Ahad, 12 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Dakwaan bermotif politik: Gilani

Posted: 12 Feb 2012 12:33 PM PST

Dunia

Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan

Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan

Presiden Zardari mempunyai kekebalan sebagai ketua negara

ISLAMABAD: Perdana Menteri, Yusuf Raza Gilani, berkata dakwaan rasuah terhadap Presiden Asif Ali Zardari mempunyai motif politik sedangkan beliau mempunyai kekebalan sebagai ketua negara.

Kenyataan perdana menteri itu dalam satu temu bual kelmarin, disiarkan menjelang satu perbicaraan yang dihadapi beliau atas dakwaan menghina mahkamah berikutan keengganannya memenuhi perintah membuka semula kes rasuah membabitkan ketua Zardari.

Jika saya didapati bersalah, saya tidak sepatutnya menjadi seorang ahli parlimen. - Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan

"Terlalu banyak kes terhadap beliau dan semuanya adalah bermotif politik," kata Gilani kepada stesen televisyen Al Jazeera merujuk kepada Zardari.

"Presiden mempunyai kekebalan dan beliau bukan hanya mempunyai kekebalan itu di Pakistan sebaliknya ia merentasi sempadan malah di seluruh dunia."

Ditanya jika beliau lebih memilih untuk meletak jawatan demi kepentingan presiden, Gilani berkata jika didapati bersalah menghina mahkamah, beliau secara automatik akan kehilangan kuasa, berikutan beliau tidak perlu meletak jawatan.

"Tidak perlu untuk meletak jawatan. Jika saya didapati bersalah, jadi saya tidak sepatutnya akan menjadi seorang ahli parlimen," katanya.
Dalam satu temubual, Gilani juga mengkritik serangan Amerika Syarikat terhadap militan dan berkata bahawa Islamabad tidak memberikan kuasa kepada mereka.

"Saya ingin maklumkan kepada anda bahawa kami tidak membenarkan atau memberikan kebenaran menerbangkan pesawat dari Pakistan," katanya.

"Kami turut berbincang dengan pentadbiran Amerika Syarikat bahawa kami melakukan banyak usaha untuk mengasingkan militan dari penduduk tempatan.

"Serangan pesawat itu mencetuskan reaksi negatif," katanya sambil menambah bahawa kebanyakan kumpulan puak tinggal di kawasan sempadan Afghanistan.

"Kumpulan puak dan militan ini akan bersatu sekali lagi. Mereka akan menjadikan tugas kita semakin sukar malah kurang juga ruang politik bagi kami," katanya.

Gilani berkata, beliau mempunyai hubungan baik dengan tentera setakat ini.

Ia merujuk kepada ketegangan antara kerajaan awam dengan tentera membabitkan satu memo yang dihantar kepada Pentagon bagi mendapatkan bantuan Amerika Syarikat untukmenghalang rampasan kuasa tentera selepas serbuan komando Amerika Syarikat di Pakistan yang membunuh pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden. – Reuters

10,000 atlit Olimpik diarah beri cap jari, imbas wajah

Posted: 12 Feb 2012 12:30 PM PST

Dunia

LONDON: Lebih 10,000 atlit yang menyertai Sukan Olimpik dan jurulatih masing-masing terpaksa memberi cap jari dan imbasan wajah kepada pegawai Britain di seluruh dunia dalam operasi terbesar seumpama itu bagi mengelakkan kejohanan berkenaan menjadi sasaran pendatang haram atau pengganas.

Menteri bimbang selain sebilangan besar anggota keluarga sukan (GFM), bukan hanya anggaran 10,500 atlit tetapi juga pasukan latihan, media dan pegawai, pengganas dan pendatang haram turut sama bergabung dengan kesesakan di lapangan terbang Heathrow beberapa hari menjelang sukan itu yang akan bermula 27 Julai ini untuk memasuki Britain.

Terminal sementara di Heathrow sudah pun dibina untuk menampung kedatangan 20,000 orang yang mempunyai tugas khas pada sukan itu selain berjuta pemegang tiket dan pelancong.

Kementerian tidak menyebut kos sebenar operasi itu, tetapi berkata ia diminimumkan kerana pegawai visa sudah pun berada di negara terbabit. - Jurucakap Kementerian Dalam Negeri

Kerajaan meningkatkan amaran ancaman pengganas kepada 'teruk' sepanjang kejohanan 16 hari itu, yang bermakna cubaan melancarkan serangan berkemungkinan tinggi dilakukan.

Sejak beberapa minggu lalu, kakitangan Agensi Sempadan United Kingdom, sudah berada di pejabat visa di luar negara, mula menjalankan tugas mengambil maklumat biometrik kira-kira 10,000 individu.

Pegawai akan melawat tempat acara sukan antarabangsa dalam masa beberapa minggu untuk menghimpun seberapa banyak data pada satu tempat. Setiap profil mengandungi imbasan imej wajah dan 10 cap jadi yang disimpan dalam satu rekod digital.

Atlit dari beberapa negara yang bertanding sudah pun mempunyai maklumat biometrik dalam pasport masing-masing dan tidak perlu menyerahkan data mereka tetapi Kementerian Dalam Negeri percaya masih ada 10,000 atlit dan anggota pasukan mereka yang perlu berbuat demikian.
Kawalan keselamatan lebih ketat diperlukan kerana setiap GFM perlu memiliki pas akreditasi untuk masuk dan keluar Perkampungan Olimpik dan tempat acara diadakan tanpa pemeriksaan keselamatan ketat.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata: "Mengumpulkan biometrik lebih awal sebelum berlepas akan meningkatkan keselamatan kerana biometrik GFM akan diperiksa lebih awal sebelum ketibaan di Britain."

Kementerian tidak menyebut kos sebenar operasi itu, tetapi berkata ia diminimumkan kerana pegawai visa sudah pun berada di negara terbabit. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan