Rabu, 17 Julai 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pusat jemaah siap sebelum musim haji

Posted: 17 Jul 2013 06:27 AM PDT

Sedia khidmat kepada hampir 2,400 jemaah pada satu-satu masa

Jeddah: Kerja membina sebuah pusat jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad di Madinah sedang berjalan lancar dan akan siap sebelum musim Haji tahun ini. Ia boleh menampung sehingga 2,400 jemaah pada satu-satu masa.

"Pusat itu akan menyediakan khidmat kepada hampir tiga juta jemaah Haji dan Umrah setiap tahun," kata Menteri Haji, Bandar Hajar selepas melawat tapak projek.

Ia dibina di kawasan seluas 8,400 meter persegi termasuk lounge utama dengan 22 khemah gentian kaca.

Pengarah pejabat kementerian di Madinah Muhammad Al-Baijawi memberi taklimat kepada Hajar berhubung perancangan membuka keseluruhan pusat itu kepada jemaah Haji tahun ini.

Menteri berkenaan mengarahkan kontraktor menyiapkan projek itu tepat pada masanya.

Beliau menekankan sokongan Gabenor Madinah Putera Faisal Salman terhadap projek itu menambah bahawa beliau mengikuti perkembangan pembinaan pusat berkenaan.

"Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah mengarahkan projek itu dapat memulihkan perkhidmatan kepada tetamu Allah yang melawat Makam Nabi Muhammad," katanya.
Pusat itu juga turut menempatkan pejabat Kementerian Haji dan pelbagai agensi perkhidmatan serta sebuah pusat kesihatan dengan kemudahan moden. - Agensi

Pengguna internet China 591 juta

Posted: 17 Jul 2013 06:25 AM PDT

BEIJING: Pengguna internet China dilaporkan meningkat kepada 591 juta, kira-kira 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu membabitkan bilangan mereka yang melayari halaman web menggunakan telefon pintar dan alat tanpa wayar lain, kata sebuah kumpulan industri semalam.

Angka akhir Jun yang dikeluarkan Pusat Maklumat Rangkaian Internet China mewakili 10 peratus kenaikan dalam jumlah keseluruhan pengguna sepanjang setahun. Bilangan pengguna tanpa wayar meningkat kepada 464 juta.

Halang bahan hasutan

Kerajaan komunis terbabit menggalakkan penggunaan internet bagi perniagaan dan pendidikan tetapi cuba menghalang akses kepada bahan yang berbau hasutan atau lucah.

Peningkatan penggunaan web membawa pertumbuhan industri baru China dari perniagaan talian dan mikroblog hingga video di talian.

Perkembangan terbaru ini meningkatkan peratusan populasi China yang menggunakan internet kepada 44 peratus, kata CNNIC.

Syarikat internet berlumba-lumba memberi maklum balas terhadap meletusnya populariti telefon pintar, tablet dan peralatan tanpa wayar lain dengan melancarkan perkhidmatan untuk mereka.
Minggu ini, pengendali enjin carian popular China, Baidu Inc. mengumumkan akan membayar sejumlah $1.9 bilion bagi mendapatkan pengedaran aplikasi telefon pintar, 91 Wireless Websoft.

Ketatkan kawalan

Pihak berkuasa mengetatkan kawalan talian tahun lalu selepas rangkaian sosial dan halaman web lain memainkan peranan utama dalam bantahan yang menjatuhkan kerajaan di Mesir dan Tunisia.

Tahun lalu juga mereka mengetatkan kawalan terhadap video dengan meminta penyedia mengimbas semua bahan sebelum dikirimkan di talian selepas ada aduan membabitkan kandungan berunsur kata-kata kesat, lucah atau terlalu ganas. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan