Jumaat, 6 Mei 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Gambar anak Osama mati ditembak disiarkan

Posted:

Gambar anak Osama mati ditembak disiarkan

Gambar anak Osama mati ditembak disiarkan


SEORANG lelaki dipercayai anak Osama bin Laden, Khalid mati terbaring di sebuah rumah yang menjadi tempat persembunyian bapanya
di bandar Abbottabad, Pakistan.


LONDON - Seorang anak Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, Khalid dan dua lagi penyampai mesej ketua Al-Qaeda yang ditembak mati dalam serangan komando Amerika Syarikat (AS) di Pakistan disiarkan untuk tontonan umum.

Foto itu dirakam selepas serangan komando AS di tempat persembunyian Osama di Abbottabad, Pakistan. gambar itu dikeluarkan oleh agensi berita Reuters semalam. Ia menunjukkan keadaan belakang kepala ketiga-tiga individu berkenaan yang berlumuran darah.

Gambar itu turut menunjukkan salah seorang penyampai mesej itu dan seorang lagi pembantu Osama terbaring di atas lantai. Setakat ini foto Osama yang mati tidak disiarkan atas arahan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana bimbang ia boleh mencetuskan rasa marah penganut Islam. Kematian Osama itu sebelum ini diumumkan Obama di White House, Washington pada malam Ahad lalu. Mayat Osama dibuang ke Laut Arab selepas dia ditembak mati. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Osama tinggalkan wasiat terakhir

Posted:

Osama tinggalkan wasiat terakhir

Osama tinggalkan wasiat terakhir

LONDON - Pengganas yang paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS), Osama bin Laden menyatakan dalam wasiatnya bahawa dia tidak mahu anak-anaknya menyertai kumpulan Al-Qaeda, lapor agensi berita Press Trust of India kelmarin.

Dalam wasiatnya itu Osama memohon maaf kepada anak-anaknya kerana kebanyakan masanya dihabiskan untuk berjihad.

Dokumen empat halaman bertarikh 14 Disember 2001 yang ditandatangani Osama mula disiarkan dalam sebuah akhbar Lebanon pada tahun 2001.

Namun, ia disiarkan semula dalam minggu ini selepas kematian Osama.

Osama dipercayai menulis wasiat itu selepas tragedi serangan 11 September 2001 di New York yang mengorbankan hampir 3,000 orang.

Dalam dokumen itu, Osama menyatakan, empat isterinya speatutnya tidak berkahwin semula selepas kematiannya.

Ketua Al-Qaeda itu dipercayai mempunyai anak seramai 12 hingga 24 orang.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Osama tak akan ditembak jika berbogel

Posted:

Osama tak akan ditembak jika berbogel

Osama tak akan ditembak jika berbogel

WASHINGTON - Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden (gambar) dapat mengelakkan dirinya daripada mati ditembak oleh pasukan komando tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyerbu rumah tempat tinggalnya di bandar Abbottabad, Pakistan pada Ahad lalu jika dia berada dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasukan komando tersebut telah diberi arahan supaya menembak mati Osama sekiranya dia ditemui dalam keadaan berpakaian.

Menurut sumber Kongres Amerika Syarikat (AS), pasukan komando telah diarahkan supaya menganggap ketua Al-Qaeda itu memakai jaket bahan letupan di badannya sekiranya dia berpakaian.

Osama dipercayai ditembak di dahi dan jantungnya semasa dia memakai baju tidur.

Operasi di Abbottabad itu dikritik selepas beberapa pihak menganggap ia bertujuan untuk membunuh Osama dan dia tidak akan diberi peluang untuk menyerah diri.

Beberapa pakar tentera dilaporkan berkata, bunyi bising ketibaan empat buah helikopter yang digunakan dalam operasi tersebut akan mengejutkan para penghuni rumah berkenaan dan memastikan bahawa pertempuran akan berlaku.

Kedatangan tanpa senyap itu kata mereka, merupakan petunjuk bahawa operasi tentera tersebut bertujuan untuk melakukan pembunuhan.

"Jika sesiapa dalam pasukan ini menganggap terdapat ancaman dalam apa jua bentuk, kekerasan membunuh dibenarkan (pihak atasan)," kata seorang pegawai komando Seal kepada akhbar LA Times berhubung operasi di Abbottabad.

Kenyataannya bercanggah dengan dakwaan ketua penasihat antikeganasan AS, John Brennan yang sebelum ini menyatakan, pasukan komando berkenaan telah diberi arahan supaya menangkap Osama hidup-hidup.

"Jika kami mempunyai peluang untuk menangkap Osama hidup-hidup dan jika dia tidak mendatangkan ancaman kepada pasukan komando, mereka bersedia menangkapnya," kata Brennan

Bagaimanapun pada Selasa lepas, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta berkata, Osama membuat pergerakan yang mengancam menyebabkannya dibunuh.

Pada masa yang sama, White House mengeluarkan kenyataan bahawa Osama tidak bersenjata semasa dia ditembak di dahi dan dadanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen