Isnin, 9 Mei 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


12 maut pertempuran agama di Kaherah

Posted:

12 maut pertempuran agama di Kaherah

12 maut pertempuran agama di Kaherah


BEBERAPA anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah gereja di pinggir Kaherah, Mesir kelmarin.


KAHERAH - Seramai 12 orang maut dalam satu keganasan agama di pinggir Kaherah malam kelmarin.

Ekoran itu, pihak tentera yang memerintah Mesir buat sementara waktu selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden pada 11 Februari lalu berikrar akan memerangi keganasan agama.

Perdana Menteri sementara, Essam Sharaf membatalkan lawatan ke negara-negara Teluk untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet ekoran kejadian tersebut.

Pihak pemerintah kemudian memutuskan untuk menempatkan lebih ramai anggota keselamatan dekat dengan lokasi rumah ibadat.

Kabinet juga memutuskan untuk mengetatkan undang-undang untuk menjadikan serangan rumah ibadat sebagai satu jenayah.

Keganasan agama itu berlaku selepas 500 anggota konservatif Muslim berhimpun kelmarin untuk menuntut sekumpulan penganut Kristian menyerahkan seorang wanita Islam yang dipercayai telah menukar agama

Kumpulan Muslim itu kemudian disertai penduduk seagama yang meminta mereka dibenarkan memasuki sebuah gereja untuk melihat wanita tersebut.

Ketegangan kemudian berlaku menyebabkan kebakaran gereja, tembakan senjata api dan kedua-dua pihak saling membaling bom api serta batu.

Seramai 232 orang cedera dalam kejadian itu manakala perintah berkurung dikuatkuasakan di kawasan gereja tersebut sehingga pagi ini. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AS siar wajah Osama sebelum mati ditembak

Posted:

AS siar wajah Osama sebelum mati ditembak

AS siar wajah Osama sebelum mati ditembak


WAJAH Osama bin Laden yang dirakamkan pada 24 Disember 1998.


WASHINGTON - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyiarkan wajah Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden yang sedang memegang alat kawalan jauh dan menonton televisyen.

Gambar itu diperoleh daripada satu pita video yang dirampas oleh komando AS semasa melakukan serbuan di rumah tempat perlindungan Osama di bandar Abbottabad, Pakistan pada minggu lalu.

Osama mati ditembak oleh komando AS dalam serbuan itu.

Terdapat lima klip video yang menunjukkan wajah Osama.

Salah satu video itu menunjukkan janggut Osama sebenarnya berwarna putih dan tidak berwarna hitam seperti yang terdapat dalam beberapa siri gambar dan rakaman video.

Menurut sebuah akhbar semalam, Osama mewarnakan janggutnya supaya ia kelihatan hitam sebelum dia membuat rakaman video untuk menyampaikan mesejnya.

Imej itu menunjukkan Osama duduk di atas lantai manakala tubuhnya ditutup dengan selimut sambil menonton televisyen satelit dengan memakai topi berwarna hitam.

Menurut beberapa pegawai, klip video tersebut merupakan sebahagian besar daripada koleksi bahan milik pengganas yang berjaya dirampas.

Turut dirampas ialah nombor telefon dan dokumen yang diharapkan dapat membantu mendapatkan maklumat mengenai serangan pengganas di AS pada 11 September 2001.

Dalam rakaman itu juga, bilik Osama itu didapati mengandungi komputer walaupun terdapat dakwaan sebelum ini bahawa rumahnya tiada talian telefon dan internet.

Satu imej menunjukkan Osama suka menonton rangkaian Al-Jazeera dan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berbahasa Arab.

Televisyen lama yang terdapat di bilik Osama itu diletakkan di atas sebuah meja dengan terdapat banyak wayar elektrik ke sebuah kotak kawalan.

Dalam satu pita rakaman, Osama kelihatan sudah mewarnakan janggut dan menipiskannya untuk tujuan menyampaikan mesej kepada penduduk AS.

Menurut seorang pegawai kanan Agensi Perisikan Pusat (CIA) kepada pemberita, ketua Al-Qaeda itu dipercayai menyampaikan mesej itu pada musim gugur lalu.

Terdapat empat video yang menunjukkan Osama sedang berucap dengan latar belakang yang berbeza tetapi suaranya tidak diperdengarkan.

Namun, video itu tidak mempunyai tarikh.

Menurut pentadbiran AS, rumah persembunyian Osama itu yang dikatakan bernilai AS$1 juta (RM3 juta) sebenarnya hanya bernilai AS$250,000 (RM750,249).

Beberapa pegawai menyatakan bahawa maklumat yang diperoleh menunjukkan bahawa Osama lebih terlibat dalam memberi arahan kepada anggota Al-Qaeda dan operasi.

Satu lagi rakaman video yang bocor kepada stesen televisyen Al-Jazeera menunjukkan bahawa terdapat dinding rumah itu dipenuhi dengan sampah sarap.

Dinding rumah tersebut kelihatan seperti mengelupas. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kereta RM3.92 juta dalam majlis tunang anak bos F1

Posted:

Kereta RM3.92 juta dalam majlis tunang anak bos F1

Kereta RM3.92 juta dalam majlis tunang anak bos F1


KERETA Bugatti Veyron F1.


LONDON - Bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone membiayai penyanyi Rihanna yang menaiki sebuah helikopter dari Paris ke London untuk menghiburkan tetamu dalam majlis pertunangan anaknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Selain Rihanna, sebuah kereta Bugatti Veyron F1 yang bernilai £800,000 (RM3.92 juta) dan dianggap kereta terbaik pernah dihasilkan turut dipamerkan dalam majlis pertunangan itu.

Rihanna dibayar £250,000 (RM1.22 juta) untuk menyanyikan enam buah lagu.

Majlis pertunangan anak perempuan Bernie, Petra dengan seorang ahli perniagaan, Jamie Stunt berlangsung baru-baru ini.

Ia diadakan di dewan Stesen Kuasa Battersea di sini dan dihadiri 300 tetamu Petra termasuk kerabat diraja Britain, Puteri Beatrice dan kekasihnya, Dave Clark.

Kereta Bugatti Veyron berwarna putih itu dibawa dengan menggunakan sebuah lori. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan