Rabu, 26 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mubarak ‘diasak’ tanpa henti

Posted: 26 Jan 2011 02:42 PM PST

Dunia

POLIS Mesir melepaskan tembakan air dan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan  di Kaherah, semalam.

POLIS Mesir melepaskan tembakan air dan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan di Kaherah, semalam.

Pembangkang gesa rakyat Mesir terus berdemonstrasi di jalanan

KAHERAH: Sebuah kumpulan pembangkang menggesa rakyat Mesir meneruskan bantahan jalanan buat hari kedua, selepas berpuluh ribu penduduk negara itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara membantah pemerintahan Presiden Hosni Mubarak sejak 30 tahun lalu.

Sumber perubatan dan saksi berkata sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang rekrut polis terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera dalam tunjuk perasaan semalam bagi menyatakan bantahan terhadap masalah kemiskinan, penindasan dan mendesak Mubarak meletak jawatan.

Seramai 200 penunjuk perasaan turut ditahan. Kumpulan belia prodemokrasi yang dinamakan sebagai Pergerakan 6 April yang membuat gesaan itu, meminta semua penduduk menuju ke medan utama di Kaherah, beberapa jam selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke atas beribu-ribu penunjuk perasaan bagi menyuraikan mereka.
"Semua orang perlu menuju ke Medan Tahrir untuk mengambil alih tempat itu sekali lagi," kata kumpulan itu menerusi laman sosial Facebook, yang bersama laman Twitter, membantu menganjurkan tunjuk perasaan itu.

Dalam satu kenyataan berasingan kumpulan itu menggesa rakyat Mesir meneruskan tunjuk perasaan.

"Bagi meneruskan apa yang kita mulakan 25 Januari lalu, kita akan berhimpun di jalan raya bagi menuntut hak untuk hidup, mempunyai kebebasan, maruah dan kami juga meminta semua orang berbuat demikian dan meneruskannya sehingga tuntutan kita dipenuhi," kata kumpulan itu.
Tunjuk perasaan semalam yang dikenali sebagai 'Hari Kebangkitan' dicetuskan daripada tunjuk perasaan yang dilakukan rakyat Tunisia bagi menggulingkan Presiden Zine El-Abidine Ben Ali.

Tunjuk perasaan itu disifatkan yang terbesar pernah diadakan sejak bantahan umum membabitkan subsidi roti mengejutkan negara paling padat penduduk di wilayah Arab itu pada 1977.

Di sebalik kawalan oleh kira-kira 20,000 hingga 30,000 polis, beribu-ribu penunjuk perasaan berarak ke Medan Tahrir semalam sambil melaungkan kata-kata 'rakyat mahu rejim yang ada disingkirkan' 'Jatuhkan Mubarak' dan 'Berambus Mubarak'.

Sementara itu satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian dalam negeri Mesir lewat semalam menyatakan, pasukan keselamatan memutuskan untuk memberi kebenaran kepada penunjuk perasaan untuk menyuarakan tuntutan dan kebebasan untuk bersuara' dengan komitmen untuk tidak mengganggu perhimpunan'.

Kementerian itu berkata sekumpulan penunjuk perasaan, 'terutama kumpulan besar yang bergabung dengan Ikhwanul Muslimin, memulakan tunjuk perasaan, memusnahkan harta benda awam dan melempar batu ke arah polis. – AFP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

PM Russia mahu balas dendam

Posted: 26 Jan 2011 02:42 PM PST

Dunia

MOSCOW: Perdana Menteri Vladimir Putin berazam membalas dendam ke atas serangan pengebom bunuh diri yang mengorbankan 35 orang di sebuah lapangan terbang di sini Isnin lalu, satu pendirian tegas yang mungkin akan menyebabkan peningkatan serangan maut di Russia.

Kurang kawalan keselamatan turut dipersalahkan atas serangan terbaru di kawasan ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Domodedovo itu yang turut mencederakan 180 orang, dengan Presiden Dmitry Medvedev kelmarin mengkritik polis dan pihak pengurusan lapangan terbang.

Televisyen NTV menunjukkan sekeping gambar apa yang dikatakannya kepala masih bersambung pengebom disyaki. Penyiasat berkata ujian DNA akan dilakukan ke atas lelaki terbabit, dipercayai berusia 30-an untuk mengetahui identitinya. Video dua saat letupan itu disiarkan televisyen tempatan yang diambil dari kamera litar tertutup, menunjukkan ledakan api dan penumpang jatuh serta melarikan diri ketika asap memenuhi dewan.

Masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun media mengesyaki ia dilakukan pemisah dari Chechnya atau tempat lain di rantau bergolak Caucasus yang berjuang menentang pemerintahan Russia sejak lebih 15 tahun lalu.

Pemberontak Chechen mengaku bertanggungjawab atas beberapa siri serangan sebelum ini. – AP/AFP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan