Selasa, 1 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ariel dipenjara 3 tahun 6 bulan

Posted: 31 Jan 2011 10:51 AM PST

LEBIH 500 orang berdemonstrasi di luar Mahkamah Bandung, semalam.
LEBIH 500 orang berdemonstrasi di luar Mahkamah Bandung, semalam.

BANDUNG: Penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham, salah seorang bintang pop terkenal di Indonesia dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun selepas didapati bersalah menyebarkan rakaman video lucah bersama teman wanitanya di Internet.

Hukuman itu mencetuskan pendapat berbeza di kalangan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Golongan liberal berpendapat 'hukuman malu' ditanggung Ariel yang mendakwa rakaman video itu bukan untuk tatapan umum sudah mencukupi.

Namun, pihak konservatif tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kerana mereka mendakwa Ariel menyumbang kepada kejatuhan nilai moral di negara itu.

Beratus-ratus golongan konservatif yang melepasi kawalan polis berhimpun di pagar mahkamah sambil menjerit, 'Terlalu Ringan!' 'Terlalu Ringan!'

Lebih 500 orang melakukan demonstrasi dan sesetengahnya melemparkan kenderaan polis yang membawa Ariel dengan telur busuk dan tomato, sementara yang lain memegang sepanduk mengecam penyanyi itu.


Ariel adalah selebriti pertama yang didakwa di bawah undang-undang antipornografi Indonesia yang berkuat kuasa pada 2008 walaupun mendapat tentangan orang ramai dan anggota Kabinet.

Ia dilihat sebagai terlalu kabur dan hukumannya terlalu berat.

Ariel mendakwa pita rakaman itu dicuri dari kediamannya dan dihantar ke dalam talian tanpa pengetahuannya tetapi Hakim Singgih Budi Prakoso berkata, bintang pop itu tidak melakukan apa-apa untuk mencegah penyebarannya ke Internet.


Kebanyakan peminat Ariel sedih dengan hukuman dijatuhkan ke atas penyanyi itu.
-AP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Vokalis hanya jalani hukuman dua tahun sebelas bulan

Posted: 31 Jan 2011 10:50 AM PST

JAKARTA: Penyanyi Ariel dipenjarakan tiga setengah tahun oleh hakim di Mahkamah Bandung dalam kes video lucahnya bersama Luna Maya dan Cut Tari.

Namun, selepas ditolak masa penahanannya selama ini, Ariel hanya akan menjalani hukuman selama dua tahun 11 bulan. Ariel ditahan sejak 22 Jun tahun lalu. Sementara itu penerbit Peterpan, Noe mengakui dia terkejut dengan keputusan hakim, semalam. "Mungkin hukuman itu diputuskan selepas perbincangan majlis hakim, tetapi sebagai sahabat dan teman dalam pekerjaan, saya rasa terpukul juga," katanya kepada wartawan.


Noe sempat bertemu dan berbincang sebentar dengan Ariel selepas selesai sidang keputusan dibacakan hakim. Dia yakin sahabatnya itu akan tabah menjalani hukuman itu dan tetap optimis.

"Ariel memiliki perwatakan yang tabah dan dia juga masih berfikiran optimis," tambahnya. - DH

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan