Sabtu, 21 Januari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Wanita 2 alat sulit tolak berlakon lucah

Posted: 21 Jan 2012 03:10 PM PST

Dunia

Hazel Jones

Hazel Jones

Hazel Jones tak berminat tawaran RM3.1 juta

LOS ANGELES: Seorang wanita yang dilahirkan dengan dua saluran faraj dan mendapat perhatian industri filem lucah, tidak pernah terfikir untuk menerima sebarang watak dalam filem sebegitu.

Ketika muncul dalam rancangan televisyen awal minggu ini, Hazel Jones mendedahkan dirinya memiliki 'uterus didelphys', merujuk kepada keadaan dua rahim dan dua serviks. Wanita berusia 27 tahun itu didekati syarikat Vivid Entertainment, sebuah syarikat produksi filem dewasa Amerika Syarikat.

Mengakui terkejut, wanita berambut perang berasal dari High Wycombe, menegaskan akan menolak sebarang tawaran seumpama itu.

Menurut rancangan This Morning, Jones memberitahu: "Saya tidak pernah terima apa-apa tawaran seperti itu mahu pun melakukannya pada masa depan. Jangan ganggu saya."

Jones memberi reaksi itu selepas pengasas Vivid, Steven Hirsch, menulis sepucuk surat kepadanya menawarkan AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk membintangi satu daripada filemnya, lapor TMZ.com.
Dalam surat itu, Hirsch menulis: "Anda jelasnya seorang wanita luar biasa dan saya mahu menjadikan anda seorang bintang untuk membintangi satu daripada produksi akan datang Vivid.

"Kami akan membayar anda sehingga AS$1 juta untuk perkhidmatan anda."

Hirsch juga berjanji untuk membayar tambang dan kemudahan oleh kerana filem itu akan dilakukan di sini.

"Kami akan bawa anda ke Los Angeles sebaik saja anda setuju dan memberi anda kemudahan kelas pertama," katanya.

Seorang jurucakap Vivid mengesahkan tawaran itu dengan berkata: "Memang benar. Steven membuat tawaran kepada Hazel Jones."

Vivid menjadi studio pertama memperkenalkan pita seks selebriti, menunjukkan rakaman Pamela Anderson dan suaminya ketika itu, Tommy Lee serta Kim Kardashian. Jones belum memberi maklum balas terhadap tawaran itu.

Jones memberitahu rancangan This Morning terbitan ITV, dia selesa walaupun mempunyai keadaan luar biasa itu, walaupun terpaksa kehilangan dara sebanyak dua kali.

"Sebaik saja saya tahu keadaan itu, saya beritahu semua orang.

"Saya fikir ia menakjubkan dan sudah pasti mengejutkan jika berada dalam parti," katanya kepada hos televisyen, Holly Willoughby dan Phillip Schofield.

Beliau menambah: "Jika wanita mahu melihatnya, saya agak gembira menunjukkan kepada mereka, ia bukan sesuatu yang memalukan buat saya."

Jones pergi mendapatkan rawatan doktor selepas teman lelakinya memberitahu dia 'rasa berbeza' mengenai kemaluan wanita itu. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Saintis cuba buat buah zakar tiruan

Posted: 21 Jan 2012 03:09 PM PST

Dunia

SAN FRANCISCO: Sekumpulan saintis diberi kebenaran menghasilkan buah zakar tiruan yang menghasilkan sperma, dalam usaha membantu menyelesaikan masalah ketidaksuburan lelaki.

Saintis sebelum ini cuba menghasilkan sel sperma tetapi cuma mampu menyelesaikan tiga per empat daripada proses itu di dalam makmal kerana persekitaran khas dalam buah zakar lelaki diperlukan untuk menjayakan proses itu.

Kumpulan pakar diketuai Dr Paul Turek itu berharap dapat menghasilkan mesin biologi pembuatan sperma yang berbentuk beg silinder dan tidak dilekatkan pada tubuh. Ia perlu diganti selepas setiap kitaran pengeluaran sperma yang mengambil masa 70 hari dan berbeza dengan alat tiruan, lelaki yang kehilangan buah zakar tidak menghasilkan sperma.

Dr Turek kini menghasilkan prototaip dan menganggarkan ia mengambil masa lima hingga tujuh tahun untuk menyempurnakan kaedah itu.

"Geran yang diperoleh adalah satu penghormatan dan diberi selepas beberapa tahun kami mengkaji idea ini.

"Kami sudah mengumpulkan saintis hebat yang amat komited dengan kejayaan," katanya.
Bagi menghasilkan buah zakar tiruan itu, penyelidik perlu membangunkan teknik untuk menumbuhkan sel sperma manusia.

Mereka bercadang menggunakan sel tunjang embrio lelaki dengan gen untuk mengemudikan ia menjadi sel reproduktif yang boleh digunakan dalam IVF.

Ketika kajian menunjukkan ada kemungkinan dapat merawat tikus jantan tidak subur dengan menghasilkan sperma menggunakan sel tunjang, kajian ke atas manusia gagal.

Dr Turek berkata, salah satu tujuan utama ialah menghasilkan semula buah zakar tiruan dengan semua komponennya. Bagaimanapun, sebahagian pakar skeptikal dengan kaedah itu.

Pakar sakit puan dan sains reproduktif di Universiti Pittsburgh, Kyle Orwig, berkata: "Ia satu projek yang pastinya sukar tetapi mengagumkan jika berjaya. Ia akan memberi impak besar kepada bidang kesuburan."

Katanya, tiada siapa pernah mencuba menghasilkan sperma dengan mencipta semula 'rumah pengeluaran' sel sperma. Buah zakar bertanggungjawab menghasilkan dan menyimpan sperma. Jika rosak, ia boleh memberi kesan serius kepada kualiti sperma. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan