Ahad, 19 Disember 2010

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Selera luar biasa Harry

Posted: 18 Dec 2010 07:13 AM PST

LONDON: Pendedahan seorang pengasuh budak mengenai hubungan Putera Harry dengan janda 13 tahun lebih tua daripadanya beberapa tahun lalu meletakkan keluarga diraja Britain itu di bawah perhatian ramai sekali lagi.

Dikhabarkan, Harry, 26, menghantar pemandu dan limosin eksklusif menjemput Catherine Davies untuk bertemu di tempat sulit.


Pengasuh itu, Monica Herrero, 24, berkata Harry menjalin hubungan dengan Catherine empat tahun lalu.

Katanya, Catherine - berusia 34 tahun ketika itu - bertemu Harry beberapa kali dan dia bertugas menjaga dua anak wanita terbabit. "Pada satu ketika, mereka bertemu dua kali seminggu," katanya.


Kata Monica, walaupun Catherine majikannya, wanita itu selalu bercerita mengenai pengalamannya bersama Harry selepas sesuatu pertemuan.


Malah, katanya, Catherine juga sering menunjukkan mesej pesanan ringkas dihantar Harry kepadanya.

"Pada satu ketika, Catherine mengaku Harry menciumnya dalam bilik mandi," katanya.


Walaupun ketika berpacaran dengan Harry status Catherine adalah janda, dia kemudian berkahwin tetapi bercerai semula selepas muncul dalam siri realiti televisyen, Real Housewives of DC.

Catherine juga pernah menceritakan secara terbuka hubungannya dengan Harry.


Kata Catherine, anak raja itu memeluknya dengan erat dan menciumnya.


"Lidah saya kelu selepas itu," katanya.


Sementara itu, Istana Buckingham menafikan berita berkenaan dan menegaskan Harry tidak mempunyai pemandu peribadi yang boleh diarah pergi ke mana saja.


"Sebaliknya, Harry dibantu pemandu rasmi dan pengawal peribadi yang mengiringinya ke sesuatu tempat," katanya kenyataan itu. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pelajar 14 tahun jadi ibu bapa paling muda di Britain

Posted: 18 Dec 2010 07:08 AM PST

LONDON: Sepasang pelajar sekolah berusia 14 tahun secara rasmi menjadi ibu bapa termuda di Britain, lapor media semalam.

April Webster melahirkan bayi lelaki, Jamie, selepas mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, Nathan Fishbourne tahun lalu.


Pasangan dari Caerphilly, Wales selatan itu menyedari mereka bakal menjadi ibu bapa sehari sebelum April menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-14, awal tahun ini.

Kata April, kelahiran Jamie bukanlah dirancang, tetapi itu tidak bermakna dia enggan membesarkan anaknya sebaik mungkin.


"Saya akan berikan perhatian yang terbaik kepada Jamie," katanya.


Jamie dilahirkan melalui pembedahan di hospital pada 15 November lalu dengan berat 3.7 kilogram.

April dan Fishbourne mula berpacaran sejak September tahun lalu.


Apabila mendapat tahu April hamil, mereka mendakwa 'terlalu malu' untuk memberitahu atau mendapatkan nasihat daripada keluarga masing-masing.

Ketika ini Jamie ditempatkan di ruang tamu rumah ibu bapa April dan remaja itu bersiap-siap untuk meneruskan persekolahan tidak lama lagi.


Fishbourne pula berharap dapat bersama Jami setiap hujung minggu tetapi urusan penjagaan bayi itu masih belum diputuskan.


Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada April dan Fishbourne akhirnya akan tinggal bersama-sama kerana ketika ini mereka dikatakan berada di peringkat 'bertenang'. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen