Isnin, 20 Disember 2010

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


WikiLeaks masih berfungsi

Posted:

WikiLeaks masih berfungsi

WikiLeaks masih berfungsi


RUMAH yang didiami oleh Assange di Ellingham selepas dia dibebaskan dari penjara di London pada Khamis lalu.


ELLINGHAM, United Kingdom - Bekas penggodam yang kini menjadi amat terkenal, Julian Assange (gambar kecil) semalam menyatakan laman web WikiLeaks yang diasaskannya masih berfungsi dengan lancar walaupun Bank of America menghentikan transaksi kewangan ke laman itu.

Dia membuat kenyataan itu semasa tinggal di rumah rakannya yang juga seorang wartawan di sini setelah dibebaskan daripada tahanan dengan ikat jamin pada Khamis lepas.

Assange ditahan atas dakwaan dia mencabul dan merogol dua wanita di Sweden.

Penggodam yang juga wartawan itu ditahan pada 7 Disember lalu oleh polis Britain semasa dia berada di Britain.

Namun, dia perlu melaporkan diri di sebuah balai polis berhampiran dan memakai tag elektronik.

Menurut pihak Bank of America, pihaknya menghalang transaksi itu kerana percaya bahawa WikiLeaks mungkin terlibat dengan aktiviti yang tidak sesuai dengan dasar dalaman bank berkenaan.

Sebelum ini, MasterCard, PayPal dan Visa Europe turut menghalang transaksi ke laman berkenaan.

Laman web WikiLeaks telah mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik yang mengandungi maklumat sulit Amerika Syarikat (AS).

Maklumat itu turut mengandungi komen pemimpin AS terhadap ketua kerajaan negara lain.

"Kita merupakan pertubuhan yang kuat. Semasa saya berada di dalam kurungan, kami meneruskan penyiaran maklumat pada setiap hari dan ia tidak akan berubah," kata Assange.

Dalam perkembangan pendedahan WikiLeaks kelmarin, pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyatakan siasatan sedang dilakukan berhubung dakwaan Presiden Sudan, Omar al-Bashir memasukkan AS$9 bilion (RM28.21 bilion) ke dalam akaun-akaun bank. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Hurley berpisah dengan kekasih angkara SMS seks

Posted:

Hurley berpisah dengan kekasih angkara SMS seks

Hurley berpisah dengan kekasih angkara SMS seks

LONDON - Pelakon filem Bedazzled, Elizabeth Hurley bertindak memutuskan hubungan dengan bekas bintang kriket dari Australia, Shane Warne, lapor sebuah akhbar semalam.

Hurley, 45, memutuskan hubungan cintanya itu selepas mendapat tahu bahawa Warne menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi mesej seks kepada seorang wanita Australia yang sudah berkahwin.

Warne, 41, yang berharap akan berkahwin dengan pelakon itu dikatakan berasa amat kecewa dan tidak dapat tidur kerana bimbang dengan skandal terbarunya itu.

Kelmarin Hurley membuat kenyataan di laman Twitter bagi meminta supaya laporan yang mendakwa dia akan menghabiskan masa bersama dengan Warne di Australia dihentikan.

Warne menerima satu lagi tamparan apabila Hurley menyatakan dia tidak merancang untuk menceraikan suaminya, Arun Nayar yang merupakan taikun dari India.

"Bosan, kini terdapat banyak spekulasi bodoh, tidak ada seorang pun yang menceraikan seseorang, belum lagi. Tiada mana-mana pihak yang berebut wang dan saya tidak merancang untuk pergi ke Australia. Cukuplah," kata Hurley dalam Twitter.

Hubungan Hurley dengan Warne mendapat liputan seminggu lalu di Britain selepas akhbar News Of The World menyiarkan gambar mereka bercium di dalam sebuah lif hotel.

Apabila berita itu disiarkan, Hurley mengesahkan dia telah berpisah dengan suaminya manakala Warne turut mengakui sudah menamatkan hubungan dengan bekas isterinya. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan