Jumaat, 13 Mei 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Letupan berani mati, 80 maut

Posted:

Letupan berani mati, 80 maut

Letupan berani mati, 80 maut


MANGSA-MANGSA cedera dalam serangan pengebom berani mati di Akademi Polis Charsadda (kanan) dibantu keluar dari trak setibanya di Hospital Lady Reading di Peshawar, Pakistan, semalam. - REUTERS


PESHAWAR 13 Mei - Dua pengebom berani mati yang menaiki motosikal bertindak meletup diri mengakibatkan sekurang-kurangnya 80 orang di sebuah akademi polis separa tentera di Pakistan terbunuh, hari ini dalam serangan terbesar militan di negara ini selepas pembunuhan ketua al-Qaeda, Osama bin Laden.

Pengebom meletupkan bahan letupan yang mereka bawa ketika kumpulan kadet yang baru menamatkan latihan dan berpakaian awam itu hendak menaiki bas untuk pulang bercuti selama 10 hari, kata polis.

Serangan militan paling berdarah itu di Pakistan pada tahun ini dilancarkan ketika pucuk pimpinan tentera dan awam negara ini dilanda krisis berikutan pembunuhan Osama oleh komando Amerika Syarikat (AS) pada 2 Mei lalu.

Kejadian itu berlaku di kawasan Shabqadar, kira-kira 30 kilometer ke utara Peshawar, bandar utama di wilayah barat laut di mana militan yang ada kaitan dengan Taliban dan al-Qaeda kerap menyerang pasukan keselamatan.

"Seramai 80 orang terbunuh, 65 daripada mereka anggota polis separa tentera, manakala yang lain adalah orang awam," kata ketua polis daerah Charsadda, Nisar Khan Marwat.

Kira-kira 60 mangsa cedera dan sebanyak 12 kenderaan musnah dalam letupan itu, katanya.

Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu sebagai tindakan pertama untuk membalas dendam terhadap pembunuhan Osama dan memberi amaran mengenai serangan lebih besar di negara ini dan di Afghanistan.

Sementara itu kerajaan awam Pakistan yang menghadapi tekanan domestik untuk menghukum AS atas serangan yang membunuh Osama itu berkata, ia akan mengkaji semula kerjasama dengan Washington dalam kempen memerangi keganasan.

Washington tidak memberitahu Islamabad mengenai operasi sepasukan komando SEAL tentera laut AS yang menaiki helikopter ke bandar garison Abbottabad sehinggalah mereka keluar dari ruang udara Pakistan dengan membawa mayat Osama.

Operasi sulit awal pagi itu menjerumuskan politik Pakistan ke dalam krisis kerana Presiden Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri Yousuf Raza Gilani menghadapi desakan supaya meletakkan jawatan di tengah-tengah sentimen anti-Amerika yang semakin membara. - AFP/Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dadah: 2 warga Malaysia diberkas di Singapura

Posted:

Dadah: 2 warga Malaysia diberkas di Singapura

Dadah: 2 warga Malaysia diberkas di Singapura

SINGAPURA 13 Mei - Dua rakyat Malaysia diberkas oleh Biro Dadah Pusat (CNB) Singapura, semalam dan pada Rabu lalu berhubung penemuan 3.3kg heroin bernilai $488,000 (RM1.18 juta), jumlah terbesar rampasan dadah di republik ini pada tahun ini.

Dua motosikal milik mereka turut dirampas, demikian menurut laporan media tempatan, hari ini.

Kedua-dua suspek itu diberkas secara berasingan.

Pada Rabu lalu, pegawai-pegawai CNB di pusat pemeriksaan Woodlands menemui dua bungkusan heroin seberat 460 gram tersembunyi di ruang bateri motosikal yang dinaiki seorang lelaki berumur 27 tahun.

Semalam pula, mereka menemui enam bungkusan mengandungi 2,800 gram dadah serupa pada motosikal yang dinaiki seorang lelaki lain berumur 26 tahun.

Kedua-dua rakyat Malaysia yang ditahan itu adalah penganggur.

Mereka disiasat mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah, dan jika disabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman mati. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen