Rabu, 8 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Iran bantu Hizbullah Lubnan

Posted: 08 Feb 2012 01:48 PM PST

Dunia

PENYOKONG Hizbullah Lubnan berarak ketika menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW di Beirut, kelmarin.

PENYOKONG Hizbullah Lubnan berarak ketika menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW di Beirut, kelmarin.

Nasrallah akui terima sokongan moral, material Republik Islam sejak 1983

BEIRUT: Pemimpin Hizbullah Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah semalam buat kali pertamanya mengakui bahawa pergerakan beliau menerima bantuan kewangan dan material dari Iran tetapi menafikan mereka mendapat arahan dari Republik Islam berkenaan.

Nasrallah berkata, Hizbullah sebelum ini hanya mengesahkan menyokong politik dan moral Iran kerana mereka tidak mahu memalukan 'saudara di Iran' tetapi mengubah dasar kerana kepemimpinan Iran mengumumkan sokongan mereka secara terbuka.

"Ya, kami menerima sokongan moral dan politik serta material dalam semua bentuk dari Republik Iran sejak 1983," kata Nasrallah kepada penyokongnya melalui pautan video dalam ucapan sempena kelahiran Nabi Muhammad. "Sebelum ini kami hanya menceritakan sebahagian daripada cerita dan mendiamkan setengah yang lain. Apabila mereka bertanyakan kami mengenai bantuan tentera, kewangan dan material, kami berdiam."

Nasrallah berkata, Iran tidak mengeluarkan arahan kepada Hizbullah sejak pergerakan itu diasaskan 30 tahun lalu, sambil menambah bahawa jika Israel menyerang kawasan nuklear Iran, pemimpin di Iran tidak akan meminta apa-apa dari Hezbollah.

Beliau berkata jika perkara itu berlaku, kepimpinan Hizbullah akan duduk, berfikir dan memutuskan apa yang akan dilakukan."

Spekulasi semakin meningkat bahawa Israel merancang untuk menyerang kemudahan Iran selepas komen oleh pemimpin Israel mengenai cita-cita Iran untuk membangunkan nuklear.
Ramai penganalisis percaya bahawa dalam sebarang serangan Israel terhadap Iran, Hizbullah akan berjuang membalas perang 34 hari dengan Israel pada 2006, akan menyerang negara Yahudi itu.

Kenyataan Nasrallah tidak mengejutkan kuasa dunia, termasuk Amerika Syarikat, yang menyenaraikan pertubuhan itu sebagai pengganas, dan berkata bahawa ia mendapat bantuan tentera dari Iran dan Syria. – Reuters

Bekas Presiden Maldives dipaksa letak jawatan

Posted: 08 Feb 2012 01:46 PM PST

Dunia

NEW DELHI: Bekas Presiden Maldives Mohamed Nasheed memberitahu AFP semalam beliau dipaksa meletak jawatan oleh polis bersenjata dan pegawai tentera dalam satu komplot rampasan kuasa yang mana beliau tahu siapa dalangnya.

Nasheed, bercakap kepada AFP menerusi telefon dari ibu kota Male, berkata beliau pergi ke ibu pejabat tentera kelmarin di mana beliau mendapat tahu mengenai 18 pegawai polis dan tentera "berpangkat pertengahan" yang mengambil alih kawalan.

"Mereka memberitahu saya jika saya tidak meletak jawatan mereka akan menggunakan kekerasan," katanya. "Saya menerimanya sebagai ancaman. Saya mahu berunding nyawa rakyat yang berkhidmat dalam kerajaan saya."

Beliau menambah bahawa dirinya bimbang 'naib presidennya turut berkomplot' merujuk kepada Mohamed Waheed, yang mengangkat sumpah sebagai k etua negara kelmarin.

"Saya bimbang beliau sentiasa termakan dengan idea menjadi presiden. Beliau tidak pernah berupaya berbuat demikian. Apabila peluang muncul di depan mata, dia mengambilnya," kata bekas pemimpin berusia 44 tahun dari hartanah keluarganya.

Waheed, seorang bekas kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menafikan sebarang pembabitan dalam satu 'rampasan' semalam dan berkata beliau akan memastikan undang-undang ditegakkan. Tentera menafikan mereka menggulingkan Nasheed.
Peletakan jawatan Nasheed berlaku selepas satu kumpulan kecil anggota polis menderhaka pagi Selasa dan enggan mematuhi arahan menyuraikan satu bantahan anti-kerajaan di mana penunjuk perasan menuntut presiden meletak jawatan.

Pegawai itu kemudian mengambil alih sebuah stesen televisyen.

Nasheed menjelaskan beliau kemudian pergi ke ibu pejabat tentera dan mendapati sekumpulan lelaki, sebahagian daripada mereka membawa senjata kecil yang memberinya kata dua. Beliau berkata tidak mengenali mereka, sesetengahnya berpakaian seragam dan ada yang berpakaian preman. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan