Jumaat, 16 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Polis Mesir serbu khemah aktivis

Posted: 16 Dec 2011 11:09 AM PST

Dunia

PENUNJUK perasaan cuba merempuh masuk bangunan Jabatan Perdana Menteri di tengah Kaherah, semalam. - Foto EPA

PENUNJUK perasaan cuba merempuh masuk bangunan Jabatan Perdana Menteri di tengah Kaherah, semalam. - Foto EPA

Pasukan keselamatan usir penunjuk perasaan ancam cetus keganasan

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menyerbu khemah yang didirikan di luar bangunan Kabinet negara itu semalam, bagi mengusir penunjuk perasaan yang mendesak ditamatkan pemerintahan tentera, ketika pegawai mula mengira undi pilihan raya Parlimen pusingan kedua semalam.

Pertempuran meningkatkan ketegangan antara aktivis dan pegawai keselamatan serta mengancam mencetuskan pusingan baru keganasan selepas dua hari pengundian yang aman dalam pilihan raya yang dianggap paling bebas dan adil dalam sejarah moden negara itu. Pergaduhan tercetus apabila penunjuk perasaan berkhemah di luar bangunan Kabinet, menuntut pemerintahan tentera negara itu memindahkan kuasa dengan segera kepada pihak berkuasa awam.

Seorang penunjuk perasaan mengirim gambar online seorang penunjuk perasaan wanita dipukul dalam pertempuran itu manakala yang lain berkata mereka ditahan oleh polis tentera. Tidak dapat dipastikan berapa ramai penunjuk perasaan masih berada dalam tahanan polis.

Aktivis, Hussein Hammouda berkata tentera bertindak balas dengan melempar batu dan menyembur air dari dalam pagar bangunan itu.

"Ketegangan antara penduduk dan pasukan keselamatan amat teruk dengan sedikit saja masalah boleh mencetuskan pertelagahan besar. Tiada lagi kepercayaan antara mereka," katanya.
Tentera mengambil alih kuasa daripada Presiden Hosni Mubarak yang disingkirkan dalam revolusi Februari lalu. Kumpulan hak dan aktivis mendakwa tentera menjalankan amalan rejim lama, termasuk menahan dan memukul pembangkang.

Penunjuk perasaan berkata, pertempuran bermula petang kelmarin selepas tentera memukul teruk seorang lelaki muda yang mengambil bahagian dalam demonstrasi itu.

Beratus-ratus orang bergegas menyertai bantahan itu selepas video dan gambar online menunjukkan orang ramai mengusung lelaki yang cedera itu. Gambar menunjukkan muka dan matanya lebam serta bengkak, kepalanya dibalut dan darah menitis dari hidung.

Saksi menuduh polis tentera menarik lelaki terbabit dari lokasi tunjuk perasaan dan memukulnya di dalam Parlimen, berhampiran ibu pejabat Kabinet. Kemudian penunjuk perasaan membaling batu dan bom api ke arah polis tentera.

Aktivis Hussein Hammouda berkata, tentera memberi tindak balas dengan membaling batu dan mensasarkan meriam air dari dalam pagar berhampiran bangunan Parlimen.

"Ketegangan antara orang ramai dan pegawai keselamatan amat tegang sehingga apa saja boleh menyemarakkan keadaan itu. Tiada kepercayaan antara kedua-dua pihak," kata Hammouda yang berhenti dari jawatan sebagai anggota polis pada tahun 2005 untuk membantah amalan pasukan keselamatan itu.

Agensi berita Mesir melaporkan, sekurang-kurangnya empat cedera dibawa ke hospital berhampiran dan kebakaran berlaku di bangunan kerajaan berhampiran akibat pertempuran itu. Stesen televisyen menyiarkan imej polis berpakaian biasa membaling batu ke arah penunjuk perasaan dari bangunan Parlimen. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Krisis nuklear Jepun diatasi

Posted: 16 Dec 2011 11:05 AM PST

Dunia

Aktivis Greenpeace memegang sepanduk ketika tunjuk perasaan di luar pejabat Perdana Menteri Jepun mengkritik pengumuman kerajaan bahawa loji nuklear Fukushima berjaya mencapai tahap penutupan sejuk di Tokyo  semalam.

Aktivis Greenpeace memegang sepanduk ketika tunjuk perasaan di luar pejabat Perdana Menteri Jepun mengkritik pengumuman kerajaan bahawa loji nuklear Fukushima berjaya mencapai tahap penutupan sejuk di Tokyo semalam.

Perdana menteri umum loji Fukushima capai tahap penutupan sejuk

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda semalam mengumumkan bahawa loji nuklear Fukushima Dai-ichi yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami Mac lalu, berjaya mencapai tahap 'penutupan sejuk', langkah paling penting bagi membolehkan arahan pemindahan penduduk ditarik balik.

Ia akan disusuli dengan usaha baru untuk menutup sepenuhnya operasi loji terbabit, satu proses yang dijangka mengambil lebih daripada 30 tahun. Pengumuman Noda dilihat bertujuan mengulangi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan berjaya dalam usaha menangani masalah radiasi di loji terbabit, sembilan bulan selepas gempa bumi menyebabkan tiga reaktor musnah, dalam krisis nuklear paling buruk sejak Chernobyl pada 1986.

Bagaimanapun pakar berkata, loji yang terletak kira-kira 230 kilometer ke timur laut Tokyo itu tetap terdedah kepada masalah, manakala kawasan sekitarnya terus dicemari radiasi.

Loji nuklear Fukushima Daiichi terjejas teruk berikutan gempa bumi dengan kekuatan 9.0, menyebabkan gelombang tsunami melanda Jepun pada 11 Mac lalu.

Syarikat pengendali loji berkenaan, TEPCO berhadapan dengan masalah, apabila sistem pertahanan tsunami terjejas manakala generator kuasa sokongan berhenti berfungsi.
Keadaan ini menyebabkan sejumlah besar pekerja yang digelar sebagai Fukushima 50 mencuba pelbagai penyelesaian termasuk menggunakan air laut untuk menyejukkan rod yang melebur.

Air yang digunakan dalam proses penyejukan itu bagaimanapun menjadi satu masalah besar kepada TEPCO apabila ia terpaksa dialirkan keluar ke lautan Pasifik, mencetuskan masalah kepada nelayan tempatan.

Petani di kawasan itu juga turut terjejas apabila hasil pengeluaran mereka dipulaukan pengguna atau diharamkan kerajaan disebabkan pencemaran radioaktif.

Satu zon pengecualian di sekitar loji juga diwujudkan dengan beratus-ratus penduduk dipindahkan bagi mengelak mereka terdedah dengan tahap radiasi tinggi yang berbahaya.

Zon ini masih lagi tercemar dengan pembersihan masih lagi tertangguh berikutan amaran bahawa sesetengah bandar masih lagi terus ditinggalkan tanpa penghuni sejak berdekad. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan