Jumaat, 19 Ogos 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


50 maut masjid dibom

Posted:

50 maut masjid dibom

50 maut masjid dibom


SEORANG kanak-kanak lelaki turut tercedera dalam serangan bom di masjid Khyber semasa solat Jumaat semalam, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang di Peshawar, Pakistan. - AFP


ISLAMABAD 19 Ogos - Satu letupan kuat menggegarkan sebuah masjid di barat laut Pakistan hari ini ketika beratus-ratus jemaah sedang mengerjakan solat Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.

Menurut laporan stesen televisyen Urdu Express, letupan berlaku di sebuah masjid di kawasan Jamrud, daerah Khyber pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.

Beratus-ratus orang sedang mengerjakan solat Jumaat ketika letupan itu berlaku, lapor agensi berita Xinhua yang turut memetik media tempatan.

Keseluruhan bangunan masjid itu dilaporkan runtuh disebabkan letupan kuat itu dan ramai orang yang tertimbus di bawah sisa-sisa runtuhan.

Dianggarkan 40 orang dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Televisyen tempatan Goe yang memetik saksi melaporkan, letupan dipercayai daripada jenis bom yang ditanam, tetapi ia masih belum disahkan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kabul digegar lima letupan, 8 terbunuh

Posted:

Kabul digegar lima letupan, 8 terbunuh

Kabul digegar lima letupan, 8 terbunuh


ASAP masih berkepul-kepul daripada pejabat British Council yang rosak dalam serangan bom di Kabul, semalam. - REUTERS


KABUL 19 Ogos - Sekurang-kurangnya lapan terbunuh ketika gelombang serangan berani mati menggegarkan pusat budaya Britain di Kabul, sempena Hari Kemerdekaan Afghanistan, hari ini.

Lima letupan yang didakwa dilakukan Taliban, menggegarkan pejabat Konsul Britain di Kabul selepas dihujani tembakan senjata berat sejak awal pagi yang berlarutan selama empat jam.

Majlis Konsul Britain ialah pertubuhan rasmi yang dibiayai oleh London bagi mempromosi hubungan budaya di seluruh dunia.

"Lapan orang terbunuh, kebanyakannya anggota polis dan 10 lagi cedera.

"Terdapat seorang lagi penyerang masih meneruskan serangan dan kawasan itu belum lagi selamat," kata jurucakap Kementerian dalam Negeri, Siddiq Sissiqui.

Jurucakap polis Kabul, Hashmat Stanikzai sebelum ini memberitahu bahawa mangsa yang terbunuh termasuk dua anggota polis dan dua pekerja pembersih jalan yang bekerja berhampiran tempat kejadian.

Kedutaan Britain dan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang mengetuai Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di Afghanistan turut mengesahkan kejadian itu.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, yang dihubungi oleh AFP, mendakwa mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan itu sebagai memperingati Hari Kemerdekaan Afghanistan dari Britain pada 1919.

Menurutnya, sasaran serangan ialah Konsul Britain dan rumah tetamu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi jurucakap Misi Bantuan PBB di Afghanistan, Dan McNorton menafikan kawasannya terlibat. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan