Ahad, 26 Disember 2010

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Tsunami kecil landa Vanuatu

Posted: 26 Dec 2010 09:19 AM PST

Dunia

Kejadian ketika ulang tahun gelombang besar ragut 220,000 jiwa

SYDNEY: Gempa bumi kuat berukuran 7.3 melanda pulau Vanuatu di barat Pasifik semalam, mencetuskan tsunami kecil pada ketika dunia mengingati ulang tahun keenam tsunami besar yang meragut 220,000 nyawa di lautan Hindi pada 26 Disember 2004.

Pusat Amaran Tsunami yang berpusat di Hawaii berkata gempa bumi cetek itu mencetuskan tsunami, tetapi hanya berukuran 15 sentimeter dari paras biasa laut di Vanuatu. "Pengukuran paras laut mengesahkan ada tsunami dicetuskan," kata pusat itu dalam buletin diedarkannya.

"Tsunami itu berpotensi memusnahkan kediaman di tepi laut," katanya, tetapi menarik balik amaran itu selepas terbukti tsunami itu kecil.

Gempa bumi itu melanda pada jam 12:16 pagi semalam (waktu tempatan) dan amaran asal tsunami meliputi Vanuatu, Fiji dan New Caledonia. Tidak ada laporan kecederaan atau kerosakan.

Jackie Philip, kakitangan di Hotel Port Vila di ibu negara Vanuatu berkata hotel itu dipenuhi pelanggan yang sedang menyambut hari Krismas.
"Beberapa daripada kami lari keluar untuk memerhatikan paras laut selepas gempa dan mendengar amaran tsunami di radio tetapi mendapati tiada apa yang berlaku," katanya.

Jabatan kaji Bumi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 12.3 kilometer dan berpusat 145 kilometer di barat Isangel di pulau Tanna, sebahagian daripada kepulauan Vanuatu.

Sementara itu, pulau selatan New Zealand juga dilanda gempa bumi sekuat 4.9 semalam.

Tidak ada kecederaan dilaporkan tetapi sekurang-kurangnya 20 bangunan di pusat bandar rosak akibat gempa bumi itu yang saintis berkata adalah di antara ratusan yang dicatatkan sejak gempa bumi 7.1 yang melanda Christchurch pada 4 September.

Gempa bumi terbaru itu berlaku beberapa jam selepas gempa di Vanuatu.

New Zealand dan Vanuatu terletak di 'lingkaran api' Pasifik yang – lingkaran zon gempa dan gunung berapi dari Chile di Amerika Selatan, ke Alaska dan Pasifik selatan. – Agensi/AP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

4 pusat agihan makanan di Pakistan ditutup

Posted: 26 Dec 2010 09:18 AM PST

Dunia

KHAR: Pihak berkuasa menutup sementara pusat pengagihan makanan di timur laut Pakistan, sehari selepas seorang pengebom bunuh diri wanita meletupkan bom, mengakibatkan 45 orang terbunuh dan sebilangan lagi cedera di pekarangan luar depoh Program Makanan Dunia (WFP) di rantau berkenaan kelmarin.

Pegawai WFP, Shafiq Khan, berkata kerajaan wilayah mengarahkan penutupan sementara keempat-empat pusat bantuan makanan di daerah Bajur berikutan pengeboman kelmarin di bandar utama, Khar.

Projek WFP di Bajur memberi bantuan kepada beribu-ribu orang yang kehilangan tempat tinggal sejak awal 2009 akibat pertempuran di antara tentera Pakistan dengan pemberontak di kawasan puak di sepanjang sempadan Afghanistan. Tidak diketahui berapa lama ia akan ditutup. Keputusan untuk menutup sementara depoh makanan program berkenaan berikutan kebimbangan keselamatan dibuat selepas seorang pengebom berpakaian burqa melemparkan dua bom tangan sebelum meletupkan bahan letupan pada tali pinggangnya di tengah kira-kira 300 orang di luar pusat bantuan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu di Khar.

Ia adalah kejadian terbaru membabitkan militan yang membantah penguasaan pihak berkuasa Pakistan di kawasan puak bersempadan dengan Afghanistan.
Pentadbir Khar, Sohail Khan, berkata semalam pihak berkuasa masih belum mengenal pasti pengebom terbabit.

Taliban Pakistan yang mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan itu, dikecam di seluruh dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Honolulu, Hawaii, di mana beliau menyambut Krismas, Obama berkata 'pembunuhan orang awam tidak bersalah di luar pusat pengagihan Program Makanan Dunia menghina rakyat Pakistan dan sudah tentunya semua manusia.' – AP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan