Khamis, 27 Disember 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


20 terbunuh kereta kebal bedil kampung

Posted:

20 terbunuh kereta kebal bedil kampung

20 terbunuh kereta kebal bedil kampung

SATU imej yang dirakam daripada laman perkongsian video YouTube menunjukkan mayat-mayat penduduk kampung bergelimpangan selepas sebuah kampung di wilayah Kahtaniyeh diserang tentera rejim Syria.


DAMSYIK - Seramai 20 orang termasuk lapan kanak-kanak terbunuh selepas kereta kebal tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad membedil sebuah kampung di wilayah utara Kahtaniyeh semalam, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia untuk Syria.

"Sekurang-kurang 20 orang termasuk lapan kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh selepas tentera rejim Bashar menyerang sebuah ladang di kampung Kahtaniyeh, barat bandar Raqa," kata kumpulan pemerhati itu.

Sebuah video amatur yang dimuat naik ke Internet oleh kumpulan aktivis menunjukkan beberapa mayat berlumuran darah dan mayat seorang kanak-kanak ditutup dengan selimut di dalam sebuah rumah.

"Berpuluh-puluh orang lagi dilaporkan cedera di ladang itu," kata aktivis di Raqa.

Sementara itu, menurut kumpulan pemerhati sama, lebih 45,000 orang dilaporkan terbunuh di Syria sejak penentangan terhadap Presiden Bashar Al-Assad meletus pada Mac tahun lalu.

"Secara keseluruhan kami telah mendokumen kematian seramai 45,048 orang," kata pengarah badan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman.

Tambahnya, lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh sepanjang minggu lepas.

Katanya, mereka yang terbunuh termasuk 31,544 orang awam, 1,511 orang berpaling tadah, 11,217 tentera dan 776 tidak dapat dikenal pasti. - Agensi

Dipukul sampai mati kerana kebakaran

Posted:

Dipukul sampai mati kerana kebakaran

Dipukul sampai mati kerana kebakaran


SEKUMPULAN penduduk pulang ke rumah mereka yang hangus terbakar di kawasan setinggan di Bandar San Juan, Manila Filipina.


MANILA, Filipina - Lapan orang terbunuh manakala 5,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas satu kebakaran berlaku di sebuah kawasan setinggan di bandar San Juan ketika sambutan Hari Krismas, kata beberapa pegawai semalam.

Pegawai Kanan Bomba, Domingo Cabog berkata, seorang penduduk dipukul sehingga mati oleh jirannya selepas dituduh memulakan kebakaran itu kelmarin.

Lelaki itu dilaporkan mabuk tetapi bukan penyebab kepada kebakaran tersebut.

Cabog berkata, kebakaran bermula di dalam sebuah rumah apabila sekumpulan kanak-kanak bermain dengan lilin.

Seramai 13 orang turut dilaporkan cedera. Mangsa yang cedera termasuklah dua anggota bomba dan sukarelawan akibat dibaling batu oleh penduduk yang marah, kata Cabog.

Polis kini menjalankan siasatan mengenai kejadian lelaki yang dipukul sehingga mati. Sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat. - AP

Styles hantar telegram kepada Swift

Posted:

Styles hantar telegram kepada Swift

Styles hantar telegram kepada Swift

SWIFT


LONDON - Anggota kumpulan muzik One Direction, Harry Styles kelmarin mengupah sebuah firma perkhidmatan telegram untuk menyampaikan mesej nyanyiannya kepada penyanyi terkenal, Taylor Swift, lapor akhbar The Sun.

Styles dilaporkan menggunakan nyanyian telegram kerana dia kini terpisah sejauh 4,828 kilometer ekoran Swift kembali ke Amerika Syarikat (AS) sempena Krismas.

Bintang dari Britain itu menggunakan khidmat seorang penyanyi telegram untuk menyanyikan lagu hit One Direction, What Makes You Beautiful.

Dia juga meminta lagu tersebut dipersembahkan dalam muzik country seperti genre muzik penyanyi dari AS itu.

"Walaupun mereka berjauhan pada Hari Krismas, Styles mahu memastikan Swift tidak melupakannya. Nyanyian telegram adalah hadiah paling sesuai," kata satu sumber.

Styles, 18, menjalin hubungan dengan Swift, 23, sejak dua bulan lalu.

Pasangan yang dilihat semakin intim itu belum mengesahkan hubungan cinta mereka kepada media.

One Direction yang lahir daripada program pencarian bakat X Factor musim ketujuh turut dianggotai Niall Horan, Louis Tomlinson, Zayn Malik dan Liam Payne. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan