Selasa, 10 Mei 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Osama makan tembikai, herba untuk kesihatan

Posted:

Osama makan tembikai, herba untuk kesihatan

Osama makan tembikai, herba untuk kesihatan


SEORANG askar Pakistan mengawal rumah persembunyian Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan semalam.


ISLAMABAD - Bekas Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden tidak pernah menjalani rawatan dialisis buah pinggang, walaupun timbul banyak dakwaan mengenainya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bukti yang diperoleh daripada alat-alat perubatan di tempat persembunyian dan pengakuan daripada isterinya dalam media Pakistan menunjukkan Osama menggunakan ubat-ubatan tradisional untuk kesihatan dirinya.

"Dia tidak berada dalam keadaan lemah," kata isteri Osama yang paling muda, Amal Al-Sadah 29, ketika memberitahu anggota-anggota penyiasat dari Pakistan yang menahannya selepas suaminya mati ditembak oleh komando Amerika Syarikat (AS) di rumah yang menjadi tempat perlindungannya di bandar Abbottabad, Pakistan pada minggu lalu.

Stesen televisyen NBC di AS memperoleh satu senarai ubat yang ditemui dalam rumah Osama di Abbottabad, Pakistan.

Ubat-ubat itu didapati tidak digunakan untuk merawat penyakit kronik.

Sebaliknya, pihak berkuasa Pakistan menemui ubat untuk merawat kayap, ulser, sakit urat, tekanan darah tinggi dan ekstrak oat liar yang digunakan bagi rawatan penyakit mati pucuk.

Amal yang merupakan warga Yemen dan berumur 17 tahun ketika mengahwini Osama memberitahu, suaminya itu sudah sembuh sepenuhnya daripada dua pembedahan buah pinggang sejak sedekad lalu.

Pada tahun 1999, pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan mengarahkan seorang pembunuh upahan untuk meracun Osama dan toksin itu telah merosakkan buah pinggangnya. Amal menyatakan Osama menyembuhkan tubuhnya dengan memakan tembikai dan tidak menjalani rawatan dialisis. Pada malam serangan oleh pasukan komando Seal AS, pasangan itu baru sahaja masuk tidur dan memadamkan lampu sebelum mendengar tembakan pertama dilepaskan.

Belum sempat Osama mencapai senjata api AK-7 miliknya, anggota komando telah menyerbu dan menembaknya.

Penjelasan itu nyata bercanggah dengan laporan sebelum ini yang menyatakan Osama ditahan terlebih dahulu dan kemudian ditembak.

Dalam serangan sama, Amal ditembak di kaki. Dia menjadi isteri kelima Osama, dan dikenali sebagai Amal Ahmed Abdulfattah dan Amal Ahmed al-Sadah. Dia mendakwa bersama Osama dan tidak pernah keluar dari rumah itu dalam tempoh lima tahun. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki tanpa wajah dapat muka baharu

Posted:

Lelaki tanpa wajah dapat muka baharu

Lelaki tanpa wajah dapat muka baharu


KIRI:WIENS sebelum wajahnya hilang, TENGAH:WIENS sebelum dibedah. KANAN:WIENS memakai cermin mata.


LOS ANGELES - Seorang lelaki, Dallas Wiens yang menjadi lelaki pertama di Amerika Syarikat (AS) menerima pembedahan pemindahan muka penuh mendedahkan muka barunya kepada dunia buat pertama kalinya dalam rancangan Good Morning America terbitan ABC semalam, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki berusia 25 tahun itu mengalami kecacatan wajah selepas mukanya terbakar dalam satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada 2008.

Dia menjalani pemindahan muka itu di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dengan melibatkan lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pada bulan Mac lalu.

Bagi Wiens, merasai semula ciuman anak perempuannya adalah pencapaian yang paling bermakna.

Kini, dia sudah boleh menunjukkan wajahnya kepada anak perempuannya, Scarlett yang berumur tiga tahun.

"Pengalaman merasai semula ciumannya selepas lebih dua tahun setengah adalah sangat menakjubkan. Sebelum ini, saya tidak rasa apa-apa di wajah saya," katanya.

Walaupun masih buta, Wiens juga sudah boleh menghidu bauan.

Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aguilera tidak dapat dicam tanpa mekap

Posted:

Aguilera tidak dapat dicam tanpa mekap

Aguilera tidak dapat dicam tanpa mekap


KIRI:CHRISTINA AGUILERA anggun bergaya pada 1 Mei lalu di New York, KANAN:WAJAH Christina Aguilera tanpa mekap semasa keluar ke sebuah kelab malam di New York baru-baru ini.


NEW YORK - Wajah penyanyi terkenal, Christina Aguilera hampir tidak dapat dicam kerana dia kurang berdandan semasa keluar malam bersama teman lelakinya, Matt Rutler, lapor sebuah akhbar semalam.

Kehadiran wanita berusia 30 tahun di kelab yang menjadi tumpuan golongan selebriti, The Darby di sini itu cukup mengejutkan pengunjung lain disebabkan dia tidak mengenakan solekan dan mendandan rambutnya.

Artis yang terkenal dengan lagu Beautiful itu selama ini cukup dikenali dengan memakai lipstik merah, berambut perang dan memakai pakaian ketat.

Aguilera bagaimanapun dilaporkan hanya berpakaian santai dengan jaket dan kemeja semasa keluar ke kelab berkenaan.

Teman lelakinya yang merupakan pereka set filem Burlesque itu memakai baju-T putih dan jean lusuh.

Aguilera yang merupakan ibu seorang cahaya mata lelaki itu kemungkinan sengaja berpakaian santai kerana enggan menjadi tumpuan jurugambar atau dia mungkin tidak memiliki waktu untuk menukar pakaian. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan