Sabtu, 17 September 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bosan hidup dengan Jennifer

Posted: 16 Sep 2011 12:20 PM PDT

LOS ANGELES: Brad Pitt menggambarkan rumah tangganya dengan Jennifer Aniston sebagai pengalaman membosankan berbanding hidupnya bersama pasangan terkini, Angelina Jolie.

Dalam temu bual dengan majalah Parade, Pitt berkata, dia kini menjadi "lelaki yang puas" apabila hidup bersama Angelina.


Bintang filem Moneyball itu berkata, hidup bersama Angelina dan bersama-sama membesarkan enam anak lebih menarik berbanding berkongsi hidup dengan Jennifer selama lima tahun.

"Saya sedar, selama ini saya cenderung mencuba menjayakan filem mengenai hidup yang menarik, tetapi hakikatnya hidup saya sendiri tidak menarik," katanya.


Menurut Pitt, 47, perkahwinannya dengan Jennifer menyumbang kepada masalah itu.


Katanya, dia berpura-pura kononnya perkahwinan dengan Jennifer memang bahagia tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya.

Pitt dan Jennifer - binatang siri komedi Friends - berkahwin pada 2000 dan dia sentiasa enggan bercakap mengenai bekas isterinya itu sejak berpisah pada 2005.


Dalam temu bual dengan Parade, Pitt berkata, dia menghabiskan masa pada era 1990-an untuk menyembunyikan dirinya daripada dunia selebriti.

"Ketika itu, saya mula bosan dengan hidup saya," katanya.


Sementara itu, Pitt berkata, dia tidak akan berkahwin dengan Angelina selagi undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis diterima secara meluas di Amerika Syarikat.


Pitt dan Angelina tinggal bersama sejak lebih lima tahun lalu.


Kata Pitt, dia bertegas dengan keputusannya untuk tidak berkahwin sehingga peraturan berkenaan dipinda.


"Kami hanya akan berkahwin apabila semua orang boleh berkahwin," katanya. - Reuters

Cemburui tenaga seks PM Itali

Posted: 16 Sep 2011 09:16 AM PDT

MOSCOW: Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin, secara berjenaka berkata, isu skandal seks membabitkan Silvio Berlusconi dibuat oleh golongan yang cemburu.

Bercakap dalam forum antarabangsa di Sochi, Putin berkata, mereka tidak senang dengan kehebatan seksual Perdana Menteri Itali berkenaan.


"Sebanyak mana pun mereka bercakap mengenai kehebatan istimewa seksual Berlusconi, dia berjaya membuktikan kemampuannya sebagai negarawan bertanggungjawab," katanya.

Putin turut memuji dasar kekangan kewangan dilaksanakan Berlusconi bagi menangani krisis ekonomi Itali.


Berlusconi, 74, menghadapi tuduhan mengupah seorang remaja berusia 17 tahun untuk melakukan seks dengannya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan