Selasa, 18 September 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Dua gunung berapi Indonesia meletus

Posted: 17 Sep 2012 03:27 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Jakarta: Dua gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus semalam, memaksa pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk dekat kawasan berkenaan berjaga-jaga.

Firma Jepun henti operasi

Posted: 17 Sep 2012 03:26 PM PDT

Shanghai: Firma terkenal milik Jepun menutup kilang di China dan menggesa pekerja ekspatriat tidak keluar rumah menjelang kemungkinan lebih banyak tunjuk perasaan dibuat berhubung pertikaian wilayah yang mengancam hubungan dagangan antara dua kuasa ekonomi Asia itu.

Sentimen anti-Jepun paling teruk di China dalam masa beberapa dekad menyebabkan demonstrasi hujung minggu dan serangan ke atas lokasi perniagaan terkenal Jepun seperti pengeluar kereta, Toyota dan Honda.

Ia memaksa warga Jepun yang ketakutan bersembunyi dan mendorong media China memberi amaran hubungan dagang kini dalam bahaya.
Warga Jepun takut

Saya tidak keluar dan meminta teman lelaki warga China menemani saya sepanjang hari esok, kata penuntut lepasan ijazah di sebuah universiti di Shenzhen, Sayo Marimoto, 29.

Suri rumah warga Jepun, Kayo Kubo, yang tinggal di Suzhou, berkata keluarganya dan beberapa keluarga senegara tidak keluar rumah kerana takut dengan bantahan hujung minggu di beberapa bandar raya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei, berkata kerajaan akan melindungi firma dan warga Jepun dan menggesa penunjuk perasaan mematuhi undang-undang. Pembelian Kepulauan Diaoyu oleh Jepun secara tidak sah memberi kesan buruk dan Jepun perlu bertanggungjawab.

Perkembangan bergantung kepada sama ada Jepun mahu berdepan dengan pendirian tegas China dan sama ada ia mahu berdepan dengan desakan mendapatkan keadilan daripada rakyat China dan mengamalkan pendekatan dan tingkah laku betul, katanya pada sidang akhbar.
Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan