Isnin, 20 Disember 2010

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Latihan tentera guna peluru hidup

Posted: 20 Dec 2010 02:49 PM PST

Dunia

Provokasi dilakukan Korea Selatan belum mendapat tindak balas Pyongyang

YEONPYEONG: Korea Selatan semalam mengadakan latihan ketenteraan menggunakan peluru hidup dan pesawat pejuang di sebuah pulau sempadan, manakala pendekatan diplomasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal mencapai ketetapan berhubung krisis berkenaan.

Dalam reaksinya petang semalam, Korea Utara berkata ia tidak akan bertindak balas kepada latihan ketenteraan oleh Korea Selatan itu, walaupun mengancam untuk melakukannya sebelum ini. "Pasukan keselamatan revolusi tidak merasa perlu untuk bertindak balas terhadap provokasi ketenteraan itu," lapor agensi berita rasmi KCNA, memetik kenyataan Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea Utara, yang menyifatkan latihan itu sebagai 'perbuatan anak kecil bermain api.'

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata latihan ketenteraan itu bermula kira-kira jam 2.30 petang dan berakhir selepas 4 petang. "Pasukan bersenjata dan pesawat pejuang kami kini berada dalam keadaan berjaga-jaga," kata seorang jurucakap kementerian.

Agensi berita Yonhap berkata dua kapal pemusnah ditempatkan di Laut Kuning di selatan berhampiran sempadan yang dipetikaikan.

Satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB gagal mencapai pendirian berhubung krisis berkenaan, sementara Russia memberi amaran bahawa masyarakat antarabangsa kini tidak mempunyai perancangan bagi mematahkan ketegangan yang semakin meningkat itu.
Pada 23 November lalu, Korea Utara menjadikan latihan ketenteraan yang sama oleh tentera laut Korea Selatan sebagai alasan untuk membedil Yeonpyeong, yang mengorbankan empat orang termasuk orang awam dan memusnahkan berpuluh-puluh rumah.

Jika diancam, serangan balas Korea Utara kepada latihan ketenteraan terbaru ini mungkin lebih dahsyat lagi, dari segi kekuatan dan linkungan serangan.

"Pihak tentera kena mengambil apa juga langkah yang boleh bagi menangani sebarang provokasi oleh Korea Utara," kata Menteri Pertahanan Selatan, Kim Kwan-Jin selepas latihan itu bermula.

Presiden Lee Myung-Bak mengarahkan semua pegawai kerajaan bersiap sedia kemungkinan menghadapi sebarang keadaan kecemasan. Orang ramai di Yeonpyeong juga diminta supaya berlindung di tempat khas ketika latihan ketenteraan itu berlangsung.

Amerika Syarikat yang mempunyai sebanyak 20 pasukan keselamatan di pulau terbabit turut membantu latihan itu semalam, dengan menegakkan hak Korea Selatan mempertahankan diri. Jepun menggesa Korea Utara tidak mengambil sebarang langkah provokasi sebagai tindakan balas.

Korea Utara mempertikaikan kawasan sempadan di Laut Kuning yang dirangka oleh pasukan tentera PBB selepas peperangan 1950-53. Ia mendakwa kawasan perairan di sekitar Yeonpyeong adalah milik mereka.

Tenteranya nampaknya bersedia untuk melancarkan serangan balas, dengan menanggalkan penutup pada senjata artileri, kata sumber ketenteraan kepada Yonhap.

Di PBB, China menolak desakan Barat agar sekutunya, Korea Utara dikecam secara terbuka berikutan bedilan artileri pada 23 November lalu, kata diplomat.

Malah, kata mereka, China turut menolak kenyataan yang dirangka yang tidak menyebut Korea Utara mahupun Yeonpyeong.

"Kini kita mempunyai situasi dengan ketegangan politik serius tetapi tiada tindakan di pihak diplomatik," kata wakil PBB Russia, Vitaly Churkin.– AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kumpulan ‘al-Qaeda’ Aceh kena penjara

Posted: 20 Dec 2010 02:49 PM PST

Dunia

JAKARTA: Sebuah mahkamah Indonesia semalam menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga sembilan tahun ke atas enam lelaki kerana pembabitan mereka dalam kumpulan pengganas yang dikenali sebagai 'al-Qaeda' Aceh.

Kumpulan terbabit didakwa melakukan latihan untuk menjalankan serangan ala Mumbai oleh sekumpulan lelaki bersenjata membabitkan serangan bunuh diri ke sasaran Barat dan tokoh politik di Jakarta.

Oman Rohman, 38, menerima hukuman penjara sembilan tahun kerana menyediakan sejumlah AS$2,320 (RM7,192) untuk bayaran kepada latihan kumpulan itu di hutan di wilayah barat Aceh, kata ketua hakim, Mutarto kepada mahkamah Jakarta Barat. Dalam satu perbicaraan berasingan, mahkamah menjatuhkan hukuman tujuh sehingga lapan tahun penjara kepada lima lelaki kerana menghadiri kem latihan terbabit dan memiliki senjata api haram.

Hukuman berkenaan lebih ringan berbanding 12 tahun yang diminta pendakwa dan hukuman penalti mati mandatori. – AFP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan