Ahad, 1 April 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


NLD dakwa Suu Kyi menang besar

Posted: 01 Apr 2012 12:45 PM PDT

Dunia

PENYOKONG parti NLD mengangkat tangan bagi meraikan kemenangan Suu Kyi sambil membawa gambar pemimpin itu di Yangon semalam.

PENYOKONG parti NLD mengangkat tangan bagi meraikan kemenangan Suu Kyi sambil membawa gambar pemimpin itu di Yangon semalam.

Dahului 65 peratus undi 82 kawasan

YANGON: Penyokong ikon pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi bersorak kegembiraan semalam selepas partinya Liga Kebangsaan Ke arah Demokrasi (NLD) mendakwa beliau menang besar kerusi Parlimen dalam satu pilihan raya bersejarah, bagi membolehkan beliau memulakan tugas memimpin orang awam buat kali pertama.

Kejayaan itu, jika disahkan adalah satu pencapaian hebat di negara Asia Tenggara itu, di mana tentera memerintah secara eksklusif selama setengah abad.Ia juga dianggap hadiah terbesar dalam kerjaya politik Suu Kyi dan satu anugerah menakjubkan buat pemenang Anugerah Nobel berusia 66 tahun yang pernah dikenakan tahanan dalam selama hampir dua dekad.

NLD mendakwa Suu Kyi mendahului dengan 65 peratus undian di 82 daripada 129 tempat pengundian. Parti itu memiliki kakitangan dan sukarelawan di seluruh daerah sawah padi yang memaklumkan keputusan awal menerusi telefon ke ibu pejabat mereka di sini.


Pengumuman kejayaan itu dipaparkan dalam satu papan tanda digital di ibu pejabat NLD di bandar utama Myanmar di sini, di mana lebih 1,000 penyokong mula menjerit tidak tentu arah sebaik mendengar berita itu.

"Kami menang! Kami menang!" teriak penyokongnya sambil bertepuk tangan, menari, mengibarkan bendera merah parti dan menunjukkan ibu jari dan V tanda kejayaan.

Terdahulu, NLD mendakwa Suu Kyi mendahului dengan 65 peratus undian di 82 daripada 129 tempat pengundian. Parti itu memiliki kakitangan dan sukarelawan di seluruh daerah sawah padi yang memaklumkan keputusan awal menerusi telefon ke ibu pejabat mereka di sini.
Keputusan itu bagaimanapun perlu disahkan oleh suruhanjaya pilihan raya rasmi, yang masih belum mengeluarkan mana-mana keputusan dan mungkin tidak membuat satu pengisytiharan rasmi selama beberapa hari.

Dakwaan kejayaan itu diumumkan ketika NLD mendakwa "penyelewengan berleluasa" berlaku pada hari pengundian. Jurucakap parti Nyan Win berkata menjelang tengah hari saja, parti itu memfailkan lebih 50 aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Katanya kebanyakan dakwaan pelanggaran membabitkan kertas undian berlilin yang undi sukar dikira. Ada juga kad undi yang tiada cap rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya, yang akan menjadikannya tidak sah.

Pilihan raya kecil semalam diadakan untuk mengisi 45 daripada 664 kerusi parlimen kebangsaan Myanmar dan tidak akan mengubah keseimbangan kuasa dalam kerajaan.

Suu Kyi dan calon pembangkang lain hampir tiada suara walaupun jika mereka menang semua kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, pencalonannya meningkatkan harapan di kalangan rakyat melarat Myanmar, yang sejak beberapa generasi hidup di bawah pemerintahan tegas tentera.

"Beliau mungkin tidak berupaya berbuat apa-apa pada peringkat ini. Namun satu hari nanti, saya percaya beliau berupaya membawa perubahan sebenar," kata seorang pengundi, Go Khehtay, yang membuang undi untuk Suu Kyi di Wah Thin Kha, satu daripada perkampungan miskin di kawasan luar bandar selatan ibu kota ini. – AP

Gesa sokong Syria pertahan diri

Posted: 01 Apr 2012 12:38 PM PDT

Dunia

PENYOKONG  Assad mengadakan demonstrasi ketika majlis pembukaan persidangan 'Sahabat Rakyat  Syria' di Istanbul, semalam.

PENYOKONG Assad mengadakan demonstrasi ketika majlis pembukaan persidangan 'Sahabat Rakyat Syria' di Istanbul, semalam.

PM Turki saran cari jalan henti pergolakan politik Damsyik

ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menggesa masyarakat antarabangsa menyokong hak Syria mempertahankan diri jika Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) gagal bertindak untuk menghentikan tindakan keras terhadap pemberontak di Damsyik.

"Jika Majlis Keselamatan PBB enggan mengambil tanggungjawab ini, masyarakat antarabangsa tiada pilihan selain menerima hak rakyat Syria mempertahankan diri," kata Edrogan pada majlis pembukaan persidangan 'Sahabat Rakyat Syria' di Istanbul.

Jika Majlis Keselamatan PBB enggan mengambil tanggungjawab ini, masyarakat antarabangsa tiada pilihan selain menerima hak rakyat Syria pertahankan diri. - Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki

Persidangan kedua 'Sahabat Rakyat Syria' dibuka dengan 80 wakil menyertai perbincangan mencari jalan memastikan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad melaksanakan rancangan oleh utusan Liga Arab-PBB, Kofi Annan.

Erdogan berharap rancangan itu akan membawa hasil tetapi ada kemungkinan pentadbiran Syria akan menggunakan inisiatif Annan untuk melengah-lengahkan masa.

Rancangan Annan bagi mengakhiri keganasan, gencatan senjata kemanusiaan dua jam setiap hari dan laluan ke semua kawasan yang bergolak di Syria selain mengetuai proses politik Syria, hak menunjuk perasaan dan membebaskan mereka yang ditahan.

Annan dilaporkan tidak menghadiri persidangan itu. Sementara itu, dua sekutu utama Damsyik, Russia dan China, turut menarik diri daripada persidangan terbabit.
Turki yang menganjurkan persidangan itu memberikan 18,000 pelarian Syria penempatan, memutuskan hubungan dengan sekutunya sebelum ini dengan Syria dan menggesa Assad supaya berhenti.

Sementara itu, Syria mengecam persidangan antarabangsa sebelum ia bermula semalam dan menyifatkannya sebagai sebahagian konspirasi antarabangsa untuk membunuh rakyat Syria dan melemahkan negara.

Lidah pengarang akhbar rasmi al Baath menyifatkan persidangan itu sebagai perebutan masyarakat an tarabangsa untuk membunuh lebih ramai rakyat Syria, mensabotaj untuk melemahkan Syria.

Damsyik secara berterusan menyifatkan kebangkitan sejak tahun lalu di negara itu sebagai campur tangan pihak asing.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton turut menghadiri persidangan sehari itu, selain pemimpin dari Eropah, Turki dan negara Arab.

Tokoh pembangkang Syria, termasuk Majlis Nasional Syria turut menyertai persidangan itu, cuba meyakinkan pembiaya antarabangsa mereka boleh mengatasi masalah dan memimpin Syria ke arah demokrasi yang terjamin. – AP/AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan