Selasa, 5 Julai 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Gaddafi beri syarat serah kuasa

Posted: 05 Jul 2011 01:09 PM PDT

Dunia

Saif al-Islam (kiri) dan  Muammar Gaddafi.

Saif al-Islam (kiri) dan Muammar Gaddafi.

Pemimpin Libya mahu jaminan keselamatan, anak bertanding pilihan raya

MOSCOW: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bersedia menyerahkan kuasanya, sebagai pertukaran kepada jaminan keselamatan beliau, kata pegawai tinggi kerajaan Russia yang dipetik akhbar utama negara itu, Kommersant.

Akhbar itu menyiarkan laporannya sehari selepas ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Anders Fogh Rasmussen, mengadakan perbincangan dengan Presiden Russia, Dmitry Medvedev dan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma mengenai cara menamatkan perang Libya di bandar peranginan Laut Hitam, Sochi. "Gaddafi sudah memberi isyarat beliau bersedia menyerahkan kuasa sebagai pertukaran jaminan keselamatannya," kata akhbar terbabit ketika memetik kenyataan pegawai kanan Russia yang namanya tidak didedahkan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Rasmussen dan Medvedev dikatakan bertelagah mengenai isu Libya, selepas beliau menggesa gencatan senjata disegerakan, manakala NATO mahukan jaminan dari Tripoli sebelum langkah itu boleh diambil.

Pegawai itu berkata, Perancis sudah menyatakan kesediaan memainkan peranan dalam usaha mencairkan sebahagian akaun keluarga Gaddafi dan membantu beliau daripada dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.

Kommersant juga melaporkan Gaddafi mahu anaknya Saif al-Islam dibenarkan bertanding dalam pilihan raya jika beliau meletak jawatan, syarat yang mungkin ditolak pemberontak.
Kerajaan Libya kelmarin berkata ia sedang mengadakan perbincangan dengan tokoh pembangkang, tetapi tiada persetujuan dicapai mengenai masa depan Gaddafi.

Saif al-Islam sebelum itu memberitahu akhbar Perancis, tiada persoalan untuk mengakhiri pemerintahan bapanya sejak 42 tahun lalu, manakala Majlis Peralihan Kebangsaan mengulangi kenyataannya Gaddafi boleh terus tinggal di Libya jika beliau bersedia menyerahkan kuasa. – AFP/Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rokok 'makanan' rakyat miskin

Posted: 05 Jul 2011 01:08 PM PDT

Dunia

JAKARTA: Ketika kerajaan Indonesia bertungkus-lumus menangani masalah kemiskinan dan kesihatan yang semakin meruncing di negara itu, satu kajian terbaru mendapati perbelanjaan membeli rokok adalah yang kedua tertinggi di kalangan penduduk negara itu selepas beras.

Ketua Agensi Statistik Pusat (BPS), Rusman Heriawan, berkata kajian dijalankan pihaknya mendapati, penduduk miskin bandar menghabiskan 25.44 peratus pendapatan mereka membeli beras manakala penduduk miskin luar bandar membelanjakan 32.81 peratus. Manakala penduduk bandar menghabiskan 7.7 peratus wang membeli rokok, warga luar bandar pula membelanjakan 6.3 peratus.

"Penemuan kajian ini mengecewakan. Perbelanjaan membeli rokok dan tembakau kedua tertinggi. Rokok bukan makanan berkhasiat," kata Rusman. Beliau berkata, lebih menyedihkan sebilangan keluarga lebih mengutamakan membeli tembakau berbanding menghantar anak ke sekolah.

"Ia satu-satunya cara mereka bergembira dan melupakan tekanan hidup. Penduduk miskin mempunyai banyak masa terluang, mereka bersembang untuk menghabiskan masa dan merokok sebahagian daripada tabiat diamalkan," kata dekan jabatan Sosial dan Sains Politik Universiti Indonesia, Bambang Shergy Laksmono.

Beliau berkata, perbuatan itu juga cara melarikan diri daripada kenyataan namun menjadikan mereka bertambah miskin.

Pakar sosiologi dari Institut Sains Indonesia, Henny Warsilah menyalahkan kerajaan berikutan fenomena yang berlaku.
"Penduduk diberi laluan menghisap rokok dengan lambakan iklan rokok yang disiarkan secara besar-besaran melalui media massa tetapi tiada iklan larangan merokok yang berkesan. Kanak-kanak mula merokok sejak di tadika, sesuatu yang tidak kita lihat di negara lain," katanya. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan