Selasa, 7 Mei 2013

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


'Pil gemuk' untuk montel macam Aishwarya Rai

Posted: 06 May 2013 09:23 AM PDT

New Delhi: Bintang Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai, sering dianggap sebagai wanita tercantik di dunia tetapi pernah dikritik tahun lalu apabila dia gagal menurunkan berat badan selepas bersalin anak pertama.

Walaupun sesetengah peminat mendakwa bekas model berusia 39 tahun itu memalukan India, sebahagian daripada wanita negara itu malah mahu meniru bentuk fizikal Aishwarya yang berisi itu.

Antara mereka ialah aktres Bollywood sendiri, Vidya Balan dan Sonakshi Sinha
Beberapa doktor memberitahu, sesetengah wanita di India mengambil ubat berasaskan steroid - digelar sebagai "pil gemuk" - untuk menaikkan berat badan.
Kata doktor, ubat itu berisiko menyebabkan penggunanya mengalami kerosakan limpa dan buah pinggang, selain osteoporosis.

Foto

AISHWARYA dikutuk kerana berat badannya naik selepas gambar ini disiarkan pada April 2012.


Dalam kes tertentu, pil berkenaan boleh menyebabkan seseorang buta.


Seorang pakar perunding buah pinggang berkata, wanita muda kini terpengaruh untuk mengubah bentuk fizikal menyerupai selebriti.

Kata Sanjeev Bagai, wanita muda menganggap badan yang berisi di sesetengah tempat lebih bersifat feminin.

"Pada masa sama, tekanan daripada suami supaya mereka lebih menggiurkan mendorong sesetengah isteri mengambil pil tertentu yang merangsang selera seseorang," katanya.

Menurut Sanjeev, pil itu menyebabkan kesan sampingan berbahaya seperti kegagalan buah pinggang, penyakit kuning, loya dan halusinasi.

Sebuah majalah di India baru-baru ini menyiarkan rencana mengenai kecenderungan ramai wanita negara itu untuk kelihatan berisi.- Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07

Ulat bulu ancam pokok Oak

Posted: 06 May 2013 09:14 AM PDT

London: Saintis kini bertungkus-lumus untuk menyekat kebanjiran ulat bulu beracun daripada mengancam ribuan pokok oak.

Cubaan untuk membunuh ulat bulu itu - yang disahkan berbahaya kepada manusia - setakat ini gagal, memaksa pakar meneliti semula strategi mereka untuk menghalang ia terus membiak. Larva ulat bulu itu sudah memusnahkan banyak pokok di sekitar London sejak bulan lalu selepas ia masuk ke Britain melalui pokok diimport dari Eropah. Ulat bulu itu memenuhi pokok oak dengan sarang sehingga menyebabkan tumbuhan itu menderita sebelum akhirnya mati.


Pokok yang 'dijajah' ulat bulu itu juga dipenuhi dengan bulu berbahaya yang boleh menyebabkan gangguan pada mata serta kulit.

Semalam, saintis mengakui mereka mungkin tidak mampu menghapuskan ulat bulu berkenaan.


Sebaliknya, kata mereka, cara yang terbaik dapat dilakukan ialah "memperlahankan pembiakan" ulat itu dengan mengawal kawasan yang sudah dijangkiti.


Larva ulat bulu itu dikesan di seluruh London sejak minggu lalu. Dipercayai ulat bulu itu tiba di barat daya London melalui pokok oak diimport dari Itali pada 2006. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07

Tiada ulasan:

Catat Ulasan