Selasa, 21 Disember 2010

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Twain bertunang

Posted: 21 Dec 2010 02:24 PM PST

Dunia

Penyanyi Kanada pilih suami bekas rakan baik

LOS ANGELES: Penyanyi terkenal Kanada, Shania Twain, mengumumkan sudah bertunang dengan lelaki yang isterinya 'mencuri' suaminya, Robert Mutt Lange.

Rumah tangga Twain hancur pada 2008 berikutan suaminya, Lange, seorang produser terkenal, meninggalkannya selepas 14 tahun berkahwin. Apa yang menyedihkan ialah Lange berkahwin dengan rakan rapatnya, Marie-Anne Thiebaud yang juga pengurus hartanah.
Beliau mengakui gembira dengan kehidupan barunya bersama Frederic, 40.
Marie-Anne adalah bekas setiausaha Twain dan menguruskan kediaman di Switzerland. Dia menjadi rakan rapat dan selalu mengiringi Twain ke Switzerland.

Selepas perkahwinannya dengan Lange berakhir, Twain selalu mengadu nasib kepada Frederic, seorang eksekutif perniagaan Nestle.

"Kami menghadapi turun naik kehidupan bersama dan saling menyayangi. Kami menjadi rapat selepas melalui semua itu," kata Twain di laman webnya, tahun lalu.
"Selepas dia sendiri mengalami perpisahan pada masa sama dan dalam keadaan sukar, dia paling memahami saya dibandingkan orang lain," katanya lagi.

"Mereka sudah bertunang beberapa bulan," kata sumber kepada majalah People. Ketika melamar Twain, Frederic memberinya cincin permata tiga karat.

Twain antara penyanyi awal 'Country' yang mencapai kejayaan dalam muzik selepas mengubah kepada aliran pop.

Twain, 45, terkenal dengan lagu You're Still The One, That Don't Impress Me Much, From This Momentt dan Man! I Feel Like A Woman.

Twain memiliki aset yang dianggarkan bernilai AS$700 juta (RM2.1 bilion). Berita pertunangan mereka awalnya dilaporkan oleh majalah Us Weekly.

Belum ada berita mengenai bila dan di mana perkahwinan itu akan berlangsung. Twain dijangka mengeluarkan buku kisah hidupnya tidak lama lagi selain program bual bicara di rangkaian televisyen milik Oprah Winfrey. – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Laporan WikiLeaks dialih bahasa

Posted: 21 Dec 2010 02:23 PM PST

Sorry, Readability was unable to parse this page for content.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan