Rabu, 14 Disember 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Kanak-kanak hidup selepas dilanggar kereta

Posted:

Kanak-kanak hidup selepas dilanggar kereta

Kanak-kanak hidup selepas dilanggar kereta

Reuters
SEJUMLAH orang bertindak
mengangkat sebuah kereta yang
melanggar seorang kanak-kanak
perempuan di Wenzou, China dalam usaha untuk menyelamatkannya.


WENZOU, China - Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.

Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya.

Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.

Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.

Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.

Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.

Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.

Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu.

Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Penunjuk perasaan mengamuk di Seoul

Posted:

Penunjuk perasaan mengamuk di Seoul

Penunjuk perasaan mengamuk di Seoul


AFP
DUA anggota polis menangkap seorang penunjuk perasaan Korea Selatan yang memandu sebuah kereta dan merempuh sebuah bas polis di Kedutaan China di Seoul semalam.


SEOUL - Seorang pemandu Korea Selatan yang memandu kereta merempuh sebuah bas polis yang mengawal Kedutaan China beberapa kali semalam di sini.

Menurut beberapa saksi, kejadian itu berlaku pada satu tunjuk perasaan yang membantah pembunuhan seorang anggota pengawal pantai Korea Selatan oleh seorang nelayan China.

Lelaki dalam lingkungan usia 30 tahun itu memandu keretanya dan merempuh sebanyak tiga hingga empat kali ke arah salah sebuah bas yang melindungi Kedutaan China.

Beberapa anggota polis menyembur cermin keretanya dengan alat pemadam api bagi mengelak dia melakukan perbuatan tersebut.

Dia kemudian keluar dari kereta tersebut dan ditahan. Tiada yang cedera dalam kejadian itu.

Lebih 100 orang veteran tentera dan aktivis menunjuk perasaan di luar kedutaan tersebut untuk mengutuk tindakan seorang kapten nelayan China yang membunuh seorang anggota pengawal pantai pada Isnin lalu.

Kapten kapal itu telah menikam anggota pengawal tersebut dan mencederakan seorang lagi anggota berkenaan.

Kejadian itu berlaku semasa anggota pengawal pantai berkenaan cuba untuk menangkap nelayan China kerana menangkap ikan secara haram di Sungai Kuning, Korea Selatan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Aktor James Bond pertahan filem Dragon

Posted:

Aktor James Bond pertahan filem Dragon

Aktor James Bond pertahan filem Dragon


AP
SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Girl with the Dragon Tattoo menunjukkan Daniel Craig (kanan) dan aktres Rooney Mara.


LONDON - Pelakon yang membawa watak James Bond, Daniel Craig mempertahankan filem lakonannya dalam filem The Girl with the Dragon Tattoo.

Dalam filem itu, Craig yang melakonkan watak Mikael Blomkvist sebagai wartawan menyatakan ia merupakan sebuah filem untuk golongan dewasa.

"Ia merupakan sebuah filem dewasa," katanya semasa diwawancara dengan wartawan stesen Perbadanan Penyiaran British semalam.

Filem itu dihasilkan berdasarkan novel hasil karya Stieg Larsson dari Sweden yang telah dijual berpuluh-puluh juta naskhah.

Dragon Tattoo ditayangkan di Amerika Syarikat pada 21 Disember depan dan di Britain pada 26 Disember depan.

Filem itu ditayangkan di London pada lewat malam kelmarin.

Craig, 43, berkata, penulis skrip filem Dragon Tattoo, Steven Zaillian berjaya menonjolkan isi kisah yang dihasilkan oleh penulis dari Sweden itu.

Dia juga mempertahankan adegan dalam filem itu yang dikategorikan sebagai R.

Kategori itu dianggap oleh Persatuan Wayang Bergerak Amerika mempunyai kandungan ganas termasuk rogol, penderaan, bogel dan mempunyai unsur seksualiti yang kuat.

Filem itu diarahkan oleh David Fincher yang pernah mengarahkan filem The Social Network, Zodiac, Fight Club and Seven.

Menurut Craig, tema buku itu mengetengahkan isu bahawa ramai pembunuh bersiri adalah lelaki dan mereka membunuh wanita. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan