Ahad, 15 Mei 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


45 pemuda Palestin cedera

Posted:

45 pemuda Palestin cedera

45 pemuda Palestin cedera


Penduduk Palestin menjulang bendera Palestin semasa mengadakan perhimpunan di sempadan terminal Rafah dengan Mesir dan selatan Genting Gaza, semalam bagi memperingati ulang tahun ke-63 insiden 'Hari Nakba'. - AFP


GAZA CITY 15 Mei - Sekurang-kurangnya 45 pemuda Palestin cedera hari ini apabila tentera Zionis melepaskan dua tembakan meriam kereta kebal dan tembakan mesingan bertalu-talu ke arah penduduk Gaza yang berarak menghampiri sempadan Israel.

Perarakan ke pintu sempadan Erez itu adalah sebahagian daripada perarakan dan protes yang diadakan oleh penduduk Palestin di seluruh Tebing Barat dan Genting Gaza hari ini untuk memperingati hari ulang tahun ke-63 'Nakba' (malapetaka).

Hari Nakba menandakan peristiwa penubuhan Israel yang memaksa kira-kira 800,000 penduduk Palestin mencari perlindungan di kem-kem pelarian di rantau ini apabila mereka melarikan diri atau diusir dari kampung halaman mereka, kini menjadi wilayah Israel, semasa perang Arab-Israel 1948.

Sambil mengibarkan bendera Palestin, penunjuk perasaan di sini berarak selama 10 minit dari ibu pejabat Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang menempatkan tugu peringatan Yasser Arafat, ke Dataran Manara di tengah Ramallah.

Siren dibunyikan di seluruh bandar ini sebagai tanda berkabung.

Sekurang-kurangnya 25 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan askar dan polis Israel di pintu sempadan Qalandia, Tebing Barat, meskipun pasukan keselamatan PA dikerahkan untuk menghalang penduduk menghampiri sekatan tentera Israel di situ.

Di Gaza, berpuluh-puluh bas membawa ribuan penunjuk perasaan ke satu persimpangan di utara Gaza City, sebelum mereka menuju ke pintu sempadan Erez dengan Israel, dan ke bandar Rafah sebelum mereka berarak ke sempadan dengan Mesir.

Buat kali pertama dalam tempoh empat tahun, penyokong Parti Fatah dan Hamas berarak bersama-sama, manakala pemimpin daripada semua puak Palestin menyampaikan ucapan.

Dua pergerakan utama Palestin itu menandatangani perjanjian perdamaian pada awal bulan ini setelah bertahun-tahun berbalah.

Sementara itu di Maroun al-Ras, empat penunjuk perasaan terbunuh, manakala 11 lagi cedera dalam kejadian tembak-menembak di sempadan Lebanon-Israel, di mana rakyat Palestin mengadakan demonstrasi, kata sumber ketenteraan, hari ini.

Jurukamera Reuters, Ezzat Baltaji berkata, dia sempat merakamkan gambar tiga mayat dan dua yang lain tidak bergerak.

Tentera Israel melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan demontrasi rakyat Palestin manakala tentera Lebanon turut berbuat demikian untuk menyekat kemaraan penunjuk perasaan daripada menghampiri sempadan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang pandang sinis Kuan Yew berundur

Posted:

Pembangkang pandang sinis Kuan Yew berundur

Pembangkang pandang sinis Kuan Yew berundur

SINGAPURA 15 Mei – Keputusan dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong untuk berundur daripada Kabinet disambut dengan sinis oleh pembangkang di negara ini.

Pemimpin Parti Pembaharuan, Kenneth Jeyaretnam yang juga anak lelaki kepada tokoh pembangkang veteran, mendiang J.B. Jeyaretnam menyifatkan keputusan tersebut sebagai kempen perhubungan awam, lebih-lebih lagi kerana dua bekas Perdana Menteri itu akan terus menganggotai Parlimen.

"Keputusan itu hanya kempen perhubungan awam untuk menunjukkan seolah-olah ada pembaharuan tetapi sebenarnya terpulang kepada pengundi sendiri untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai langkah tersebut," kata Jeyaretnam, hari ini.

Seorang lagi ahli politik pembangkang, Chee Soon Juan yang pernah menjalani hukuman penjara dan membayar denda selepas kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Kuan Yew sebelum ini berkata, bekas Perdana Menteri itu patut 'bersara sepenuhnya dari arena politik'.

"Meninggalkan terus arena politik akan benar-benar menandakan lembaran baru bagi politik di Singapura dan untuk demokrasi mula mencapai kemajuan yang tergendala selama ini," kata Soon Juan.

Pengendali laman web sosiopolitik bebas, www.littlespeck.com, Seah Chiang Nee, bagaimanapun berkata, perubahan akan tetap berlaku berikutan pengunduran kedua-dua bekas Perdana Menteri itu daripada Kabinet.

"Daripada satu segi, orang tidak lagi akan berasa bimbang diri mereka sentiasa dipantau atau diancam dengan tindakan saman," katanya.

Penganalisis politik percaya keputusan Kuan Yew, 87 dan penggantinya selepas itu, Chok Tong, 70, boleh membuka laluan kepada pembaharuan berikutan keputusan terburuk yang dicapai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya umum pada 7 Mei lalu.

Langkah kedua-dua veteran politik itu dipercayai didorong oleh keputusan pilihan raya yang mendedahkan kemarahan mendalam rakyat terhadap PAP dan mengesahkan hasrat golongan muda Singapura untuk melihat sistem politik lebih terbuka yang meliputi mekanisme sekat dan imbang.

"Keputusan (untuk berundur) mencerminkan langkah pertama ke arah pembaharuan PAP secara serius, satu transformasi daripada generasi ke generasi," kata profesor sains politik di Universiti Pengurusan Singapura, Bridget Welsh.

Welsh berpendapat Kuan Yew sepatutnya sudah bersara lama sebelum ini kerana beliau dilihat sudah terputus hubungan dengan rakyat Singapura kontemporari. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan