Rabu, 18 Mei 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Bertaruh nyawa rakam imej letusan gunung berapi

Posted:

Bertaruh nyawa rakam imej letusan gunung berapi

Bertaruh nyawa rakam imej letusan gunung berapi


IMEJ Skarphedinn Thrainsson dirakamkan di sebuah gunung berapi yang meletuskan lavar.


REYKJAVIK - Seorang jurugambar Iceland, Skarphedinn Thrainsson mempertaruhkan nyawanya untuk merakamkan gambar letusan kawah gunung berapi di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Berada dekat dengan aliran lahar mencecah suhu 1,000 darjah Celsius menjadi perkara biasa buat dirinya untuk membuat rakaman gambar letusan gunung berapi yang menakjubkan.

"Anda merasa amat kecil dan lemah apabila berada berhampiran sebuah gunung berapi," kata jurugambar berusia 39 tahun itu yang pernah dihujani abu panas semasa dia merakamkan imej letusan gunung berapi.

Dia pernah merakamkan gambar menakjubkan semasa gunung berapi glasier Eyjafjallajokul di Iceland meletus pada tahun lalu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hosni Mubarak mahu minta maaf

Posted:

Hosni Mubarak mahu minta maaf

Hosni Mubarak mahu minta maaf

KAHERAH - Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak dan isterinya yang kini ditahan kerana dakwaan rasuah akan memohon maaf kepada rakyat Mesir dan memulangkan aset mereka dalam percubaan terdesak untuk mendapatkan pengampunan, menurut satu laporan media.

Menurut laporan yang disiarkan akhbar tempatan Al-Shorouk semalam, Hosni dilaporkan akan menulis sepucuk surat yang akan disiarkan stesen-stesen televisyen Mesir untuk memohon maaf bagi pihak dirinya dan keluarga berhubung kesalahan yang pernah mereka lakukan terhadap rakyat Mesir.

Bekas presiden itu juga akan memohon maaf 'untuk sebarang tindakan yang berpunca daripada maklumat palsu yang diberikan kepadanya oleh para penasihatnya,' lapor Al-Shorouk yang memetik sumber pegawai-pegawai Mesir.

Hosni, 83, berada dalam tahanan di sebuah hospital di kawasan peranginan Laut Merah selepas dilaporkan mengalami serangan jantung semasa berdepan soal siasat kes rasuah.

Menurut akhbar berkenaan, Hosni turut berkata, beliau bersedia menyerahkan hartanya kepada negara.

"Surat bekas presiden itu dan hasrat untuk menyerahkan asetnya bertujuan untuk meminta pengampunan daripada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata yang kini memerintah Mesir," tambah akhbar sama.

Sumber tentera memberitahu akhbar berkenaan bahawa banyak pihak, sebahagian Mesir dan sebahagian lagi Arab, sedang berunding bagi melaksanakan perkara tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, isteri Hosni, Suzanne dibebaskan semalam selepas dia menyerahkan asetnya yang berjumlah sekitar AS$4 juta (RM12.1 juta) di dalam dua buah akaun bank di Mesir kepada pentadbiran negara manakala suaminya juga berikrar untuk melakukan perkara yang serupa.

Hosni meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir pada 11 Februari lalu selepas penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah selama 18 hari bagi menuntut pengundurannya selepas hampir 30 tahun beliau berkuasa. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki terkejut, tergamam kekasih tolak lamaran di tempat awam

Posted:

Lelaki terkejut, tergamam kekasih tolak lamaran di tempat awam

Lelaki terkejut, tergamam kekasih tolak lamaran di tempat awam


SEORANG lelaki melutut di depan kekasihnya untuk membuat lamaran sambil diiringi nyanyian seorang pemain gitar (kiri).


LOS ANGELES - Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di sini baru-baru ini.

Kejadian itu disiarkan di laman YouTube menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.

Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.

Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".

Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam.

Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan