Khamis, 18 April 2013

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


70 dikhuatiri maut dalam letupan baja di Texas

Posted: 18 Apr 2013 01:19 AM PDT

API masih menjulang di sisa sebuah kilang baja selepas berlaku letupan yang memusnahkan kilang itu dalam kejadian di Waco, Texas semalam. - REUTERS

CHICAGO 18 April - Letupan kuat di sebuah kilang baja di bandar Waco, Texas semalam, dikhuatiri mengakibatkan sehingga 70 orang maut, namun jumlah itu masih belum dapat dipastikan.

Dalam kejadian tersebut, berpuluh-puluh buah rumah musnah, lebih 130 penduduk berhampiran dipindahkan dan sekurang-kurangnya 100 mangsa terpaksa dirawat.

Anggota bomba yang bertugas memadamkan kebakaran itu dilaporkan turut cedera terkena letupan susulan, menurut lintas langsung bersama pengarah kecemasan sebagaimana yang disiarkan CBS News. - AFP

Mahkamah Pakistan arah Musharraf ditahan

Posted: 18 Apr 2013 12:23 AM PDT

ISLAMABAD 18 April - Mahkamah Pakistan hari ini mengarahkan bekas Presiden, Pervez Musharraf ditahan berhubung dakwaan khianat apabila memecat beberapa hakim kanan pada 2007 ketika beliau masih memimpin negara itu.

Setiausaha Agung Parti Liga Muslim Pakistan, Mohammad Amjad berkata, Mahkamah Tinggi Islamabad membatalkan ikat jamin Musharraf dan mengarahkannya ditahan hari ini.

"Mahkamah mengarahkan Musharraf ditahan berhubung tuduhan khianat apabila beliau memecat hakim kanan dan menguatkuasakan perintah darurat ketika beliau ingin mengekalkan kuasa pentadbirannya," katanya. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan