebihi jumlah yang dibenarkan.

"Kami hanya memberi kebenaran untuk 5,000 orang menghadiri kem yoganya tetapi seramai 50,000 orang yang datang.

"Kami tidak ada memberikan kebenaran untuk mereka melakukan demonstrasi," kata Bhagat yang turut menafikan dakwaan Ramdev masih ditahan.

Satu kontinjen polis turun ke Ram Lila awal pagi ini dan seramai 30 orang dilaporkan dibawa ke hospital kerana tercedera.

Rakaman video di televisyen tempatan menunjukkan kumpulan penunjuk perasaan itu diusir menggunakan gas pemedih mata.

Ramdev diarahkan untuk meninggalkan New Delhi dan dia bersetuju dengan arahan tersebut. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan