Jumaat, 27 Januari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


PBB terima kokain 16 kilogram

Posted: 27 Jan 2012 12:35 PM PST

Dunia

Dadah dari Mexico dihantar guna beg diplomatik palsu tanpa alamat

NEW YORK: Bungkusan kokain seberat 16 kilogram untuk jualan pengedar dadah Mexico sampai ke tempat yang tidak sepatutnya iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Polis dan pegawai PBB kelmarin menjelaskan bagaimana dua bungkusan menggunakan beg yang dicetak dengan lambang PBB palsu sampai di ibu pejabat badan dunia itu yang menyebabkan ia menjadi isu keselamatan.

Bungkusan diplomatik sebenar berwarna biru serta ada simbol PBB, kunci dan surat diplomatik. - Paul Browne, Timbalan Komisioner

Pakar berkata, dadah itu bernilai AS$2 juta (RM6 juta). Beg itu yang mempunyai simbol PBB dihantar oleh pusat syarikat penghantaran DHL di Cincinnati, Ohio, kata Timbalan Komisioner, Paul Browne dari Jabatan Polis New York.

Beg itu juga tidak tertulis sebarang alamat di atasnya atau maklumat pengirim.

"Daripada pemahaman saya, oleh kerana tiada alamat, DHL menghantarnya ke ibu pejabat PBB kerana ia mempunyai simbol PBB dan biarkan mereka mencari jalan bungkusan itu milik siapa.

"Bungkusan diplomatik sebenar berwarna biru serta mengandungi simbol PBB, kunci dan perkataan surat diplomatik.
"Beg yang diterima pula berwarna putih dan tiada apa-apa perkataan," kata Browne.

"Jadi, dua 'beg PBB' itu jelas palsu dan segera diperiksa kakitangan keselamatan sebaik ia tiba pada 16 Januari lalu.

"Beg itu mengandungi 14 buku berkulit tebal yang dibuat ruang meletak kokain.
"Teorinya kini kemungkinan ia tidak sepatutnya dihantar ke luar Mexico. Seseorang di Mexico mungkin dalam kesusahan sekarang kerana membiarkan kokain itu hilang," kata Browne.

Pegawai PBB juga berkata, beg itu seperti guni tepung tetapi warnanya berbeza sekali gus bukan beg rasmi.

"Ini bukan bungkusan diplomatik. Ini yang boleh saya katakan," kata jurucakap PBB, Marti Nesirky memberitahu wartawan.

Timbalan Setiausaha Agung PBB yang ditugaskan menjaga keselamatan, Gregory Starr, berkata belum ada bukti menunjukkan seseorang dalam badan dunia itu terbabit dalam penghantaran kokain berkenaan.

"Dadah ini tidak dihantar dari pejabat PBB. Jadi, pada hemat saya, ia bukannya untuk mana-mana agensi PBB.

"Saya juga berpendapat, ini kerja pengedar dadah yang cuba menghantar sesuatu ke Amerika dan rancangan mereka mungkin tidak menjadi kali ini," katanya.
– AFP/Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Arab Saudi iktiraf SNC

Posted: 27 Jan 2012 12:32 PM PST

Dunia

SESORANG askar Syria yang berpaling tadah menunjukkan isyarat kemenangan ketika menyertai  petunjuk perasaan lain di daerah Khalidiya, Homs.

SESORANG askar Syria yang berpaling tadah menunjukkan isyarat kemenangan ketika menyertai petunjuk perasaan lain di daerah Khalidiya, Homs.

Badan pembangkang dianggap perwakilan sah rakyat Syria

BANDAR KUWAIT: Arab Saudi akan mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria (SNC) sebagai wakil rasmi rakyat Syria, kata seorang anggota kanan kumpulan pembangkang itu dalam kenyataan, semalam.

"Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal memberitahu delegasi SNC dalam pertemuan di Kaherah minggu lalu bahawa negara itu akan mengiktiraf majlis ini sebagai wakil rasmi bagi rakyat Syria," kata Anggota Eksekutif SNC, Ahmad Ramadan kepada akhbar Kuwait, Al-Rai.

Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal memberitahu delegasi SNC dalam pertemuan di Kaherah minggu lalu bahawa negara itu akan mengiktiraf majlis ini sebagai wakil rasmi bagi rakyat Syria. - Ahmad Ramadan, Anggota Eksekutif SNC

Beliau tidak memberitahu bila Riyadh akan memberi pengiktirafan itu atau sama ada langkah itu akan diikuti lima rakan dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
GCC pada minggu ini mengumumkan akan mengikuti jejak Arab Saudi memanggil pulang wakilnya daripada misi pemerhati Liga Arab ke Syria yang banyak menerima kritikan.

Ramadan yang menghadiri pertemuan itu memetik Saud sebagai berkata, kerajaan negara Arab yakin kerajaan Syria yang menyebabkan misi pemerhati gagal.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut membincangkan krisis Syria semalam apabila negara Barat dan Arab akan mengumumkan deraf resolusi mengutuk tindakan Damsyik menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan, kata diplomat.
Mesyuarat tidak dijangka itu diumumkan oleh diplomat Perancis selepas lima anggota tetapi majlis, Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat mengadakan rundingan mengenai resolusi baru, kelmarin.

Rundingan terbaru digesa diadakan oleh Maghribi, wakil tunggal negara Arab dalam badan 15 negara yang tidak bersetuju dengan resolusi berhubung tindakan keras Syria terhadap penunjuk perasaan anti kerajaan sejak Mac lalu.

"Satu draf resolusi akan dihantar kepada semua anggota pada majlis hari ini," kata seorang diplomat Majlis Keselamatan PBB.

Resolusi baru memberi sokongan kuat kepada inisiatif negara Arab bagi mengakhiri krisis Syria dirangka oleh Britain, Perancis, Jerman dan negara Arab termasuk Maghribi dan Qatar.

Penyokong draf itu berharap mendapat mengadakan undian pada minggu depan. Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al-Thani akan memberi taklimat kepada anggota majlis pada Isnin atau Selasa depan.

Liga Arab menggesa Presiden Bashar al-Assad menyerahkan kuasa kepada timbalannya supaya pilihan raya boleh dilaksanakan di Syria selepas lebih 5,400 orang terbunuh dalam penentangan terhadap Damsyik. – AFP/Agensi.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan