Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


13 maut pesawat terhempas di Manila

Posted:

13 maut pesawat terhempas di Manila

13 maut pesawat terhempas di Manila


Anggota bomba mengalihkan sekeping zink yang menghempap mayat-mayat selepas sebuah pesawat ringan yang terhempas menyebabkan kebakaran di kawasan penempatan di daerah Paranaque, Manila, semalam. - AFP


MANILA 10 Dis. - Sebuah pesawat ringan empat tempat duduk terhempas di sebuah kawasan penempatan di Filipina hari ini, mencetuskan kebakaran yang membunuh 13 orang termasuk dua kanak-kanak, sementara sekurang-kurangnya 20 yang lain cedera.

Setiausaha Agung Palang Merah Kebangsaan, Gwendolyn Pang berkata, pasukan penyelamat menemui mayat-mayat yang rentung di lokasi kejadian di daerah Paranaque, berhampiran dengan lapangan terbang Manila.

"Sekurang-kurangnya 50 buah rumah turut terbakar akibat nahas itu. Ia adalah pondok-pondok yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar," katanya.

Menurutnya lagi, mereka yang disahkan terbunuh termasuk juruterbang, pembantu juruterbang dan penghuni rumah.

Pesawat jenis Beechcraft itu dilapor berlepas dari lapangan terbang Manila beberapa minit sebelum terhempas.

Pang berkata, api terus merebak ke sebuah sekolah rendah berdekatan, tetapi keadaan agak terkawal memandangkan sekolah tersebut kosong kerana cuti hujung minggu.

Datuk Bandar Paranaque, Florencio Bernabe berkata, sekurang-kurangnya 20 orang orang yang cedera telah dibawa ke hospital.

Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina, Ramon Gutierrez pula berkata, juruterbang itu ada meminta kebenaran melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Manila sebaik saja ia berlepas.

Punca kemalangan masih belum diketahui. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Kebakaran hospital: Enam didakwa

Posted:

Kebakaran hospital: Enam didakwa

Kebakaran hospital: Enam didakwa


Seorang pesakit yang dipindahkan diberi rawatan di sebuah bangunan lain berikutan kebakaran di Hospital Amri yang mengorbankan 90 nyawa di Kolkata, kelmarin. - AFP


KOLKATA 10 Dis. - Seramai enam ahli lembaga pengarah Hospital Amri yang menyaksikan 90 orang pesakit maut akibat kebakaran semalam, ditangkap dan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Mereka yang didakwa termasuk SK Todi dan RS Goenka yang merupakan pemilik hospital tersebut.

Todi dan Goenka sebelum ini menyerah diri di sebuah balai polis tempatan semalam selepas kejadian tersebut.

Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee berkata, tragedi itu merupakan jenayah yang tidak dapat dimaafkan dan berikrar hukuman berat akan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Beliau berkata, hospital itu sebelum ini gagal mengemaskini prosedur keselamatan walaupun diarahkan berbuat demikian beberapa bulan lalu.

Kebakaran bermula di tingkat bawah tanah hospital itu sebelum waktu subuh semalam dan kakitangan hospital dilapor telah melarikan diri daripada tempat kejadian.

Banerjee berkata, pihak berkuasa pada September lalu memberi amaran kepada pentadbir hospital mengenai tingkat bawah tanah itu di mana peralatan radiasi disimpan.

Beliau turut membatalkan lesen operasi hospital tersebut.

Menteri Pengurusan Bencana Alam, Javed Khan berkata, Hospital Amri yang baru-baru ini dikategorikan sebagai yang terbaik di Kolkata oleh sebuah majalah India juga tidak mempunyai peralatan kebakaran lengkap.

Pihak hospital menafikan dakwaan mengatakan ia tidak mematuhi sebarang pendekatan keselamatan. - AP/Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan