Khamis, 27 September 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Ibu pejabat tentera Syria kena serang

Posted: 26 Sep 2012 02:03 PM PDT

Letupan 2 bom gegar bangunan, wartawan Iran terbunuh

Damsyik: Bunyi tembakan kedengaran di sekitar ibu pejabat tentera Syria di tengah ibu negara itu semalam selepas letupan dua bom menggegarkan bangunan berkenaan pada awalnya.

Stesen berita Iran, Press TV, pula melaporkan tembakan di situ menyebabkan seorang wartawannya, Maya Nasser, maut selain mencederakan ketua bironya, Hussein Mortada.

Letupan berpunca daripada dua bom tetapi hanya rosakkan bangunan. Semua pemimpin dan jurucakap tentera selamat" - Omran al-Zohbi, Menteri Penerangan Syria

Dakwa semua pegawai tentera tak cedera

Tentera Syria berkata, semua pegawainya tidak cedera selepas letupan bom berlaku di ibu pejabat kakitangan tentera dekat Dataran Umayyad.
Ia juga menyatakan, tembak menembak berlaku sekitar kawasan berkenaan dan jalan raya berdekatan.

"Letupan oleh pengganas berpunca daripada dua bom tetapi hanya merosakkan bangunan. Semua pemimpin dan jurucakap tentera selamat," kata Menteri Penerangan, Omran al-Zohbi kepada televisyen.
Letup bom kereta

Katanya, pemberontak yang mendapat bantuan asing melakukan keganasan baru dengan meletupkan bom kereta dan satu lagi bom dekat kawasan itu.
Pertubuhan hak asasi manusia dari Britain, Syrian Observatory for Human Rights, pula mendakwa pertempuran sengit berlaku menyebabkan kematian dicatat kedua belah pihak.

Serangan itu dianggap kemuncak pemberontakan 18 bulan terhadap Presiden Bashar al-Assad ketika isu konflik Syria mendapat tumpuan di sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Awal semalam, militia prokerajaan membunuh sekurang-kurangnya 16 orang awam di kediaman mangsa di kawasan Barzeh.

"Anggota militia menyerbu kediaman penduduk di Barzeh pada 5 pagi dan menembak mati mangsa, termasuk enam wanita dan tiga kanak-kanak," kata pemimpin Observatory, Rami Abdel Rahman Barzeh adalah kawasan Sunnah Muslim yang dianggap bersimpati kepada pembangkang menentang rejim Bashar daripada masyarakat Alawiyah. Militia Alawiyah dituduh mela-kukan pembunuhan kejam dalam konflik.

Sementara itu, Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani menggesa supaya negara Arab menghantar tentera bagi menamatkan pertumpahan darah di Syria selepas usaha memulihkan keamanan oleh Majlis Keselamatan PBB menemui kegagalan.

Kerajaan Qatar dan Arab Saudi membekalkan senjata kepada pemberontak yang menentang Damsyik. - AFP

Andy Williams meninggal

Posted: 26 Sep 2012 01:29 PM PDT

Missouri: Penyanyi terkenal, Andy Williams, meninggal dunia pada usia 84 tahun semalam di rumahnya di Branson, Missouri.

Beliau yang menghidap barah hempedu sejak setahun lalu, meninggal malam kelmarin, menurut kenyataan keluarganya.

Terkenal menerusi lagu hit termasuk Moon River dan Born Free, Williams juga menjadi pengacara The Andy Williams Show di NBC hampir sedekad.
Williams dibesarkan di Wall Lake, Iowa, mula muncul pada usia 8 tahun bersama tiga adiknya sebagai Williams Brothers Quartet. Bing Crosby menyertai mereka untuk merakam lagu hit pada 1944 iaitu Swinging on a Star. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan