Khamis, 22 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


14 letupan bom gegarkan Iraq

Posted: 22 Dec 2011 03:18 PM PST

Dunia

ANGGOTA keselamatan Iraq membuat pemeriksaan di kawasan letupan selepas sebuah kereta meletup di  Baghdad, Iraq, semalam.

ANGGOTA keselamatan Iraq membuat pemeriksaan di kawasan letupan selepas sebuah kereta meletup di Baghdad, Iraq, semalam.

Hampir 250 maut, cedera serangan terhadap kawasan penduduk Syiah

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh manakala hampir 250 lagi cedera dalam satu siri serangan bom di Iraq, ketika krisis politik kian memuncak apabila Naib Presiden, Tareq al-Hashemi didakwa mengendalikan skuad pembunuh, manakala Perdana Menteri, Nuri al-Maliki memberi amaran beliau bersedia keluar daripada perjanjian perkongsian kuasa.

Letupan bom yang berlaku hampir serentak di ibu negara Iraq itu dan pembunuhan lima orang daripada sebuah keluarga di wilayah Diyala, adalah isyarat pertama keganasan ketika pertelagahan mengancam perkongsian kuasa politik rapuh, manakala ketegangan puak semakin meningkat hanya beberapa hari selepas Amerika mengundurkan tenteranya. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ziad Tariq, berkata seramai 57 orang terbunuh dan hampir 250 cedera dalam 14 letupan bom. Bagaimanapun, seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri yang enggan mendedahkan namanya berkata, 63 orang maut dan 185 lagi cedera.

Beliau berkata, serangan berlaku di kawasan Allawi, Bab al-Muatham, daerah Karrada di tengah Baghdad, Adhamiyah, Shuala dan kejiranan Shaab di bahagian utara, Jadriyah di timur, Ghazaliah di barat dan Al-Amil serta Dura di selatan.

Keluarga lima orang yang dibunuh di Diyala, iaitu ibu, bapa, dua anak perempuan dan seorang lelaki dilaporkan ditembak kumpulan bersenjata tidak dikenali semalam.

Bapa terbabit bersama anak lelakinya, adalah anggota puak militia Sunnah, anti-al-Qaeda dikenali Sahwa yang menyebelahi tentera Amerika pada akhir 2006 bagi membantu menangani pemberontakan.
Serangan kali ini, yang paling buruk dalam tempoh empat bulan, kebanyakannya menyasarkan kejiranan puak Syiah dan berlaku pada waktu pagi ketika orang ramai bergegas ke tempat kerja.

Keganasan berlaku ketika ahli politik Iraq terus bertelagah, membabitkan waran tangkap ke atas Hashemi manakala Maliki mendesak pihak berkuasa Kurdis menyerahkan pemimpin Arab Sunnah terbabit.

Maliki juga menggesa Timbalannya, Saleh al-Mutlak, dipecat selepas beliau didakwa menyifatkan pemimpin daripada puak Syiah itu sebagai diktator.

Hashemi menafikan dakwaan itu dan bertegas beliau bersedia menghadapi perbicaraan dengan syarat ia diadakan di wilayah puak Kurdis.

Sementara itu, Speaker Parlimen, Osama al-Nujaifi mengecam serangan itu dan menyifatkannya sebagai cubaan 'menjejaskan perpaduan negara.

Parlimen memanggil satu mesyuarat tergempar pemimpin politik esok, yang juga hari cuti dan solat Jumaat bagi umat Islam.

Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Baghdad, Martin Kobler mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan itu dan menegaskan pemimpin Iraq mesti 'bertindak segera' dengan penuh tanggungjawab dan semangat perpaduan.

Anggota keselamatan segera mengepung kawasan serangan, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, manakala kenderaan ambulans dikejarkan ke lokasi. Helikopter juga dilihat berlegar di udara.

"Penyerang tidak menetapkan mana-mana institusi atau kedudukan keselamatan sebagai sasaran diserang, sebaliknya menyasarkan kanak-kanak sekolah, pekerja dan agensi antirasuah. Terlalu awal untuk mendakwa mana-mana pihak," kata jurucakap keselamatan, Mejar Jeneral Qassim Atta, yang menambah berpuluh-puluh serangan berlaku di Baghdad. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Konspirasi guling Kerajaan Pakistan

Posted: 22 Dec 2011 03:18 PM PST

Dunia

Gilani gusar kesan memo minta tentera bertindak

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani menegaskan, wujud konspirasi untuk menumbangkan kerajaannya, kenyataan yang memberi isyarat paling jelas kebimbangan pemimpin itu bahawa beliau mungkin digulingkan.

Gilani berkata demikian ketika Mahkamah Agung bersidang sekali lagi untuk memutuskan sama ada siasatan rasmi perlu dilakukan membabitkan satu memo rahsia didakwa ditulis dan diluluskan presiden meminta bantuan Amerika untuk mengurangkan kuasa tentera. Spekulasi bahawa Presiden Asif Ali Zardari mungkin dipaksa meletak jawatan berikutan penyakit dan teka teki mengenai memo sulit itu semakin bertiup kencang, walaupun beliau sudah kembali daripada menerima rawatan di sebuah hospital di Dubai.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa wujud konspirasi untuk menjejaskan kerajaan. Bagaimanapun kami akan terus berjuang demi hak rakyat Pakistan, tidak kira sama ada kami kekal dalam kerajaan atau tidak," katanya pada satu perhimpunan di Galeri Seni Kebangsaan. Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang terbabit.

Gilani dan Zardari setakat ini berjaya menangkis satu siri skandal dan gesaan ke atas kerajaannya agar meletak jawatan, selepas Parti Rakyat Pakistan (PPP) menang pilihan raya 2008.

Walaupun pilihan raya dijangka tidak akan diadakan sebelum Februari 2013, kalangan pemerhati politik meramalkan bahawa pilihan raya akan diadakan pada 2012.
Setakat ini, tiada pemimpin awam berjaya menamatkan penggal penuh pemerintahan negara itu.

Tentera mempunyai pengaruh yang besar dalam politik Pakistan dan terbabit dengan pemerintahan negara itu sejak perpisahannya dengan India.

"Mereka adalah tentera yang berdisiplin dan mematuhi perlembagaan. Mereka ditadbir oleh kerajaan dan akan kekal di bawah kerajaan," kata Gilani yang turut mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri Pakistan paling lama bertahan iaitu 45 bulan.

Bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif, minggu ini meningkatkan tekanan kepada kerajaan dengan mendesak pilihan raya diadakan dalam tempoh 90 hari.

Sidang Mahkamah Agung ditangguhkan hingga esok, sebelum memutuskan sama ada siasatan perlu dijalankan, membabitkan memo rahsia yang didakwa ditulis penasihat paling rapat Zardari bagi meminta bantuan Amerika.

Duta Pakistan ke Washington, Hussai Haqqani yang diarah meletak jawatan berikutan skandal itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan